Wednesday, 24 July 2013

Sedang mencari Novel

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Aku sekarang nie tengah mencari novel yang bertajuk Hanya kerana Cinta... Novelis Norhayati Berahim.. Novel ni cukup bermakna buat aku.. Dulu aku penrah memilikinya tapi.. hahahha.. panjang ceritanya.. kahkahkah.. jadi aku ingin mencari sesiapa yang ingin menjualkan novel tu kepada aku.. novel tu diterbitkan pada tahun 2005.. dah lama cerita tue.. dan aku waktu memang tengah gila akan novel.. tidaklah sekarang yea...hope ada sesiapa boleh tolong aku..

ni muka depan novel tersebut:

credit from: mudah.my

Aku Mengaku Tak Pandai

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Nak dibandingkan dengan orang lain yang kat luar sana sana sana dan sana nun tue.. Aku terasa kecil sangat-sangat...Mana tidaknya.. Bila aku baca blog yang hot hot nie memang sangat superb dan sangat-sangat dan tersangat best terutama sekali bila mereka menggunakan fully english when writing their entry.. Sedar diri ini tak sehebat mereka hanya mamapu menaip dalam bahasa melayu dan adakala menjadi 'manglish' sangat tak bagus macam tue.. huhuh...

Jadi aku tak heran bila follower mereka ramai dan mendapat feedback yang baik dari follower dia.. Jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya... hahahha.. tak rela nak cakap apa dah.. setiap orang ada kelebihan dan kelemahan nya.. Aku menerima segala kelemahan aku.. dan aku jadikan dia sebagai cabaran bagiku.. Kekadang tue aku takut nak menggunakan bahasa kedua.. kerana aku takutkan apa yang aku buat tu salah,..huhuhu.. Sedangkan dalam berbahasa Malaysia pun aku mempunyai kelemahan.. Macam mana tue? huhuh... 

Oleh itu, adik-adik sekalian rajin-rajinlah membaca buku dari kecil. Sesiapa yang suka membaca novel itu bagus sebab itu salah satu cara untuk mereka melihat cara penulisan yang baik.. Tidak seperti aku, aku tak suka baa novel.. Sebab bagi aku jalan ceritanya pasti sama sahaja.. Aku minat novel bahasa Inggeris tapi itulah masalah bahasa pula.. aku ni lemah nak buka kamus-kamus yang sebenarnya berguna bagi kita.. kihkih.. 

Tuesday, 23 July 2013

Kegiatan Menyelongkar Bermula


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hahahhaha... Entah kenapa baru sekarang aku rajin nak explore folder yang dah berkurun aku simpan.. kes ambil dari kawan-kawan. bukan di tengok semua pun..huhuhu.. terima kasih kawan-kawan yang pernah berikan aku wallpaper yang bermacam-macam.. tak tahu pulak rupanya banyak yang sangat comel-comel. sukanya.. huhuhu...

okeylah ni antara yang sempat aku edit sikit bagi nampak lagi cantik.. huhuhu...








Siapakah anda?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

credit by : hoba anime

Buat Muslimah di luar sana..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semoga Hijab menjadi pakainmu
Semoga kesucian menjadi amalanmu
Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu
Semoga Syurga menjadi tempatmu
Amin....


Nama Ainaliyana

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dah lebih 10 tahun aku menggunakan nickname AINALIYANA.. yer.. 10 tahun.. agak lama aku menggunakan nama tersebut.. bukan aku tak bangga dengan nama yang mak abah berikan kepada aku.. tu hanyalah nickname aku.. bukan ada orang panggil aku dengan nama Ainaliyana tu pun.. kihkihkih,. kalau Aina tu comfirm lah adalah sebab tu sebahagian ndaripada nama penuh aku..huhu...

Entah aku tak ingat aku pernah post entry tentang nama 'nickname' aku ni atau tidak.. huhuhu.. Ianya tercetus sejak seorang kawan aku menggunakan panggilan nama yang berkaitan dengan Liyana juga.. Jadi pada waktu tu jugak aku inginkan juga sebuah nama panggilan yang mudah dikenali.. Aku gunakan nama tersebut ketika melayari laman sosial MIRC ketika tue.. tak silap aku 2002 selepas exam UPSR... awal tak awal aku terdedah dengan laman sosial nie.. sebab tu sekarang nie tak best kenal-kenal dengan orang dari laman sosial nie kerana rata-ratanya hanya ingin mengambil kesempatan..Jadi, takkan berjaya nak 'mencuba' aku nie.. sorry yeah...

Ainaliyana ini hanya akan dilihat di laman sosial aku.. seperti di Facebook, twitter, instagram dan juga blog... Aku juga menggunakan signature aku dengan nama nie juga. Mungkin sebab dah terbiasa sejak sekolah menengah lagi.. Jadi sehingga kini aku masih lagi menggunakan 'signature' Ainaliyana nie.. Jadi kedatangan aku di UiTM pasti akan nampak signature aku dengan nama Ainaliyana..

Walau bagaimanapun aku tetap bangga dengan nama aku iaitu Siti Ainatul Mardhiah Bt. Mohd Hata.. Ada orang kata nama aku panjang dan juga ada yang susah ingin menyebutnya.. Memang nama aku panjang aku tak nafikannya.. Abah cakap kenapa nama anak-anaknya panjang sebab anaknya tak ramai jadi abah dengan mak meletakkan nama kami panjang-panjang. kihkihkih.. So, kawan-kawan boleh panggil aku dengan nama yang berkaitan dengan nama aku dan juga membawa maksud yang baik.. Kita memang orang ini haruslah mempunyai makna bukan main sebut jer tanpa ada makna yang baik.. Jangan macam tue kawan-kawan.. ubahlah daripada sekarang ya.. Nama ini memainkan peranan sifat dan juga watak kita...

Ingat tu ye teman-teman.. Walaupun ia hanya nama panggilan.. kenalah dengan nama yang baik-baik yer.. baiklah jumpa lagi...

new create

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Seawal 2003 aku dah ada akaun yahoo mail sendiri.. Atas bantuan abah.. abah buatkan email tersebut...sehingga hari ni aku masih lagi menggunakan akaun tersebut untuk beberapa laman sosial termasuk kegunaan UiTM jugak.. tetapi.. setelah sepuluh tahun.. ok.. 10 Tahun... aku membuat akaun baru aku hampir sama dengan yang dahulu. cuma bezanya tahun dan juga bukan lagi yahoo mail tetapi gmail atau erti kata lain google mail.. huhuh..saja nak promote.. kehkehkeh...

awal remaja:
ainaliyana2003@yahoo.com

setelah 10tahun:
ainaliyana2013@gmail.com

Monday, 22 July 2013

Ex-roomate diploma part 1 (kanak-kanak ribena)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


me and ain

liya and ain

ain..suliha(kawan degree juga)..liya

aishah..me..liya..ain

me,,ain..liya

Erti sebuah berkawan


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Melihat anak kecil, seawal usianya 10 tahun telah sendirian tanpa teman rapat.Apatah lagi mempunyai seorang sahabat yang rapat dengannya. Bukanlah hidupnya kosong, tapi entah mengapa hidupnya sering kali di hurung akan kesedihan dalam bersahabat.Anak kecil kian dewasa bersama arus masa. Masih lagi mencari erti sebuah persahabatan. Erti kawan baginya umpama angin yang hanya datang singgah seketika dan hilang bersama rasanya. 

Terpisah daripada kawan-kawan yang mungkin mampu menjadi sahabatnya kelak hanya mimpi baginya. Belajar untuk terima sesuatu yang baru dengan harapan adalah yang terbaik buatnya. Alhamdulillah, anak kecil yang semakin remaja mempunyai sahabat ketika usianya seawal 14 tahun. Pencarian selama ini membuahkan hasil baginya. Lalu ia menjada persahabatannya dengan baik sekali. Segala dilakukan bersama. Berjalan bersama, cerita bersama segalanya kongsi bersama.

Usia semakin melonjak naik. Permikiran semakin matang. Anak remaja bermacam dengan ragamnya. Tapi persahabatannya masih lagi di jaga.. Walaupun terpisah dek kerana sahabatnya terpaksa mengikut kakaknya ke utara. Anak remaja ini mengisi kesunyian dengan teman sekolahnya dengan harapan tiada rasa kesedihan yang dirasakan. Persahabatan di sekolahnya juga berjalan dengan baik walaupun pada awalnya mendapat tangkapan yang buruk. Tapi bagi anak remaja itu masih tetap inginkan persahabatan itu, kerana dia yakin akan keputusannya. Biarlah dia kehilangan kawan yang hanya mampu membawanya ke arah entah di mana dia nanti pada masa akan datang.

Sahabat yang jauh sentiasa di ingatannya. Mengharapkan pulang agar dapat bersama kembali.2 tahun perpisah itu terjadi. Akhirnya sahabatnya pulang juga kepangkuannya. Bermacam-macam janji yang telah di janji untuk dilakukan bersama. tapi........

Semua itu akhirnya musnah dalam skelip mata.. hilang bagaikan debu di tiup bayu. Hatinya gugur tatkala persahabatan di musnahkan dengan begitu sahaja. Janji musnah begitu sahaja. Menangis tanpa fikirkan apa lagi.Hanya memikirkan apa salahnya sehingga sahabatnya meninggalkannya dan pergi begitu sahaja. Tapi anak remaja ini cuba juga menguatkan semangatnya dengan berdoa agar sahabatnya ubah fikirannya.. Tapi ternyata tiada perubahannya. Masih juga sama. Sakitnya usah dikatakan.. Hanya Allah sahaja tahu bagaimana sakitnya anak remaja itu rasakan. 

Masa berlalu. hampir setahun sudah berlalu selepas kejadian itu. Tapi anak remaja itu tidak lupa akan sahabatnya walaupun kini dia mempunyai sahabat yang lebih baik dan lebih ramai.. Cukup baginya mempunyai sahabat hanya 4 orang.. Itu pun setelah orang lain membuang mereka tanpa sebab lalu dia menerima dengan hati yang terbuka dan bersyukur mempunyai sahabat sebaik mereka. Tapi ingatannya masih teringatkan sahabat pertamanya. 

Adakalanya mereka pernah terserempak bersama. Tapi seperti tidak di kenali. Anak remaja ini tidak kuat untuk menegurnya. Bukanlah takut akan di marahi tetapi takut di buang sekali lagi.. Anak remaja ini hanya mampu berdoa akan kebahagiaannya. Sesekali anak remaja ini lalu di rumah keluarga sahabatnya walaupun dia tahu sahabatnya bukannya ada di situ.. Kakak ipar sahabat pernah menegur anak remaja itu dan memberitahunya bahawa sahabatnya akan berkahwin. Gembira hati anak remaja itu mendengarnya. Tapi dalam gembira itu ada dukanya. Mana tidaknya, mereka pernah berjanji bersama untuk menjadi pengapit bila sesiapa ingin mendirikan rumah tangga kelak. Tapi bagi anak remaja tersebut semua itu hanyalah angan-angan.. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan sahabatnya kekal ke akhirnya..

Setelah 5 tahun mereka hilang tanpa khabar berita. Anak remaja ini yang sudah melangkau usia dewasa dikejutkan dengan sesuatu berita. Berita yang dia sendiri tak menyangka. Sahabatnya yang telah lama hilang dan sudah berumah tangga kembali padanya. Begitu terkejut anak remaja itu mendapat tahu. Seperti mimpi di siang hari bila sahabatnya mencarinya semula di laman sosial facebook.

Pernah juga anak remaja ini mencari sahabatnya di facebook, friendster,myspace serta meminta bantuan sahabat satu sekolahnya untuk mencarinya dan pernah juga dapat tapi hampa. tiada respon apa. Oleh itu, anak remaja itu berputus asa untuk terus mencarinya lagi. Dan anak remaja itu redha bahawa jodoh mereka untuk terus bersahabat telah tiada lagi..

Tapi itulah Allah maha adil, sahabatnya kini kembali tapi tidak sama seperti dulu. Walaupun jaraknya tidak jauh untuk kembali berjumpa. tapi anak remaja ini masih takut untuk berdepan dengan sahabatnya. Bukannya anak remaja ini tidak rindukan sahabatnya.. Dia terlalu rindukan sahabatnya. tapi masa belum mampu menemukan mereka berdua dalam keadaan yang cukup gembira. 

Sahabatnya kini memounyai keluarga sendiri.. mempunya suami tatkala anak remaja ini masih lagi mengejar cita-citanya. Suatu hari nanti pasti mereka akan berjumpa dan akan bahagia serta gembira bersama tatkala berjumpa. Anak remaja sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya mempunyai kehidupan yang baik dna bahagia dengan apa yang dilakukan.. In Sha Allah..

12 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sedar tak sedar dah 12 hari kita menjalani ibadah puasa..cepat juga masa berlalu.. dan sedar tak sedar dah seminggu aku bercuti.. cepat-cepat..(cepatlah sangat...)... 

So, apakaha aktiviti kawan-kawan sepanjang puasa nie? heehehe.. selamat bekerja pada kawan-kawan yang mencari nafkah untuk dirinya dan keluarga.. dan selamat bercuti pada kawan-kawan yang tengah bercuti belajar.. dan juga selamat belajar pada kawan-kawan yang sedang belajar juga.. segala yang dilakukan semuanya niat keran Allah S.W.T.. in sha allah dengan izinNYA.. hehehe...

Seperti aku, cuti yang baru seminggu aku rasakan... seperti meng Qada' kan semula tidur-tidur aku yang tertangguh sepanjang musim exam hari tue.. hampir demam jugaklah.. Alhamdulillah tak lama demamnya.. Syukur pada Allah kerana memudahkan segalanya.. Cuma kadang-kadang mygrain jugaklah..huhuhu.. harapan awal semester dulu nak study awal.. tapi akhirnya last minute jugak belajarnya.. kehkehkeh... tulah dinamakan student last minute study..kihkihkih...

Tapi, tak ku lupa untuk hidangan berbuka puasa.. Alhamdulillah sepanjang berpuasa di rumah, semuanya di buat sendiri.. tidak pernah pergi ke bazar yang berdekatan atau jauh..huhuh.. maklumlah barangan basah sekarang nie agak mahal dan adakala di bazaar tu mereka mengambil kesempatan dengan menjual makanan dengan harga yang tinggi.. walhal rasanya tak seberapa... dan alhamdulillah sepanjang berpuasa nie.. apa yang aku inginkan segalanya tercapai juga.. kihkih...

Walaupun tak berapa tahu masak..(ceh..humble benor.. nampak penipuan di situ..)... mak dan abah juga ada membantu.. kihkihkih.. bantu ker? rasanya mereka lebih banyak membuat..huhuu.. macam abah memang pro dengan msakan sayurnya.. aku snediri tak tahu apa rahsianya.. bila tengok abah masak.. tiada rahsia pun.. sama jer macam orang lain masak.. itulah dikatakan air tangan abah.. mak pulak.. perh... rendang mak sangat sedap... rendang burung puyuh tue.. dan tadi pulak bebuka pulut kuning.. pulut kuning memang sangat sedap.. tak kan dapat kat tempat lain.. hahhaha.. nyum...~

Aku pulak? hahhaha.. dengan bangganya.. aku telah buat spagetti... hahahha.. bangga beno dengan spagetti tue.. hahaa.. mana tak bangganya.. aku sanggup balik ke banting semata-mata nak masak spagetti selepas exam Semiconductor.. dan esoknya pulak paper Non-Destructive testing..last paper.. kerana terlalu tension.. aku tekadkan diri juga untuk balik ke rumah dan minta abah belikan bahan-bahan untuk di buat spagetti.. kebetulan time tue nenek ada di rumah.. kihkih.. paper last tu memang aku cukup redha.. entah apa yang aku jawap bila aku fikirkan sekarang  nie..sob..sob..sob...

aku juga...hahhaha.. tercapai juga membuat kerapu 3rasa ditambah juga dnegan ikan mambong bakar.. nyum..~ semua tu hasil tangan aku yang tak seberapa nie.. kehkeh.. walaupun kurangnya tak seberapa.. tapi syukur alhamdulillah dapat mengurangkan kos dnegan membeli di bazaar yang tak yakin akan kebersihannya.. Bukan nak cakap tak bersih tapi aku tak yakin akan kesuciannya.. dengan masak sendiri lebih puas dan banyak pun banyak gaklah..heheh...

Dan tadi..buat pertama kalinya.. aku buat kuih buah melaka.. hahahaa.. yang ni memang failed bagiku.. kihkih.. mana  tidaknya isinya tebal sangat dan.... banyak sangat gula kabong.. hahahhaa.. terkejut tetiba makan manis nie.. hahahhaa... sepanjang puasa nie.. aku control gula... al-maklumlah my abah ajar kurangkan gula atas faktor kencing manis.. jadi anaknya sedikit sebanyak terikut...berbuka pun aku minum air limau suam yang masam..huhuhu.. manis-manis ni ditolak kalau boleh di rumah aku nie..huhuhu...

Jadi untuk puasa seterusnya di harap dapat dikurangkan apa yang patut di kurangkan.. kawan-kawan pun sama jugak ya.. huhuhuhu.. makan jangan sampai lupa diri.. di bulan Ramadhan ni janganlah sehingga berbazir makanannya.. syaitan tidak menghasut kita.. tapi nafsu kita nie..hati-hatilah.. bijak dalam berbelanja yer.. makan untuk keperluan bukan makan untuk keseronokkan.. ingat yer kawan-kawan..on the way up date lain entry pulak.. see you again.. love u all.. =)

selamat berpuasa teman-teman

Friday, 19 July 2013

Saja nak luahkan..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tak ramai pun nak baca warna-warni aku nie.. kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain yang lebih emnarik dan lebih tertarik.. kehkeh.. tapi cukuplah buat aku untuk meluahkan apa yang aku ingin luahkan.. dan pada siapa yang rajin membaca warn-warni aku ini adalah orang yang sebenarnya sayangkan aku.. serius.. sebab tuan empunya warna-warni ni pun tak larat nak baca balik apa yang dah dia type.. aku tak tipu nie..

aku juga sebenarnya sangat terkejut kalau ada yang suruh blog aku ni dijadikan novel.. hahhaahaha.. memang sangat mengarut tahap gaban lah.. thanks pada siapa yang sudi memberikan cadangan seperti itu kepada aku.. untuk masa ini aku amsih belum bersedia lagi untuk publishkan segala hasil karya aku yang tak seberapa ni menjadi novel.. hahha.. (kejap.. ada ke orang nak baca nurkilan yang tak seberapa nie..)

Oleh itu.. cukuplah sekadar di alam maya ni saja.. dan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga pada sesiapa yang rajin membaca warna-warni aku nie.. huhu.. agak terharulah atas kesudian kalian mengambil sedikit masa anda untuk dibuangkan dengan membaca nurkilan aku tak begitu indah.. terima kasih banyak-banyak yer...

Aku minta maaf sebab aku tak serajin orang lain untuk selalu up-to-date ceritanya.. maklumlah.. belajar.. untuk membahagikan masa dengan menaip ini agak mengambil masa.. sebab bagi aku.. aku bukan jenis yang suka simpan dalam draft berkurun-kurun.. atau membiarkannya menjadi draft semata-mata.. minta maaf ya..

dan juga ada kalanya aku hanya memasukkan gambar-gambar sahaja..time tu hati nak menaip memang tiadalah,. cukuplah sekadar untuk melatakkan gambar sudah memadai..hehhehe...

berbalik pada kenapa aku menubuhkan warna-warni adalah kerana aku terpengaruh dengan cerita kayangan.. dan aku pernah menceritakan sebelum ini.. daripada cerita itu membuat aku berkobar-kobar untuk membuat blog dan akhirnya terhasillah warna-warni yang tak seberapa nie..


Pada awalnya aku mengambil nama warna-warni atas sebab theme yang aku pamerkan dalam blog ni lebih kepada warna-warni.. sampai tulisan pun berwarna-warni.. tapi semua tu tak lama.. maklumlah zaman remaja lagikan saat tue.. sehingga suatu ketika aku dah mula jemu.. jemu dengan warna-warni yang payah nak edit..hahhaa.. aku ni bukanlah rajin nak edit-edit bagai macam orang.. jadi pada sesiapa yang membaca nurkilan pada tahun 2010 dan 2011 ada yang tulisan tak nampak.. minta maaf ye teman-teman... sebab sebelum ni background warna-warni berwarna hitam..so tulisannya banyak berwarna putih...

akhir sekali, terima kasih sekali lagi sebab sudi singgah ya.. maaf tiada lagu di dalam blog nie.. bukan apa.. tak semua orang suka mendengarnya.. walaupun sebelum ni aku ada meletakkan dengan lagu-lagu intrunmental sahaja.. tapi kini tiada lagi.. hope semua masih lagi sudi menanti entry yang seterusnya yer..

sekian..

Addicted to Games Now

Dragon city

CaNdy Crush Saga

Kenangan Diploma

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
credit from : Noraini bt Abdul Aziz

Bila di tengok balik kepingan ini.. teringat zaman awal-awal masuk diploma..
diaorang ni merupakan kenalan aku mula-mula bila aku masuk UiTM Pahang...
serius aku katakan...
memang banyak suka duka bila duduk dengan mereka..
dan aku amsih kontek dengan Aliana Sufni dan Noraini...
huhuhu...






Thursday, 18 July 2013

Selesai sudah

أعوذ بالله من الشيطان الرجي



بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم




السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



End Semester 4...

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Setelah hampir 4bulan menempuh suka duka semester 4.. akhirnya tamat juga aku harungi nya.. dengan jam kredit yang agak banyak.. tak pernah aku ambil sebanyak tue.. sebanyak 24 jam kredit dan sebanyak 7subjek yang mempunyai peperiksaan akhir.. sangat-sangat mencabar sekali.. in sha allh dengan usaha yang berbaloi ini.. akan membuahkan hasil yang baik.. in sha allah... huhuhu...

So..pengalaman pertama juga menghadapi peperiksaan 3terakhir di bulan Ramadhan.. agak mencabar.. time diploma dulu pernah juga merasa berpuasa di bulan Ramadhan.. menjalankan aktiviti kuliah.. pergi ke hutan di bulan puasa,, tapi smeua tu tak sama seperti menjawap periksa di bulan Ramadhan...Ia lebih mencabar.. dan ada baik juga berpuasa di bulan Ramadhan...huhuhuhu....


Thanks full juga dengan adik aku sorang iaitu Nur Syairahtul Ain yang banyak tolong aku dalam cover subjek-subjek final... banyak juga yang aku dapat bila aku belajar dengan dia.. terlalu banyak dia membantu aku dalam mengharungi hari-hari yang sukar.. dan juga semangat yang diberikan.. tak salah untuk aku berkawan dengannya asalkan dengan tujuan yang baik..huhuh.. thanks dear.. i'm really happy with you dear.. kihkih...




Jadi sepanjang cuti apa lagi aktiviti yang mampu dilakukan dibulan puasa ya?? hahhaha.. tiada apa yang dapat dilakukan melainkan duduk di rumah.. huhuhu.. keluar memang tiada apa yang best pun..


Cuma minggu lepas, dapat juga hang out dengan best friends aku "Mafia Crew" di Tanjung Harapan Pelabuhan Klang Utara... Pengalaman yang sangat best... berbuka puasa dengan sahabat handai.. tak pernah pun sebelum ni berbuka bersama diaorang.. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dnegan lancar..