Sunday, 16 March 2014

Perjalan yang singkat

....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Hai Kawan-kawan yang masih setia mengunjugi blog aku.. terima kasih banyak-banyak yer aku ucapkan... Apa khabar semua.. di harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja kerana maklumlah cuaca sekarang tidak begitu baik.. Tambahan pula dengan jerebu..catuan air...

Baru-baru ini Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan MH370... dan hari ini dan masuk hari ke-9 kehilangannya.. Kehilangan tanpa dikesan.. Semoga keadaan MH370 dalam keadaan baik-baik sahaja bersama penumpang dan krew-krew nya... Aku tak berani nak cerita lebih tentang MH370 kerana takut kena band tetiba.. Buat Bahayakan diri sahaja... 

Cerita terbaru juga yang baru aku dapat tetang konsert FMFA2014.. aku tak tahu nama panjang konsert tersebut... Itu juga mengegarkan Malaysia selepas 5hari konsert itu berlangsung seramai 6orang telah maut dek kerana pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan.. Malah yang lebih memeranjatkan lagi 3daripadanya tak silap aku adalah melayu sendiri... Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan yang baik-baik sahaja... semua itu haruslah kita mengambil ikhtibar.. dan konsert tersebut telah dibatalkan selepas kejadian tersebut.. Sangat menyedihkan jugalah...

Terbaru juga catuan air di Selangor... Semua itu berpunca bila Kuala Langat mengalami ketiadaan air hampir sebulan sebelum pihak kerajaan membuat keputusan untuk membuat catuan air dek kerana kemarau.. Pada mulanya ketiadaan air disebabkan Empangan Tampoi mengalami air kotor menyebabkan sebahagian Kuala Langat ketiadaan air langsung..Hampir sebulan juga.. Agak susah jugak bila tiada air langsung yang ditarik ke rumah-rumah..Air perlu di ambil di surau-surau berdekatan.. Terpaksa berjaga pagi untuk menunggu lori air datang untuk mengambil air.. Tapi bila pihak kerajaan telah mengeluarkan kenyataan mengenai ingin membuat catuan air di sesetengah bahagian dia Selangor.. Kawasan yang tiada air langsung berasa sedikit lega kerana akhirnya ada juga air yang disalurkan ke rumah-rumah walaupun 2hari sahaja..2hari ada air dan 2hari berikutnya tiada..bergilir-gilir.. Sekaligus dapat mengurangkan beban orang ramai..terutama orang tua dan orang bekerja...

Bila kemarau telah berlaku..pembakaran secara terbuka dengan sengaja dan tidak sengaja telah berlaku.. dan telah menyebabkan cuaca yang panas bertambah teruk..Dengan jerebu yang agak teruk menyukarkan lagi melakukan aktiviti luar.. Dan IPU di Banting baru ini telah meningkat sehingga ke paras sangat bahaya... 300+... dan pada esoknya pihak kerajaan telah melancarkan pembenihan hujan di satu dua tempat yang berpotensi menghasilkan awan hujan.. Syukur Alhamdulillah daripada semalam hujan mula turun dan juga hari ini hujan juga masih turun dan kadar IPU semakin pulih.. Aku bersyukur pada Allah kerana telah memakbulkan doa-doa kami.. semoga bumi Malaysia dilimpahi rahmat dan diberikan kesejahteraan yang baik-baik sahaja.. Dan teruskan berdoa kepada Allah agar diberikan perkhabaran yang baik tentang MH370...

Apa lagi yang terbaru ye.. oh yer..!! mengenai keputusan mahkamah rayuan berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya... Agak terkejut juga aku.. Mana tidaknya, ikutkan pada 23hb Mac ni akan diadakan pilihanraya kecil di Kajang dan dikatakan Anwar akan bertanding untuk Dun di situ.. tetapi setelah keputusan mahkamah rayuan itu keluar, Dato Seri Anwar tidak boleh bertanding dan telah diberikan pencalonan tersebut bagi menwakit PKR isteri beliau Datin Seri Wan Azizah.. Begitu tabah perjalanan hidup DSAI ini.. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.. Tetapi beliau telah menfailkan rayuan. Kita nantikan sahaja apa keputusannya.. Politik ini juga aku tak berani untuk perkatakan lebih..kerana agak sensitif juga.. Aku hanya mampu membaca dan melihat sahaja... Pada pengundi dun Kajang buatlah undian dengan bijak.. Kerana aku yakin di situ ramai pendudukan yang berpendidikan tinggi.. dan seharusnya mereka lebih peka...

Oh ye!! baru aku teringan lagi 2minggu aku akan menamatkan latihan industri di FRIM, Kepong.. Begitu cepat juga masa itu berlalu dan Jumaat baru-baru ini aku dan rakan-rakan lain telah membentangkan projek masing-masing di depan Pegawai-pegawau yang  berkaitan... Agak cuak juga pada mulanya.. Kerana takut juga dibantai atau apa.. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Aku dan Izni membentangkan projek kami bersama kerana Dr. Rafeadah selaku Penyelaras sepanjang kami praktikal di situ telah memberikan keizinan untuk kami bentang bersama kerana projek kami hampir sama sahaja yang membezakannya hanyalah sample.. Alahmdulillah selesai juga.. Dan sekarang dalam masa 2minggu ini aku akan menyiapkan report kami sebelum kami pulang ke UiTM, Shah Alam semula..

Sepanjang aku duduk di Kepong begitu banyak yang aku lalui.. Suka dan duka telah aku lalui.. Dan entah aku akan kembali ke sana atau tidak.. tapi untuk masa ini, aku takkan jejak lagi kaki aku ke sana lagi.. cukup pengalam 2bulan setengah aku di sana telah banyak mengajar aku.. telah banyak memberikan aku kesedaran tentang kehidupan sebenar.. Dan juga itu suatu titik permulaan kehidupan aku yang baru bermula...

Berjumpa dengan kawan lama sangat menyeronokkan.. Keluar bersama kawan lama sangat best.. Berjumpa kembali dengan insan yang pernah menjadi teristimewa di hati juga cukup bermakna.. Memiliki sesuatu yang tak pernah dimiliki juga suatu yang sangat menyeronokkan.. Melakukan aktiviti yang sebelum ini aku tak pernah lakukan.. Kegembiraan yang telah aku ukirkan bersama mereka takkan aku lupakan.. kerana kegembiraan itu akhirnya kedukaan juga hadir.. Tak semua yang indah akan selamanya indah.. 

Pengalaman juga bagi aku..menempuh jam di jalan raya... keluar awal pagi seperti mak aku.. semua itu menjadikan aku lebih mengerti apa yang mak aku rasa.. dan kini aku rasakan.. semua itu suatu pengalaman yang takkan aku dapat dimana-mana...

Berbalik pada cerita kenalan itu.. ingatlah walaupun kita sudah kenal dia 10tahun sekali pun tapi jika dia bukan duduk sebumbung dengan kita..kita masih lagi tidak mengenali dia.. Dan itu yang aku telah lalui.. semua itu mengajar aku.. Memilih seseorang yang lebih matang bukanlah pada usianya.. usianya tidak menampakkannya seorang yang matang tetapi cara dia menangani masalah tersebut.. di situ aku telah lihat semuanya.. Memberikan kepercayaan pada seseorang itu bukanlah mudah.. dan sesungguhnya bukan mudah..tambahan bila pernah mengkhianati kepercayaan.. Tak mustahil untuk kedua kali ia berlaku kembali.. dan ternyata itu terjadi lagi.. 

Tipu jika tiada dendam untuk itu.. saat kita percayakan seseorang tetapi dikhianati itu sangat menyakitkan.. apa yang kita rasa bila kita sendiri yang melalui keadaan itu.. Semua itu aku belajar.. Belajar sabar dalam menghadapi dugaan itu.. Kerana aku percaya.. Allah ada untuk aku.. Allah Maha Adil.. Bukanlah aku menghukum dirinya.. tetapi ingatlah mengkhianati seseorang itu menyakitkan dan suatu hari nanti Allah akan memberinya semula cuma lambat atau cepat.. Setiap keluhan hambanya Allah dengar.. Setiap doa hambaNYa DIA mendengar.. dan kerana itu Aku bersujud padaNYA.. dan menangis sehabisnya untuk aku bangun semula.. Kerana aku percaya AdaNYA Allah.. Dan Alhamdulillah aku semakin tenang... Segala yang terjadi ini telah tertulis.. aku terima segala qada dan qadar dan aturan hidup aku.. kerana aturan yang Allah berikan pada aku adalah yang terbaik buat aku dan masa depan aku.. Terima Kasih Ya Allah...

Bila semua dugaan itu berlaku pada aku.. aku jatuh seketika.. dan aku bangun kembali dengan kekuatan yang datang daripada semangat yang aku cuba cari selama ini tak sangka ia begitu hampir...dan aku juga bersyukur kerana aku memiliki sesuatu yang tak sangka aku mampu untuk memilikinya.. seperti tahun-tahun sudah.. aku mengimpikan untuk memiliki tab samsung dan akhirnya tahun ini termakbul doa aku.. terima kasih atas rezeki yang telah KAU berikan pada aku... aku sangat bersyukur kerana memiliki semua ini... hehehe...

Wah..cukup panjang aku cerita..dalam satu entry pelbagai cerita yang telah aku ceritakan..terima kasih kerana sudi membaca tanpa jemu..jika ada kesalahan ayat dan kata minta maaf sebab aku tak baca balik..minta maaf sekali lagi yer...jumpa lagi.. wassalam...

No comments: