السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saat hati mula tenang, kesibukan mula hadir kembali setelah sekian lama ia menghilang. Menerpa ketenangan kian tergugat lalu pergi. Sibuknya saat ini sehinggakan aku tiada ruang untuk aku bernafas lagi.. Ku cuba kunci segala serabut dibenakku digantikan dengan kelapangan. Bukannya mudah untuk menerima segala yang belum pernah dilalui sebelum ini.. Ada baiknya juga aku mula menyibukkan diri aku supaya aku tidak ingat akan masalah-masalah yang dulu.. Walaupun hal itu sudah dikirakan selesai dengan baiknya.. erm.. dengan baikkah? tidak pernah akan selesai dengan baiknya tapi akan hilang dengan sendirinya.. Tapi yakinlah untuk melupakan semuanya bukanlah hari ini hilang segalanya.. Aku perlukan masa yang cukup untuk aku terima segala keadaan ini. Membuka mata semula setelah terpejam sekian lama.. Cuba mencari cermin yang telah berderai 1000... meleburkannya semula untuk dijadikan cermin semula.. Mendongak ke langit semula setelah sering tunduk kepasrahan...
Aku kembali memperbetulkan segala kilaf yang telah aku lakukan dahulu.. Aku berdiri semula dengan sokongan keluarga yang tiada hentinya... Mencuba untuk terima segala keadaan ini.. Aku akan bertenang dan terus bertenang dalam menghadapi semua ini... Bukannya mudah untuk berdiri tegak kembali..
*p/s: terima kasih ada..terima kasih kerana pergi..terima kasih kerana segalanya..terima kasih...