Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu...


Setiap orang pasti ada ibu.. ibu yang melahirkan kita hanya seorang... yang penat dan mengendong kita selama 9bulan hanyalah seorang.. jika kita kenangkan kembali pengorbanan seorang ibu pada kita begitu besar sehinnga kita tak mampu untuk membalasnya dengan wang ringgit atau apa.. hanya ingatan kita padanya yang amat diperlukan seorang ibu pada anaknya.. Oleh itu, janganlah kita lupa segala penat perit ibu kita dalam membesarkan kita...

Pelbagai cara kita memanggil ibu kita...ada yang memanggil.. ibu.. mama.. mak.. ummi.. ma.. tapi bagaimana cara kita memanggil ibu kita pun (panggilan yang baik...).. dia tetap ibu kita..

dan aku memanggil ibu aku dengan panggilan mak.. nama mak aku Maimunah bt. Hj. Mohd Sarif.. mak aku pun masih punyai ibu di kampung yang bernama Hajah Khadijah bt. Hj. Sulaiman yang merupakan nenek aku yang aku panggil wan...

di kesempatan ni aku nak sangat ucapankan selamat hari ibu kepada seluruh golongan wanita yang telah bergelar ibu... tak lupa juga pada mak aku yang aku nak ucapkan selamat hari ibu.. tanpa mak tak lahir Siti kat dunia nie.. tanpa mak tak Siti jadi seperti ini... eh sama juga dengan abah.. tapi untuk runag kali ni...lebih tertumpu pada mak.. harap maklum..huhuhu....

sayang sangat dengan mak... love you so much... huhuhu... terima kasih sebab dah besarkan Siti sampai menjadi seorang yang mempunyai pendidikan... terima kasih mak....

No comments: