Pasti ramai dikalangan remaja khususnya yang sedang bercinta atau dilamun cinta atau pernah bercinta dengan seseorang.. Dan kalau dah bercinta macam-macam perkara yang anda akan lakukan demi pasangan anda agar dia nampak bukti cinta anda.. ada yang bercinta seawal remaja berkekal sehingga ke jinjang pelamin dan ada juga terkandas di tengah jalan.. itu adalah lumrah.. tidak terlepas aku juga.. tipu aku katakan aku xpernah bercinta.. itu merupakan suatu perasaan yang suci yang ada dalam diri manusia.. Tapi pernah tak korang terfikir perkara-perkara yang pelik korang buat semasa bersama pasangan anda?? Mari kita tengok perkara-perkara yang dilakukan ketika orang tengah hangat bercinta.
1.Bergayut berjam-jam

2.Berhabis duit kerana dia

3.Berjumpa tanpa hirau sekeliling

4.Tulis dalam diari

5.Menghantar ucapan indah

6.Berikan hadiah yang istimewa

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan seseorang yang tengah bercinta ni. ada yang cuba buat cinta mereka seperti Adam dan Hawa, Romeo and Juliet, Jack and Rose, Laila dan Majnun dan banyak lagi cerita-cerita cinta yang indah..Semua itu terpulang pada individu itu sendiri. bagaimana mereka melalui bersama pasangannya. Ada yang sukakan romantik dan ada yang memang anti dengan orang romantik. Baginya romantik ini meloyakanlah. Semua itu pandai kita untuk menilainya.
Dan sebenarnya cinta yang begitu indah adalah cinta kerana ALLAH S.W.T.. Kerana bila kita menyintai ALLAH, insyallah cinta kita sesama manusia pasti berjalan dengan baik. Cinta yang kita rasakan itu adalah Cinta yang diberi pinjam untuk kita merasainya. Sayangnya bagi sesiapa yang tidak mempunyai rasa Cinta itu kerana dia tak merasai CINTA PADA ALLAH DAN RASUL...sebagai anak-anak yang baru mengenali erti cinta.. janganlah cepat jatuh pada cinta yang dusta. Bercintalah dulu dengan ALLAH barulah fikir untuk bercinta dengan makhluk lain...apa yang baik itu datang dari ALLAH dan segala yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jika salah dariku tegurlah..aku juga insan yang biasa...Wallahualam...^^,