Tuesday 20 June 2017

Belanja sikit


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

     Bertemu lagi kita dalam ruang yang kecil ini. Sebolehnya aku cuba juga kuatkan semangat untuk melakar semula coretan kerdilku ini. Sejak bekerja tiada kesempatan untuk aku berkongsi. Tambahan pula sudah berkahwin lagilah 'big' M tu menular. Jadinya kekangan untuk memberikan sedikit ruang di sini. Salah seorang sahabat aku sudah menyuruh aku untuk kembali aktif di entri. Tapi tujuan asal blog @ warna-warni ini diwujudkan atas dasar untuk aku berkongsi kehidupan aku. Tu pun bukan sesiapa pun yang sudi membacanya. Hanya untuk kepuasan sendiri jer. hehehe.. 

     Zaman belajar banyak masa untuk mengubah corak blog warna warni ni. Tapi sekarang nie, hahhaa yang sedia ada ini dah cukup rasanya. Nak cari templete baru perlukan masa yang panjang. Nak edit bagai. 

       Kesempatan ni pun aku masih berdua dengan suami. Masih tiada penyeri. Hanya penyeri anak bulu. HAhahaha.. Nama dia mak mertua aku yang berikan TAM @ HITAM. Aku ambil dia selepas usianya 3bulan. Dia lahir dekat2 dengan time aku nikah. Pada mulanya encik suami seperti tidak mengizinkan aku untuk membela. Dahlah hitam pulak tue. tapi selepas bincang punya bincang, Alhamdullillah dah setahun lebih usianya. Vaksin sudah, "Castration" pun sudah. Bukan sebab aku kejam. Tapi sebabkan aku belanya bukan untuk dapatkan bakanya sekadar hanya untuk membelanya menjadi peneman kami. Semua orang sayangkan dia walaupun hitam. Hitam hitam menawan tau. hahahaha. orait. cukup bercerita hal cik Hitam tu.

belanja sikit

No comments: