Thursday, 24 January 2013

Happy sangat sekarang

Salam semua...

Aku baru pulang dari kampung halaman... sempat juga menjenguk abang dan kakak ipar aku.. ceh.. ayat macam lama tak jumpa jer diaorang.. hahhaha.. tapi tak balik ke kampung abah memang agak lama jugakla.. last balik pun time raya kot.. huhu.. lama ker.. mana tidaknya ahli keluarga aku ada juga balik..sedangkan aku.. tengah sibuk dok bertapa dekat Shah Alam.. hahhaha.. konon sibuklah tue.. kihkih.. tapi memang bz pun semester ke 3 nie.. semester akan datang pun pasti lebih bz sebab aku akan menempuh 3lab.. hai.. memang kos aku ni penuh dengan lab yang tak habis-habis.. budak fakulti sains gunaan lah katakan.. tak dapat nak di elakkan lagi.. but oklah.. sebab ada kawan-kawan yang cool.. yang enjoy;.. sakit-sakit kepal belaja pun still ada mereka yang akan sentiasa memberikan semangat dekat aku yang kadang-kadang aku hampir rebah.. penat betul.. every day kelas pack jer.. nak-nak dekat habis kuliah banyak test kuiz yang lecture nak buat.. nak study awal memang slow sikit aku nie.. last minute je selalunya.. wakakaka..

But bagi aku pengalam semester 3 ni banyak betul mengajar aku.. dengan budak rumah.. dengan kelas.. kawan-kawan.. banyaklah yang berikan aku pengajaran.. pahit manis yang aku rasakan itu buat aku lebih matang dalam mengharungi di masa akan datang.. segala yang datang tu adalah ujian buat aku untuk aku terus bertahan dan maju dalam kehidupan aku.. bila aku cuba ungkapan tahun 2012 dengan kata-kata nie.. memang sukar bagi aku.. kerana semua itu aku rasai dari dalam diri aku sendiri.. semua itu tak pernah aku rasai sebelum ini.. walaupun semua itu baru permulaan cerita jika nak dibandingkan dengan zaman bekerja nanti.. tapi sedikit sebanyak buat aku lebih bersedia dalam menghadapinya dengan tenang dan lebih matang...  

Dengan pengalaman mengulang subjek yang telah aku ambil.. memang berikan aku impak yang agak besar.. mana tidaknya aku banyak bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan kawan-kawan.. tak sama macam diploma dulu.. sentiasa mengikut kawan.. apa yang kawan ambil, kita akan ikut jer.. jadi sekarang nie buat aku lebih berdikari dalam aku menentukan hala tuju aku.. bukan aku tak nak ikut kawan aku.. memang ada.. tapi untuk apa aku ikut rentaknya jika aku tak yakin diri aku.. biar aku buat keputusan sendiri yang penting tidak menyusahkan orang lain.. pada aku, 3tahun aku belajar ni, aku akan gunakan sebaik mungkin.. Ini mungkin peluang terakhir aku untuk aku berjaya di kemudian hari.. Ini saja harapan aku untuk aku perolehi kejayaan yang aku boleh banggakan untuk ahli keluarga aku dan seterusnya membalas segala jasa dan penat perit mak abah dalam membesarkan aku.. memberikan segala kemudahan yang aku fikirkan, tak semua orang mampu milikinya.. 

So, for this year.. ada 2semester yang akan aku lalui, akan aku hadapi dengan tabah.. harap tahun 2013 ni akan memberikan khabar yang lebih baik daripada sebelum nie.. segala yang pernah berlaku, aku anggap itu adalah lumrah kehidupan yang kita takkan dapat lari.. segala itu adalah kenyataan dan bukannya khalayan semata-mata...

No comments: