Monday, 29 August 2011

Berakhir sudah Ramadhan

Salam..


aku bersyukur sangat tahun nie.. nak tahu kenapa?? hahhaa.. tahun nie selepas 3tahun, aku dapat berpuasa dan berbuka selama sebulan di rumah bersama-sama keluarga aku.. lama aku tak rasakan suasana itu.. last aku rasai waktu aku tingkatan5.. lepas tue.. berpuasa di rantauan.. jadi tahun nie.. merupakan tahun yang bermakn buat aku sekeluarga.. walaupun tak lengkap juga sekeluarga di bulan puasa.. tak jadi masalh untuk aku.. sebab hampir stiap minggu abang aku akan balik ke rumah untuk berbuka bersama keluarga.. walaupun abang sekarang bekerja di bahau.. tak menghalang dia untuk balik ke rumah berbuka bersama keluarga pada hujung minggu.. dan sempat jugalah minggu ke-3 puasa, abang belanja kami sate....

Ramadhan kali nie aku seperti terasa sangat akan pemergiannya.. mungkin sebab sebulan aku berpuasa di rumah jadi terasa sungguhlah.. yelah dapat berbuka sedap-sedap...(sedaplah sangat..makanan orang diet..).. raya tahun nie juga mungkin akan membawa seribu erti bagi aku.. selepas aku mengalami kesedihan beberapa bulan sebelum beberpuasa.. kini aku merasakan kegembiraan yang hanya aku seorang sahaja dapat merasakan.. walaupun raya mungkin sekejap.. tapi tak kisahlah.. yang penting aku gembira bersama dengan ahli keluarga aku.. tiada yang lebih bermakna daripada bersama keluarga tercinta aku...



lepas seminggu raya nie..mulalah tugas aku sebegaia pelajar.. bukan lagi pelajar diploma..tetapi degree.. wah..sudah degree aku nie?? seperti baru semalam aku amik SPM.. hahahha.. sekarang nie degree pulak... aku harapkan di tempat baru nie aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.. aku tak nak jadi seperti aku di Jengka dulu... kali nie aku lebih dekat dengan rumah aku.. kalau nak balik rumah tue..bila-bila pun boleh saja..huhuhu.. tapi aku dah ready ke menjadi sebagai pelajar semula nie setelah 4bulan menyepi nie?? huhuhu.. boleh ke aku nie masukkan semula segala ilmu ke dalam otak aku yang dah agak lama tidak di polish ni.. huhuh... berdebar pulak bila nak masuk belajar semula..huhuhu.. yelah environment baru.. kos baru.. kawan pun mungkin baru.. dalam kegembiraan nak masuk belajar nie.. aku agak sedih jugaklah pada kawan-kawan aku yang dapat sambung belajar dekat tempat lain... aku pasti akan merindui nazirah  sebab dia dapat tawaran belajar di utara.. hai.. kawan bergosip tue.. dah takde dah dekat dengan aku.. macam tu juga dengan syuhada.. tak menyambung belajar..mungkin dia ada plan dia sendiri..hehehe.. shima pun wlaaupun dia belajar dekat shah alam juga tapi bukan di kampus yang sama.. yang aku akan berjumpa khairoh dan hayatul... dua-dua awek tu merupakan bekas roomate aku.. aku rindukan suasana sewaktu kami sekelas dulu.. yang paling aku rindukan nana lah.. yelah dahlah dia sambung degree dulu.. lepas tue satu sem menyepi..entah bila dapat jumpa awek yang galah sorang nie...rindunya aku kat diaorang nie...



No comments: