Thursday, 9 September 2010

takbir sudah...

habis sudah ramadhan tahun ini...
kini takbir kedengaran di radio..
di tv..
dan di surau-surau..
masjid-masjid..
dan juga di rumah masing-masing...
tu tandanya ramadhan ditinggalkan dan syawal kini tiba...
syahdu hiba ditambah gembira hati ini melalui semua ini...
dengan hati yang tenang, rela menghadapinya dengan tabah...
amin...
tahun ni juga dah lima tahun raya takde atok...
rindu pula dekat arwah atok...
ingat lagi 5tahun lepas..
raya pertama masukkan atok ke hospital cheras..
selepas 3minggu di ICU..
menghembuskan nafasnya terakhir...
tulah kali pertama kehilangan insan yang paling dekat dengan aku..
pemergiannya tanpaku disisi...
pemergiannya tanpa tangisanku...
aku sendiri tak tahu kenapa..
tapi sebenarnya jauh disudut hati aku...
aku terlalu sedih atas pemergian atok..
tapi tulah lumrah kehidupan..
datang dan pergi itulah lumrah alam...
jadi raya kali ini walaupun tanpa atok bersama kami...
tetap disambut dengan gembiranya...

salam aidilfitri daripada:
ainatul

No comments: