Wednesday, 8 June 2011

Terima Seadanya diri

aku nak story nie...apa yang korang rasa bila seseorang mengatakan pasangan korang nie tak padan dengan koranglah.. muka macam tak siaplah.. macam tongkang pecahlah.. apa lagi nak aku bagi perumpaan.. aku cerita nie sebab aku tengok dan aku dengar sendiri... biasanya dikalangan perempuanlah.. tulah mulut perempuan kalau dah berkumpul sama..ceritanya...mula-mula ceritanya mulia lagi...tapi bila punggung dah panas...mulut pun turut sama jadi panas,.. apatah lagi kalau yang berkumpul tu dah ada pasangan.... kalau tak cerita perihal pasangannya tak sah... cerita perihal pasangannya tak pe juga.. ni boleh siap kutuk orang lain... macamlah sendiri tu sempurna sangat? Tiada yang di dalam dunia nie sempurna.. pasti ada kekurangannya.. tapi ada orang macam tu fikirkan? yang dia tahu hanya mencari buruknya... buruk sendiri tak lihat.. kadang-kadang aku tak paham dengan golongan macam tue...

aku cakap ni sebab nak muhasabah diri aku sendiri juga.. mungkin aku juga begitu... tapi aku cuba berubah untuk sedar bahawa di dunia ni Allah cipta hamba-NYA sebaik-baiknya... tapi kenapa masih ada golongan yang nak mengomen kejadian yang Allah telah ciptakan.. apakah dia tak sedar.. dirinya juga Allah yang ciptakan?? inilah masalah mulut... segalanya mampu di keluarkan... yang baik dan yang buruk...

wahai golongan ini...sedarlah diri... hidup ini hanyalah sementara.. hargai apa yang ada.. terima apa yang telah di pilih.. bukannya semua tampak buruk.. jika kita sering katakan buruk pada orang.. ianya akan pulang semula pada kita balik..  

jika itu pilihnya mengapa kita harus kritik? apakah diri ini cukup hebat sehingga mampu mengatakan orang lain buruk?? fikirkanlah..

No comments: