.jpg)
Sahabat lama aku.. sebelum ni pernah aku coretkan mengenainya.. tapi sudah lama aku coretkkan ceritanya.. kerana aku terlalu rindukan persahabatan kami yang dulu.. sedangkan berjumpa di pekan Banting..seperti tidak mengenali antara satu sama lain lagi.. entah dia tidak sedar aku di situ ataupun hanya buat-buat tidak sedar.. sedangkan aku begitu kuat untuk menegurnya.. hurm..apakan daya hatiku tidak kuat untuk meneruskan langkah ku untuk berdepan dengannya.. kerana aku takut sakit lama akan datang kembali.. Sahabat yang cukup banyak berkongsi cerita suka dan duka.. pergi sekolah bersama... tapi sayangkan.. aku melihat sahabatku sudah berkahwin.. sedangkan kita pernah berjanji ingi menjadi pengapit salah satu perkhawinan.. dan aku tidak hadir di majlis perkahwinan mu.. tapi aku bersyukur.. akhirnya sahabat ku telah menjadi isteri kepad suaminya.. walaupun sudah setahun perkahwinan mu.. sudah cukup buat aku gembira.. menumpang kebahagiaan mu.. hehhee...
Tanpa aku sedar.. entah mengapa.. tidak teringat aku akan mu bukan kerna aku telah lupakanmu..tapi kesibukan pelajaran aku membuatkan aku lupakan kamu seketika.. bila aku punya masa.. akan aku lalu ke rumah keluarga mu.. melihat jika-jika ada kamu di situ.. tapi aku tahu kamu tiada lagi di situ..pasti kamu sudah mengikut suami mu.. tidak mengapa.. cukup buat aku melepaskan rindu sudahlah.. tapi hari ini.. facebook..memberikan aku satu notification add friend.. lalu aku melihatnya dengan harapan mungkin ornag yang tidak aku kenali..tetapi bila aku membaca nama itu.. seperti aku kenal sekali... lalu aku membuka page kamu..dan melihat ya benar itu adalah kamu... Ya Allah.. apakah semua ini hanya mimpi atau suatu kebetulan sahaja... tapi aku takut untuk menerima mu kembali pada mulanya.. tapi ku gagahkan juga..menerima kamu menjadi kawan di laman facebook ku.. entah apa cerita seterusnya .. aku akan nantikan apa kesudahannya.. apa pun terima kasih Ya Allah...
#NurulShahidahBtZulkifli
No comments:
Post a Comment