Monday, 31 December 2012

31.12.12

dah nak habis sudah tahun 2012.. bersyukur pada ALLAH masih terus memberikan nyawa kepadaku... azam sama je macam dulu.. tak pernah berubah.. sebab tak pernah tercapai pun lagi sampai sekarang..huhuhu...

tiada lagi erti 31.12 nie... semua itu tinggal kenangan abadi.. terima kasih yer...

Saturday, 29 December 2012

29.12.2012

Tinggal lagi 2hari tahun 2012 akan meninggalkan kita... selama usia aku 22tahun terlalu banyak yang telah aku lalui... terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2012... semua itu berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedari.. tapi aku bersyukur, aku masih bernafas sehingga ke hari ini.. Bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana telah memberikan kesihatan yang baik kepadaku.. walaupun banyak kenangan yang berlaku pada tahun 2012..

Pasti ada saja yang berlaku pada setiap bulan pada 2012 ni.. walaupun lebih banyak duka dari manis.. tapi aku tetap bersyukur pada ALLAH... tahun yang takkan aku lupa sampai bila-bila.. 

02 . 02. 20 12 - usia aku genap 22 tahun... tiada apa yang menarik pun.. serius memang tak de pape pun.. sambut birthday pun dengan keluarga tercinta.. huhuu

Sebenarnya terlalu banyak kalau aku nak ceritakan.. tak dapat nak susun pun..huhu...

Aku berharapa pada 2013 akan memberikan perkhabaran yang lebih baik.. sebab aku tak sabar nak habis belajar.. but not that year.. 2014 baru habis belajar.. In Shaa ALLAH...

Banyak betul aku dah rancang lepas belajar degree ni.. nak kumpul duit banyak-banyak.. nak bayar hutang yang beriban-riban... hahahha... tulah bahana buat pinjaman PTPTN... sekarang memang best lah sebab dapat duit tu jer.. saat nak membayar tu nantilah.. hahahha...

Tahun ni abang aku dah jadi suami orang.. jadi aku dah ada kakak ipar... dan In Shaa ALLAH 2013 aku akan ada anak saudara..wah...! tak lama lagi jadi aunty Aina lah..hahahha....tahniah buat abang dan kakak.. Aku doakan kebahagiaan kalian ya...semoga bahagia hendaknya...ada juga kawan-kawan aku yang dah ramai menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2012 ni juga.. tahniah aku ucapkann.. begitu juga skandal-skandal lama aku ramai dah menamatkan zaman bujangnya.. tahniahlah buat semuanya.. semoga bahagia bersama pasangan masing-masing.. janganlah nak mengada-ngada dengan orang lain.. hargai apa yang ada di depan mata... Pasti Allah akan menjaga hubungan dengan baiknya jika kita sentiasa mengingatiNYA... 

Yang bakal nak menamatkan zaman bujang pun semoga kekal sehingga ke akhir hayat..huhuhu... tahniah-tahniah...

Apa lagi yer yang berlaku...YES!!! akhirnya aku dapat lesen penuh pada bulan 6 hari tu.. dan yang gembirakan hati aku, aku akhirnya ada kereta sendiri...walaupun tak boleh bawa lagi tanpa izin mak abah.. tapi aku bersyukur.. terima kasih abah dan mak sebab berikan kereta itu pada aku.. sekarang nie tak ada masa lagi nak mahir bawa..huhuhu..tahun 2013 In Shaa ALLAH aku akan mahirkannya..huhuhu..

Tahun 2012 ada juga aku berkenalan dengan seorang teman.. walaupun seketika.. tak sampai 2bulan pun kawan.. tak apalah.. mungkin tak serasi untuk berkawan.. tapi selama berkawan dengannya banyak juga yang aku tahu tentang  kehidupan orang kampung... aktiviti orang yang suka memburu... aku doakan semoga dia baik-baik sahaja...

Tahun ni juga genap setahun aku jadi graduan diploma.. dan bulan 12 hari tu, kawan aku pun akhirnya tamat juga diploma.. Tahniah Azlan sebab akhirnya kau dapat tamat juga diploma.. Jika ada rezeki, jumpa kita di Shah Alam... aku doakan semoga ko pun berjaya dalam bidang yang bakal kau lalui...

tahun 2012 ni juga aku dapat kawan-kawan yang sangat-sangat best.. seronok sangat dapat kawan-kawan macam diaorang.. terutama sekali Kak Fatin sebab dia seorang yang sentiasa tegur aku kalau aku ada buat sesuatu perkara yang tak kena dan dia juga duduk serumah sewa dengan aku..huhu.. Pada Suliha, Zahidah dan Suhaida pun best juga, walaupun diaorang duduk kolej, tak menghalang aku untuk terus berhubung baik dengan mereka.. dan juga pada Adli, yang ni memang tak boleh cakap apalah.. pernah aku lukakan hatinya.. pernah aku tak pedulikan dirinya.. tapi sekarang, aku bersyukur punyai kawan seperti dia.. banyak mengingatkan aku tentang hal-hal kebaikan.. keluarga.. family first ok..huhuhuh.. itulah jati diri dia.. Aku sangat bersyukur sekarang nie... Shuhadah, Nazira pun tak lupa juga..diaorang pun banyak membantu aku sepanjang tahun 2012 nie.. dan aku berharap 2013 akan ada yang lebih baik dari sekarang.. terima kasih kawan-kawan..

tahun ni juga, memang banyak aku pergi kenduri kahwin orang.. dah macam YB melawat anak buah.. hahaha.. apa-apa memang sangat best dapat pergi kenduri kahwin.. dari situ boleh tengok macam mana dan konsep.. kenduri di rumah, dewan dan ada juga di hotel.. pelbagai gaya nya.. menarik minat aku..huhuh


tahun 2012 juga, 3kali dah aku pergi Cameron Highland.. Genting Highland lama tak pergi.. entah bila nak pergi..huhuh... tahun ni juga dah pusing utara Malaysia dan pantai timur Malaysia.. terima kasih abah sebab kami sekeluarga berjalan-jalan...dengan kereta baharu abah..huhuhu...

banyak betullah..apa lagi nak cerita ya..huhuh..nantilah yer..buat sementara ni setakat ni sahaja.. terima kasih.. ^_^

Friday, 28 December 2012

one day


In Shaa Allah...
suatu hari nanti jika tercapai...
banyak kekurangan yang ada pada diri ini lagi...
harus diperdalamkan lagi...


Cute cuTe SayA

Tiada ucapan yang lebih manis untuk aku ungkapan padanya. Seperti sebuah kepastian yang datang tanpa rasa takut untuk aku menerimanya.  Bersyukurku pada YA ALLAH kerana telah membawa aku untuk berkenalan lebih rapat denganmu. Walaupun dirimu aku sudah kenali, dan pada suatu ketika dahulu, tapi tidak cukup buat ku untuk mengenalimu dengan lebih rapat. Segala cerita lamamu yang pernahku dengar dahulu, tidak sama seperti yang aku kenali dirimu kini. Sungguh berbeza sekali. Aku yakin, kau tidak berpura-pura dalam berkawan dengan ku.. 3tahun perkenalan di negeri orang, masih belum aku mengenali dirimu.  Kita hanya teman-teman biasa. Ketika itu dirimu sedang asyik berkawan dengan si dia. Tiada sedikit pun aku terlintas seperti sekarang ini. Tapi kini, telah lebih setahun kita bersama dalam jurusan yang masih sama, dan sering berhubung menceritakan pelajaran, kawan-kawan dan banyak lagi.. Dari situ, aku tiada sedekit ragu denganmu..terima kasih kerana menjadi kawanku. Terima kasih kerana ikhlas untuk berteman denganku. Aku akan mendoakan agar ada khabar yang lebih baik pada suatu hari nanti. In Shaa Allah... amin Ya Rabbalalamin...~

Terhenti kerana kalimah itu

"             Hanya kerana tiada masa untuk berdua, akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah...sedangkan pernahkah mereka saling mengerti antara satu sama lain..? Perkenalan yang singkat, pertemuan yang tidak pernah terjadi, akhirnya mengambil jalan tengah dengan memutuskan hubungan yang hanya kerana tiada persefahaman antara satu sama lain iaitu masa... Jika masa itu dapat dibahagikan dengan baik, pasti semuanya tiada masalah.. Pastinya hubungan itu masih lagi kekal sehingga kini.. Tapi apakan daya semua itu hanyalah tinggal kenangan buat pasangan ini.. 

        Tiada tangisan atau kekesalan kerana pada mereka itulah jalan terbaiknya agar tiada lagi yang sakit hati.. Tapi kan... pernah pasangan ini memikirkan bagaimana permulaan perkenalan mereka? Pernahkah pasangan ini terfikir, dimana silapnya sebenarnya? 

          Apakah dengan hanya hubungan kekasih dan belum ada talian hubungan suami isteri atau pun tunangan, sudah berani mengarah itu ini, menghalang dari melakukan aktiviti yang selalu dilakukan, melarang berteman dengan sesiapa.. Adakah pasangan itu terfikir sebelum mengambil keputusan dengan menjalinkan hubungan sebagai kekasih? 

                 Sungguh menyedihkan.. Seawal perhubungan telah jelas kekurangan dalam mereka menjalinkan hubungan.. Seawal perhubungan itu juga, telah sedikit sebanyak mencacatkan hubungan yang pada awalnya begitu indah dan tammpak bahagia.. Bagaikan dunia ini mereka yang punya.. Mereka bukanlah remaja belasan tahun.. Bukanlah kanak-kanak yang baru mengenal erti hidup.. Tapi mereka ini adalah pasangan yang bersedia mendirikan masjid. 

             Tapi, sayang seribu kali sayang, mereka sedikit tak pernah bersedia untuk mendirikan masjid. Tak pernah sedikit terlintas untuk menbina kawasan yang HALAL buat mereka.. Mereka hanya memikirkan keindahan yang sementara. Hanya kenikmatan duniawi yang di lihatnya..Mereka tidak pernah melihata keburukan yang bakal mereka terima kelak..

            Dimanakah tanggungjawap sebagai seorang bakal pemimpin? Dimanakah persediaan hati seorang bakal ibu? Pernahkah mereka melihat itu?? Lebih menyedihkan, adakah mereka bersedia untuk menjalinkan hubungan yang HALAL kerana ALLAH s.w.t. ?? Ramai yang alpa, rasa cinta itu, perasaan sayang yang ada dalam dirinya datangnya dari ALLAH s.w.t.. 

          Wahai pasangan yang belum bersedia, kembalilah ke jalan yang benar. Sedarlah diri itu. Apakah dirimu sudah cukup bersedia? Apakah diri sudah cukup tabah dalam mengharungi cabaran yang lebih besar likunya dikemudian hari? Ingatlah wahai pasangan, jika semua itu telah lengkap dalam dirimu, teruskanlah untuk membina kerajaan barumu. 

            Wahai pasangan, mungkin juga dikau tidak sedar. Restu keluarga. Apakah kau melihatnya? Mungkin bagimu keluarga tiada pentingnya kerana dirimu inginkan anaknya. Tapi ingatlah restu keluarga itulah tunjang kebahagiaan bagi kerajaan yang ingin kamu bina. Disamping berkat dari ALLAH s.w.t.. Janganlah dikau lupa akan keluargamu dan keluarganya.. Sebelum dirimu mengenali pasanganmu, kenalilah keluarganya.. Dirimu bukan sahaja mendirikan masjid bersama anaknya tetapi bersama ahli keluarga. In Shaa ALLAH akan berkat hidup rumah tanggamu.."


my new twitter

salam....

saja capture picture web tweet aku...

akhirnya aku ada juga akaun twitter yang sampai sekarang aku tak faham nak menggunanya..

aku assume sama macam facebook sudahlah kan..huhuhu..

btw follower aku pun seciput jer.. sikit jer..huhuhu...

first-first buat twitter.. following semua artis-artis terkenal..

bukan apa..sebab tak tau..jadi aku follower jelah artis-artis yang top-top nie..

nak-nak yang kaki twitter nie..lagilah aku follow...

but after follower aku mula bertambah (kawan-kawan)..

aku mula remove artis-artis top-top dan tinggalkan yang betul-betul aku minat jer..

minta maaflah artis-artis lain..bukan tak minat tapi tak nak tahu hal kamu semua..

nanti jadi mengumpat bagailah..

lebih baik aku follow yang aku minat dan yang aku kena; sahaja..

siapa nak follow aku..boleh jer follow.. dengan menggunakan nama @ainaliyana_lee..

sama jer dengan nama facebook aku...

tapi yang aku kenal jerlah aku approve..

bukan apa..berjaga-jaga...

thanks semua..

Thursday, 27 December 2012

Jadual Exam ku

 3 Jan 2013 - MAT438 (Foundation of Applied Mathematics) 

4 Jan 2013 - MST515 ( Basic Materials Analysis and Characterisation)

8 Jan 2013 - ENT600 (Technology Entrepreneurship)'

10 Jan 2013 - MST513 (Polymeric Materials)

11 Jan 2013 - CMT555 ( Electrochemistry and Corrosion Science)

13 Jan 2013 - MST512 (Ceramic Materials)

and....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
holiday....
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

Monday, 24 December 2012

pelangi pagi


lama tak tengok jadual pelangi pagi...
kihkih..
dan hari ini genap setahun sebulan tiga minggu dan 5hari..
dan nak masuk setahun 2bulan rupanya..
cepatnya..
walaupun tiga bulan terpisah..
masih lagi tarikh itu di ingati....
semoga kekal hubungan itu.. amin...


takde kerja dalam kelas memang macam nie



saat candid picture my kakak

Salam semua....

hari tu lepak dengan my kakak..
siapa lagi kalau bukan kak fatin...
kakak kita yang paling tomey sangat..
 time tu lepak juga dengan abg hafiz...
buah hati kak fatin..dan aku pun dah anggap abg hafiz macam abg aku dah..
 huhuhu... aku tak de kerja time tue...
tengah diaorang buat hal masing-masing..
 jadi aku entah kenapa boleh snap picture kak fatin ....
 dan ini hasilnya,...


sent message pada waktu yang sangat cantik..


salam...
aku saja nak display this picture..
entah kenapa hari tu aku sangat excited nak sent message dekat orang...
siap aku buat alarm seminit sebelum jam 8.12 malam..
tapi aku bersyukur dapat sent message dekat dia pada time yang sangat cantik...
dan juga tarikh yang sangat unik..
hanya sekali dalam seumur hidup..
20-12-2012 pada jam 20:12:12..
terima kasih Ya Allah...
walaupun sampai message tu lambat..
tak kisahlah yang penting time aku hantar itu yang penting...


duit lama

Salam..
saja nak share sikit nie jer.. 
kihkih.. 
hari tu aku lepak-lepak dengan kawan-kawan di kafe fakulti kami.. 
tengah lepak-lepak boleh pulak story pasal duit dan kami keluarkan duit lama ...
dan ini yang sempat aku ambil buat memory..
kihkih.. 

Sumbang kata-kata ini

Salam...

serius begitu lama aku tak update warna-warni yang dah tiada rupa warna-warni nya.. dan sedar diri.. tiada siapa pun nak baca warna aku nie lagi.. tak apa.. aku faham.. (ceh perasan sangat tue macam ramai peminat yang nak baca blog yang tak pernah tukar background..dan lapuk dah..)

Sekarang tiada masa untuk aku update ini semua.. banyak lagi yang perlu aku fikirkan.... tapi walau bagaimana pun aku tak pernah lupakan yang SATU...

sebenar nya aku tak tahu nak story tentang apa... dalam benak nie banyak sangat nak aku cerita.. tapi tak tahu nak cerita macam mana. Bila tengok orang boleh update blog hari-hari, idea dia tak pernah kering.. Bagus orang macam tue.. Memang dia membuat lama blog ini adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan yang baik kepada orang kat luar sana.. Sedangkan aku? Hanyalah untuk tatapan diri sendiri. Huhuhu...

Bukan senangn nak update blog kalau tak ada idea yang bernas nak di ceritakan.. serius aku katakan aku telah kekeringan idea untuk update blog aku yang sedikit pun tiada ubahnya,. sama jer macam dulu.. still pages sama.. takde perubahan langsung.. minta maaflah yer..

But bagi aku.. walaupun aku nie kekurangan idea nak update blog aku nie.. tapi draft dalam blogger aku nie jangan katalah., memang banyak aku biarkan macam tue jer.. ada tu dah panjang-panjang aku taip.. then stop macam tue jer.. sebab kan aku dah tak tahu nak update apa lagi.. hilang segala ayat-ayat aku nak letak dalam blog nie..kihkih..

For the next post mungkin aku akan story lebih-lebih kot.. sekarang nie no idea.. nak exam nie..huhuu..salam...

Wednesday, 21 November 2012

No facebook

Salam..

Tiada facebook untuk masa terdekat... hanya menyakitkan mata jer bila ada muka buku.. lebih banyak fitnah yang akan timbul jika terus aku aktif.. biarlah buat seketika aku diam sehingga satu saat akan terbongkar segala tipu helah itu..


Friday, 9 November 2012

Apakah ini semua kebetulan...?

Salam pembuka bicara ....

Terlintas diriku tatkala aku habis solat magrib...
kuat hatiku menyebut namamu...
 ingin bertemu denganmu..
takut dibenak hati...
tapi ku gagahkan juga...
tidak pernah aku menyangka ini akan terjadi...
apakah diriku bermimpi di malam hari..
aku bertemu denganmu...
aku bersua denganmu...
kami berdua sahaja...
kaku di situ,..
tiada bicara yang mampu diluahkan...


itulah...masa..
ia hanyalah jarak untuk kami mengenali...
masa...
lama atau tidak...
tapi cukup buat kami mengenali apa sebenarnya kehidupan...
segala kekecewaan...
yang tersirat selama ini terbongkar jua...

biarlah ia menjadi suatu yang rahsia..
tiada hebahan..
bila jelas pasti ada perkhabaran yang baik..

LoVe TheM So Much .... ~!

Assalamualaikum...


setelah penat seharian melayan tetamu... ahli keluarga Encik Mohd Hata a.k.a Cikgu Hata telah membawa kami sekeluarga ke kampung halaman mak (Puan Maimunah) di Jeram, Kuala Selangor...
Sempat juga singgah teratak Allayarham Haji Mohd Sarif (atokku) di Simpang Tiga Jeram... mengenalkan kakak iparku dengan kampung kami... gembira tak terkata tatkala ahli semakin bertambah... Keluarga Haji Sarif dan Hajah Khadijah semakin bertambah.. buat masa ini telah ada 2cicit... bakal menyusul selepas ini...


My Lovely dad and mum with my brother.. Abang akan mengantikan abah setelah abah tiada.. kami ahli keluarga tak ramai...


Sweet couple about 30 years.. thanks so much both of you.. 
and congrats because have new family.. ^_^


menanti makanan yang tak sampai-sampai


sweet couple baru.. =)
semoga berbahagia akak dan abang...
^_^


sekarang ni tinggal aku dan adik jelah yang boleh bergurau senda..


moment bersama mereka.. ^_^
inilah adik beradik kami.. ^_^


^_^ opss!! terover pulak.. 


salah satu hidangan yang di order...


ada duit tak nak bayar nie?? hahahha...


kami adik beradik.. harap maklum... ^_^


with couple... sweet-sweet.. nak jadi macam mak abah... bahagia sehingga kini...=)


hamboi...!!!



=_="

sekian...

Sunday, 4 November 2012

Selesai semuanya

Assalamualaikum...

Selesai sudah segala urusan yang selama ini agak serabut... terima kasih pada yang hadir dan pada yang tak hadir takpe.. saya faham.. ada yang sibuk dengan urusan masing-masing.. dan pada yang lupa..tak leh buat apa-apalah..




aku sungguh tak sangka.. seorang kakak senior aku.. datang juga ke majlis tue.. terima kasih tak terhingga buat kak Ainatul sebab sudi hadir ke majlis tersebut...




Kak Nurul yang hampir 2tahun aku tak jumpa sejak dia  kahwin aku tak pernah jumpa.. anak dia pun dah besar.. terima kasih kak Nurul sebab sudi hadir dengan suami.. =)


Abang saudaraku bersama dengan adik iparnya dan juga ayahnya.. jarang juga berjumpa dengan mereka.. mereka datang dari Johor.. terima kasih kerana sudi hadir..=)


Ni rombongan dari Kelantan... Simple dan sederhana.. terima kasih keran sudi datang dari jauh.. =)



Masakan ala kampung menambat selera kepada tetamu yang hadir.. lauk pauk yang beraneka pilihan dan dihidangkan bersama bubur kacang.. membuat tetamu tidak jemu untuk menambahnya
ada juga di tempah kahs dari Jeram (kampungku)...


Adikku bersama kawannya sempat bergambar bersama...


pengantin lelaki dan perempuan (abang dan kak iparku) sedang bersedia untuk majlis makan beradab bersama keluarga..)bertemakan biru cukup menarik konsepnya.. =)


Majlis makan beradab bersama keluarga di sebelah kelantan.. =)


Pak Cik Saudara (Pak cik Saufi) akan menamatkan zaman bujangnya pada awal bulan 12 nie.. akhirnya penantian selama ini..huhuhu.. tahniah buat pak cik aku kerana akan menempuh kehidupan berumah tangga selepas ini...


Sempat adikku bergambar di saat sedang menjaga gula-gula untuk diedarkan ke kanak-kanak riang..=)


sebahagian rakan sekerja abah yang hadir dan sempat bergambar bersama pengantin dan tuan rumah.. =)


Cousin lelaki aku yang turun dari Melaka terus ke rumah.. pantang jumpa pasti ada saja nak digaduhkan.. sukar untuk berbaik berdua.. sejak dari kecik lagi kami pasti berkelaih berdua.. dan sekarang nie kami dah dewasa.. tetap sama juga.. haish..!! 


Kak Lin (kak Saudara) bersama maksu bergambr berdua.. anak saudara bersama mak ciknya (dah pangkat nenek pun maksu aku nie..) eh..!! kalau maksu nenek aku makcik?? waaa....!!!


adikku bersama Luqman... =)



adik saudara yang paling kecil yang tinggal.. kecik-kecik dia pun lincah... Haziq namanya..


Mak Cik Rabiah dan emak bergambar bersama pengantin... Dikatakan Makcik Rabiah ni ada iras-iras dengan mak.. bertul atau tidak..?? tak tahulah..


agak lama tak berjumpa adik saudara aku sorang nie.. rapat juga aku dengan dia.. sekarang dia sedang belajar di kelantan.. hampir 2tahun tak berjumpa.. bila balik kampung pasti tiada rezeki untuk jumpa bersama.. jadi inilah masanya.. tapi seperti terlalu singkat...



adik bergambar bersama adik saudara berdua...



Ayahnda yang sedang makan setelah penat melayan tetamu yang datang bertandang.. selesai sudah majlis tersebut.. kelihatan wajah lega yang terlihat pada ayahnda.. selepas ni ada lagi majlis yang akan menyusul.. insya-ALLAH...

Friday, 2 November 2012

clean up room

Salam...

setelah berhabuk-habuk yang menggunung tinggi aku biarkan.. kini tiba masanya untuk aku mengemasnya dan membuang segala yang tak sepatutnya aku menyimpannya lagi.. minta maaf barang tersayangku.. tempat mu bukan di sini lagi.. pergilah kau ke tempat sepatutnya.. selamat tinggal buat selamanya.. aku tidak memerlukan dirimu lagi..

Hai...time orang nak bertandang ke rumah baru beriya nak mengemas rumah.. sabar jelah.. bukan lama pun aku duduk di rumah.. hai.. nasib baik adik sorang.. kalau ramai tak tahulah.. terimalah seadanya...

Wednesday, 31 October 2012

Seperti Mati Hidup Semula

Assalamualaikum....

30 . 10 . 2012



Setelah segala kekusutan melanda...
akhirnya terlerai segala kemusykilan di hati..
 terima kasih hati yang kecil kerana membuang segala kepahitan demi menerima kemanisan yang baru... memulakan segala cerita indah yang baru...
 kembali bernafas semula setelah terlena dari koma...
tiada yang diharapkan lagi selain daripada keindahan dan kebahagiaan...
melalui suka duka bersama...
 tiada lagi hati terluka..
tiada lagi hati ternanti..
 tiada lagi hati dikecewa...
semua itu telah padam...
 kenangan silam tidak akan pernah padam..
 kerana kenangan baru sedang menanti... 

aku melepaskan jua cinta yang telah lama aku cuba dambakan..
aku telah hapuskan segala keraguan itu..
aku percaya tiada lagi antara kita..
semua itu hanyalah kenangan...
terima kasih hati kerana telah memberi segala penjelasan...
terima kasih kerana lama bertahan di hati..
 kini kau bebas.. tiada ragunya lagi..
semuanya telah terjawap.. 

aku merelakan pemergian indahmu..
aku melepaskan kebaikanmu...
 aku meruntuhkan segala kepercayaan itu..
 lalu kini aku mengerti semua itu..
dan aku sedar dari lamunan...
telah hilang semua itu..
terima kasih kerana hadir dengan penuh ikhlasnya..
dan aku merelakan pemergianmu dnegan ikhlasku jua..
tiada lagi sedikit yang aku mampu simpan cumalah kenangan kita..
persahabatan kita tetap kekal..
 kerana kamu tetap temanku...



Along
terima kasih masih ada lagi diri ini untuk diterima..
 terima kasih masih diri ini dihargai.. 
terima kasih kernan menerima keikhlaaan yang diberikan ini.. 
tiada yang lebih bermakna daripada kesetiaan dan kepercayaan dalam hati..
Doa dan terus berdoa agar semua baik...
Dan mendapat rahmat dari NYA...



Tuesday, 30 October 2012

Mencari yang Sebenar


Salam Zulhijjah buat semua teman-teman...

Andai seorang lelaki itu datang…Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…BERANIKAN diri utk BERUNDUR,GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR,TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL..Perempuan yg taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami,yang sedar maruah&keunikan diri,yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki ,Perempuan yang punya jati diri,Sesungguhnya, neraka itu hakiki…Ingatlah wahai diri yg bernama perempuan,Andai seorang lelaki itu datang…Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata…Andai seorang lelaki itu datang…lihatlah dengan mata hati.. lelaki bagaimanakah dia..? 
Mohon share dari seorang kawanku.. aku mengambil kata-kata dia untuk ku jadikan panduan.. betul setiap kata yang diungkapkan..berfikir sebelum memilih dia untuk menjadi pilihan hati...  seorang wanita jangan cepat melatah dalam memilih pasangan hidup.. jangan cepat jatuh pada setiap kata manis lelaki..


Monday, 29 October 2012

Demam

Salam...

Memang dah nasib baik tak boleh tak dapat cukup rehat... jadi sekarang nie dah demam.. pada dengan muka sendiri.. tulah.. macamlah kuat sangat kan dah demam balik.. tiap kali balik cameron mesti demam.. apalah nasib badan.. terima jela...

tahniah buat abangku

Salam..

Akhirnya pada 26 Oktober 2012.. iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 pada hari raya pertama aidiladha abang kesayangan aku selamat menjadi suami kepada pasangannya.. YES!  aku kini dah ada kakak ipar.. selama aku hidup tiada kakak.. dan akhirnya aku memperolehi seorang kakak.. terima kasih ALLAH kerana memudahkan majlis yang sederhana...






Kata Cinta


Masih segar di lubuk hati saat pertama melihatmu..
Entah mengapa hati pantas ingin mengenalimu..
Cuba untuk mendekatimu...
Seperti hati kita sama..
Hati yang sedang terluka dan mencari pengubat..
Angin seperti menyampaikan khabar buat kita berdua untuk terus berbicara..





Hari semakin berganti..
Rasa hati semakin berubah..
Dari tiada apa..melahirkan rasa yang telah lama hilang..
Rasa rindu mula hadir..
Rasa sayang mula menjelma..
Setiap detik hati ini sering bertanya..
Apakah perkhabarannya..
Bagaimanakah keadaannya..
Kenapa rasa ini sukar untuk hilang..
Ataukah semua ini hanyalah angan belaka..

Segala kekurangan diri ini dikau terima..
Setiap tutur kata hati sering kali berkata indah..
setiap ucapan cinta itu hanyalah untukmu..
Semoga jodoh ada buat kita..
Terus memohon doa agar diberikan yang terbaik..
ALLAH maha mengetahui segalanya..
Hanya doa padanya tanpa ada segannya..
dan jangan pernah sekali melupakanNYA..
kerana cinta itu milik ALLAH..
ALLAH memberikan pada kita agar kita dapat rasaikan bersama..

*p/s-buat si dia yang menerima segala kekurangan diri ini...

Friday, 26 October 2012

Terima kasih Cinta

Tiada yang lebih istimewa daripada ucapan 

SELAMAT PAGI SAYANG

 dan 

SELAMAT MALAM BUAH HATIKU.. 

ditambah pula dengan

 MULAKAN HARI DENGAN PENUH KECERIAAN 

dan disudahi malamnya dengan 

MAAFKAN JIKA ADA SILAP DAN SALAH.. 

tiada lagi diterima kini...
 terima kasih kerana pernah ada.. =)

Going Crazy

entah kenapa dan mengapa.. memang aku tak boleh tidur.. borink.... nak tidur.. kena pakse tidur juga.. harus...!!! bye...!!!!!11

Model di Bukit Tinggi



Salam...

Terima kasih banyak dekat adik aku dengan kawan dia.. keluarga bersama-sama.. ceh..!! macam ramai sangat keluarnya.. hahahha..!!! walaupun kami bertiga.. dah cukup buat kami.. kawan adik aku memang sangat spoting.. tahanks sangat sebab sudi jadi model untuk memuaskan hati dlaam bergambar... dan yang diterbitkan adalah shot yang bagi aku sangat cantik.. hahha...!! yang kurang tu minta maaf sebab diri ini masih banyak nak belajar.. terima kasih atas pada sesiapa yang ingin menegur.. =)