Sunday, 24 August 2014

Hanya Berkongsi Cerita

Assalamualaikum w.b.t

Entah last aku update blog aku yang semakin hari semakin hambar dibuatnya.. dan dengan follower yang memang tidak seberapa nie lagilah menambahkan kurang minat aku terhadap blog... Bukan idea untuk bercerita itu telah hilang atau habis tapi kekangan yang aku tak dapat nak elakkan..

First aku nak cakap yang aku dah habis belajar degree.. yer.. DEGREE.. dalam jurusan TEKNOLOGI BAHAN.. selama 3tahun aku berperang dengan kos tue..akhirnya tamat jua... penat lelah..pahit manis sepanjang tempoh aku belajar dirasai.. Serius aku katan degree ni tak sama dengan diploma.. suasana yang cukup berbeza.. dan sangat-sangat berbeza... bukan mudah untuk aku sampai ke tahap ni... hampir juga aku give up dalam meneruskan perjuangan aku nie.. Tapi ALHAMDULILLAH berkat nasihat mak abah aku.. aku masih kuat untuk bertahan sehinggalah aku tamat... terima kasih mak abah sebab sentiasa support aku.. tiada kata yang mampu aku ucapkan padamu..huhu...

Second, aku nak bagitahu yang dalam tempoh aku nak habis belajar tue, aku telah ditawarkan kerja sambilan di sektor kerajaan.. Walaupun aku masih belum sah menjadi kakitangan kerajaan.. Aku bersyukur kerana aku punyai kerja sebelum tamat belajar.. bukan apa, kes tak nak hidup mengganggur yang hebat selepas tamat belajar.. Dan lebih menyedihkanlah jawatan yang aku dapat tue tiada kaitan dengan apa yang aku belajar selama ini.. Jawatan itu pun untuk lepas SPM... Janji keputusan SPM memuaskan sudah cukup untuk memohonnya.. Dah nak dkeat tiga bulan aku berkhidmat di sana.. nak kata penat memang kurang kepenatannya.. yang menjadikan penat dan aku kuat tidur adalah tempoh perjalanan nak ke sana.. Bersyukur jugaklah sebab aku menumpang dengan mak.. di situ dapat mengurangkan kos.. dan banyak lah lagi yang dapat aku kuranggkan.. hehehe...

Sementara nak mencari kerja yang lebih baik, biarlah aku mencari dahulu pengalaman setinggi gunung dulu.. kerana sekarang nie bila di cari, semua inginkan pengalaman dalam bekerja.. Ternyata yang aku ni kurang dalam pengalaman tersebut. Hanya berbekalkan pengalaman PRAKTIKAL tidak cukup untuk menyakinkan company-company di luar tue.. Tambahan pula, bidang aku ini lebih kepada sektor perkilangang dan erti kata lain sektor swasta.. Memang bila kita dah masuk bidang swasta gajinya cukup lumanyan berbanding kerajaan.. Itu aku dapat nak menafikannya.. Masalah aku pulak, aku mulakan tapak di sektor kerajaan. Ada yang mengatakan aku beruntung kerana telah melangkah sebelah kaki ke sektor kerajaan.. Hanya perlu bersabar dalam mendapatkan tempat di kerajaan.. Bukan mudah untuk aku bersabar dalam mengharungi semua ini.. dan aku perlu juga cuba untuk sabar... 

itulah cerita yang ringkas yang boleh aku kongsikan bersama-sama..Walhal banyak lagi yang inginkan aku kongsikan bersama lagi.. Jika ada kesempatan kita bertemu lagi..

Wassalam...
Tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan
Tapi kita akan berusaha untuk memperolehi apa yang kita
impikan..
Jangan pernah penat dalam mengejar sesuatu..
Jika belum ada penyelesaian pasti akan tiba masanya..
Jangan mengalah...
Tak selamanya ia kekal begitu...
Allah Maha Mengetahui segalanya...
Walaupun harapan itu hambar..
Tiada salah mendoakan untuk kebaikan..