Wednesday, 19 August 2015

Real life

Assalamualaikum...

Percubaan pertama menaip menggunakan phone halus mulus aku ni..bagus juga macam ni, sekurang-kurangnya aku dapatlah update sikit sikit blog aku nie.. Cuma masalahanya sekarang, idea untuk menaip tu jarang-jarang nak datang dah.. Rasa macam minda ni mula tertutup jer.  Walhal banyak juga cerita yang boleh aku ceritakan di sini..

Kerja aku sekarang bukanlah sibuk mana pun.. Kerja berjadual dan balik tak perlu fikirkan tentang kerja.. Hanya memikirkan public macam mana yang aku akan jumpa esoknya.. Nak di bandingkan kerja aku dengan jabatan sebelum ni, agak pening sikitlah.. Mana tak pening, kerja takkan pernah siap.. Meminitkan semua fail yang dah lana sangat tertunggak.. Menyusun semula dokumen-dokumen yang dah lama tak berusik.. Sedangkan sekarang ni, satu fail pun aku tak ada usik.. Hanya mengusik duit orang jer lah.. Dapat jugaklah merasa sekali dapat 25k cash.. Cash okey bukan cek tau.. Hahaha.. Kalau cek jangan cakap, pernah dapat berjuta-juta.. Tapi apakan daya.. Semua tue duit bukanlah duit aku..  Hahahaha.. Yang paling penting, dari situ aku kenal perangai setiap orang. .. Manusia ni memang takkan pernah sama perangainya.. Jadi, janganlah kita nak orang sama saja dengan kita.. Sudah lumrah hidup ni bermacam-macam coraknya.. Ada yang sabar, ada yang tenang.. Ada yang baran.. Tapi itulah manusia yang bermacam ragamnya. ..

Bukan setakat public jer, perangai staff pun macam-macam.. Kehidupan selepas belajar ni lebih mencabar berbanding saat belajar.. Belajar ni hanya 20% jer.. Sedangkan kehidupan sekarang ni betul-betul 360 darjah lainnya... Dengan mencari duit sendiri.. Mencari kawan kerja sendiri.. Dengan mengenal perangai kawan kerjanya... Belajar ni hanya 3 4 tahun jer, sedangkan kerja ni, selagi mana anda mampu tok bertahan di situ... Betul tak? Bermusuh dengan kawan bila belajar tak lama pun berjumpa.. Tapi bila kerja nie masalah bila bermusuh.. Bermasam muka jangan katalah. Huhuhu...

Tentang duit pun satu hal yang takkan asing bagi seorang pelajar bila tamat belajar. Terutama sekali bagi yang ada membuat pinjaman PTPTN ke.. MARA ke .. Hahaha.. Pada yang dapat pengecualian tahniahlah kerana anda seorang yang sangat rajin saat belajar .. Gaji yang kecil tak semua mampu untuk membayarnya . Tapi bagi yang bujang, apa salahnya mulakan pembayaran walaupun sedikit.. Tiada salahnya kan.. Tapi ini tidak, bila hutangnya mula meningkat mula merunggut kata banyaklah.. Tak mampu bayarlah.. Macam-macam saja alasan yang cuba di berikan..

Yang mula mengumpul duit untuk kahwin pun satu hal juga.. Pada yang dah ada pasangan waktu kenalan u ker..kenal mana-manalah, inilah masanya untuk start mengumpul duit.. Terutama sekali bagi kaum adam.  Dari sekarang kena gigih kumpul duit hantaran... Kihkihkih.. Kalau boleh janganlah buat pinjaman.. Pinjaman PTPTN pun xlepas bayar lagi.. Ni kan pula hutang bank pulak.. Dengan hutang kereta lagi kalau ada yang beriya nak beli kereta lah.. Semua tu kena fikirlah.. Sebab apa aku cakap macam tue, sekarang ni aku tengah mengalami fasa ni.. Bersungguh mengumpul duit gitu.. Hahaha.. Kerja dah dekat setahun tapi habis je semuanya..hahaha.. Simpanan ada seciput je nie.. Ntah sampai ke tidak target aku nie.. Hahaha...


No comments: