Semalam aku menatang dirimu bagai minyak yang penuh..
kau jatuh lembut ke tanganku..
aku sabar dengan kerenahmu..
begitu halus hatimu sayang...
begitu kecil hatimu...
sekeras mana pun dirimu saat itu...
aku tetap amat menyayangi dirimu..
aku tahu..
kau ketandusan kasih sayang..
aku berikan kau segala kasih sayangku padamu..
aku berikan segala perhatian kepadamu..
hanya kerana ingin melihat kau bahagia...
saat itu cukup indah buat aku kau sentiasa di sisi ku...
kedegilmu mengajarku..
kenakalanmu mndugaku..
tapi aku sedikit tidak membencikan dirimu..
malah aku bertambah sayang..
cukup sayang..
kaulah yang terakhir dalam hidupku..
tiada ganti buatmu..
semuanya hanya untuk dirimu..
kau begitu kuat mengharungi dugaan..
kau begitu cekal menghadapi rintangan..
saat itu..
segalanya aku perlajari darimu..
kau sedikit tidak goyah.
kau sedikit pun tidak gentar..
kau cukup berani...
kau cukup istimewa..
tiada yang seistimewa dirimu..
walaupun belaianku tidak kau inginkan..
tapi kemanjaan mu sentiasa terserlah..
aku begitu asyik memandang ketulusanmu..
hari ini..
tidak akan aku lupakan selamanya..
tidak akan aku hapuskan kenangan kita..
kau meninggalkan parut di tanganku..
kau meninggalkan pesan yang cukup buat aku terguris...
saat-saat pemergianmu..
cukup buat aku sedih...
mungkin seminggu aku bersama denganmu..
tanda untuk segalanya..
begitu pantas ia berlalu..
seperti baru semalam aku bermanja denganmu..
kini selamanya kau meninggalkan aku..
tiada lagi teman untuk aku bermanja..
tiada lagi teman untuk menangis..
setelah dirimu pergi selamanya..
kau datang membawa sejuta kegembiraan..
kau pergi membawa sejuta kesedihan..
segala titik kenangan aku semadikan bersamanya..
kaulah yang terakhir..
hanya dirimu...KECIK...(SABTU)
kau hadir sabtu..
kau pergi isnin..
=(
No comments:
Post a Comment