Sunday, 30 January 2011

pergi lama ganti baru

belum sempat aku melihatnya..
kau telah pergi meninggalkan aku..
belum sempat seminggu kau pergi..
begitu cepat aku mencari ganti..
begitu pantas dirimu aku lupakan..
bukan itu..
aku tidak pernha lupakan dirimu..
kau tetap satu tiada ganti..
pergi dirimu meniggalkan kenangan..
pergi dirimu..
sudah ketentuan..
tidak sedikit aku menidakkanmu..
mungkin pergi dirimu..
berganti dengannya..
yang hampir denganmu..
tapi...
kau tetap yang stau..
semoga kenangan selama ini menjadi..
kenangan yang cukup indah..
seindah namamu..
wahai baru..
kau hadir menyinarkan semula..
tidak ku sangka..
akan aku bertemu denganmu..
kau datang kepadaku..
kau rapat kepadaku..
seperti kau tahu..
seperti kau yakin aku akan mengambilmu..
kemanjaanmu terserlah..
kemanjaanmu membuatkan aku..
teringat seketika kepadanya..
tapi kau lebih menarik..
dari yang disangkakan..
pertemuan kita tanpa dirancang..
tempat itu menjadi suatu sejarah..
di antara kita..
waalupun seketika aku denganmu..
tapi aku cukup gembira,,
kau hadir dalam hidupku..
kenakalanmu buat semuanya tertawan..
aku berdoa..
agar kau terus sihat dan membesar..
seperti abangmu yang lain...
dirimu cukup tabah dalam mengharungi semua ini..
amat aku teruja melihatmu..
kau ditinggalkan kesunyian..
kau datang dekat kepadaku..
dengan suatu harapan..
walaupun dirimu kini sakit..
akan aku pastikan dirimu akan sembuh sediakala..
aku amat sayangkan dirimu..
jangan kau pergi untuk kali ke...

*manis..menjadi memory..
*aswad..menjadi sinar..walaupun gelap..

seketika

seketika aku singgah di sini untuk bertanyakan khabarmu. apa khabarmu? diharap kamu sihat sejahtera. sudah lama aku tidak singgah bertanyakan khabarmu. amat rindu aku padamu. apakah kau merindukan aku jua seperti aku merinduimu? saban hari aku memikirkan dirimu tanpa henti. adakah dirimu memikirkan diriku? ingin aku dakap dirimu disaat ini kerana aku terlalu merindui dirimu. kenapa begitu kuat aku rindukan dirimu? mungkin kerana kita telah kerap bersama hingga payah untuk kita berpisah seketika. jadi.. ketika ini aku mencari kesempatan untuk meluahkan di sini agar dirimu tahu aku amat rindukan suasana itu.

dirimu begitu bererti buat diriku. dirimu umpama nyawaku. dirimu umpama cahaya matahari yang sering memancarkan cahayakan bila tiba masanya.. begitu dirimu pada diriku... jangan pernah cuba musnah pancaran yang telah dirimu sinarkan padaku.. akan buta seluruh jiwaku tanpa cahaya dirimu lagi...

suatu ketika diriku cuba melupakan dirimu tapi semakin aku cuba lupakan semakin kuat aku memikirkan dirimu.. entah mengapa kuat ikatan kita ini.. bukan mudah untuk aku menjaga dirimu.. begitu dirimu bukan mudah untuk dirimu menjaga diriku.. kerana kita bukannya sama seperti yang lain.. biar pun ada yang sama.. tapi tetap diriku katakan dirimu tidak sikit sama dengan diriku.. itu yang diriku pasti.. sesungguhnya aku amat pasti dengan apa yang aku yakinkan ini...

tika ini.. kesempatan ini.. dengarlah luahkan diriku khas tujukan untuk dirimu. kerana akan diriku tinggalkan dirimu semula.. jagalah diri sebaiknya,.. ingatilah diriku sentiasa kerana tidak pernah diriku lupa akan dirimu sayang..rindu diriku ini aku bawakan ia terus kepada dirimu.. diriku akan terus menyayangi dirimu setiap detik nadi diriku berdegup..

Monday, 24 January 2011

i miss you

tika saat ini..
aku mencari dirimu untuk aku luahkan semua ni...
aku teramat perlukan dirimu..
dimana kau berada..
megapa kau hilang disaat aku perlukannya..
marilah kau ke sini menemani aku
aku dah penat macam nie..
aku rasakan aku tiada apa..
hanya bongkah mainan ke??
hatiku bukan batu..
sanggup dipermainkan..
tika saat sendiri merasa akan tahu..
apa erti semuanya..
temanilah aku kini..
itu yang aku perlukan..
jauhkan..

Wednesday, 5 January 2011

adakah aku mampu laksanakan tahun nie?

  • mendapatkan pointer yang cantik untuk tamatkan diploma aku
  • meneruskan perjuangan ke peringkat degree
  • mengambil bidang pendidikan yang sedang bermain difikiran
  • meminta maaf kepada semua orang yang telah aku lukakan hati mereka selama ini
  • merawat hati yang tengah luka
  • mencari identiti sebenar diri
  • melepaskan segala kesulitan yang bermain di kepala
  • berjumpa dengan orang yang aku nak sangat jumpa
  • nak jumpa semua kawan-kawan lelaki yang pernah aku kawan
  • nak jumpa best friend dan lepak sampai puas
  • nak rasa terus bahagia
  • nak lebih serius dalam sesebuah persahabatan
  • mengharap sesuatu pulang semula
  • nak sihatkan semula fizikal aku
  • nak kurus (dapat ker?)
  • dapat mengekalkanpersonaliti
  • menjadi lebih pendiam
  • ubah perangai buruk kepada yang baik
  • jangan cepat tuduh orang macam-macam
  • buat orang happy jer(yang penting diri sendiri dulu lah..)
  • apa lagi nie..
  • hahahhaha...
  • dah mula dah...
  • jangan mulakan lagi...
  • cukup setakat ini sahaja..
  • setahun yang belum pasti tamat..
  • berdoa agar sentiasa sejahtera hendaknya..
  • daar..~

JUst WaLk...



Kenapalah sejak tahun baru nie aku hilang semanagat sudah nak study.. dulu kalau nak balik u aku antara yang cepat balik..tapi kali ni..lemah jer..rasa semangat aku hilang segalanya.. tahulah dah sem akhir patut rasa bangga sebab nak habis dah tapi aku tak.. pada awalnya aku ingatkan masalah aku hanya takutkan penempatan kolej aku takkan dapat tapi bila dah daftar.. tu bukan masalah aku.. sehingga kini aku tak tahu napa dengan diri aku.. dan hari ni har last aku di rumah.. esok dah balik tempat belajar aku.. kalau tak sebab kena hantar report, takde aku nak balik lagi.. duduk rumah jer.. beratnye kali nie..tapi kenapa?? oh mengapa jadi begini.. selemahnya-lemahnya aku rasakan sekarang.. aku perlukan suatu nafas yang mampu memberikan aku semula semangat.. aku seperti rasakan aku seperti kehilangan sesuatu.. aku seperti jauh dengan sesuatu.. rasa hati aku terlalu kosong.. apakah ni kerana aku.. baru aku tahu.. kerana itu.. oh tak boleh jadi.. aku perlu atasi semuanya ini..

Apakah aku mampu harungi 4bulan aku di sana? apakah mampu aku menengani segala ini.. beratnya.. hati aku ingin sekali melepaskannya tapi aku tak mampu.. aku tak mampu lagi untuk berdepan dengan semua ni.. perit 4bulan.. oh..kenapa tahun yang baru aku begitu down?? sekali aku down bukan mudah untuk aku bangkit semula.. masa yang panjang aku perlukan untuk aku bangkit semula..aku harap dengan balik aku ke sana aku mampu hadapi semua nie.. aku dapat jauhkan dari segala ini..

Tuesday, 4 January 2011

selesai sudah

Hari ini tamat sudah urusan aku di WISDEC.. aku akan merindui suasana di sana.. walaupun seketika, tapi banyak juga pengalaman dan suasana yang unik aku alami sepanjang aku berada di sana.. i will be miss u all.. especially byeti yang comey.. since u masuk.. i langsung tak sunyi..ada juga teman untuk i berbual dan bergurau.. i tahu u pasti sunyi after diz kan.. u jangan risau yer.. akan ceria semula WISDEC dengan ini tu yer. insan-insan yang study situ.. chill girl.. hehehe.. layan jela movie yang i bagi tu yer..hehhe.. i tak rela betul layan cerita saw tu.. kenapalah u sanggup tengok yer..adeh.. tadi dapat minum pun kira best jugakan.. huhu.. entah bila lagikan nak lepak sama?? tak teringin ke nak hang out sama-sama??hehhe.. ops!!! i lupa yang u bz dengan kerja rite.. hehehe..keje berbaik tau..hehhee.. i will be miss u so much..huhuhu..~

Lepas ni tunggu nak balik ke tempat belajar.. rasa berat pun ada nak balik sana.. sebab ada tanggungjawap yang perlu dipikul.. kalau tak nak pegang jawatan tu boleh tak?? kenapalah bagi jawatan tu kat aku.. dah tahu aku ni pemalas lagi bagi jawatan berat tu kat aku.. hai.. untung-untung semester ni aku tak pack macam sebelum ni tapi tak bermakna aku harus tumpu pada jawatan tu.. nasiblah korang.. kalau aku baik..aku peganglah jawata tu sebaiknya.. jika tidak.. tak tahulah..huhu..~

Mahu rilex sepuasnya sebab report dah siap.. boleh hantar dah kat cik shila.. hehhee.. hari jumaat juga aku hantar..bukan sekarang..huhuhu..komen en.firdaus cukup membina bagi aku untuk aku teruskan usaha aku..terkejut juga en.firdaus bila dapat tahu yang aku dah start kuliah..dia ingatkan minggu depan.. kiranya dia still backup aku.. sebab aku tak dapat cop dari en.basri.. apalah nasib aku waktu nak habis praktikal..hai.. beginilah nasib anak kesepian..hahaha..~

Baru boleh fikir apa azam aku tahun nie,..kalau tidak asyik fikir report saja.. apalah aku nie.. dah berapa hari bulan baru nak fikir azam tahun ni ker??hahaha..teruk betul aku nie..dah..dah..dah.. aku kena fikirkan sekarang nie juga..bagilah aku fikir yer..daar..~


Saturday, 1 January 2011

baby 2011

first aku nak say HAPPY NEW YEAR 2011..
wah..makin meningkat angkat tahun..
sekaligus meningkat usiaku,..
dalam tidak aku sedari..
terasa semakin tualah diri ini..
haruslah terima hakikat..wah...
apa azam aku tahun nie yer??
aku macam rasakan azam tahun lepas pun tak tercapai lagi..
bukan macam lagi dah memang tak tercapai lagi..
bila nak tercapai nie??
aku harus capaikan apa yang aku inginkan selama ni??
heehhe..
dan tarikh tahun ni cantik juga..
tapi aku nak tggu tahun2012..
kenapa??adalah..hahha..
sebab tu ada kaitan dengan birthday aku tu..
ngada-ngada pulak aku nie..
hehhe..
tahun ni juga aku nak cakap..
aku dah nak habis diploma..
wahh...
pejam celik dah nak tamat..
dan akan aku melangkah seterusnya insyallah..
pointer sem nie kena naikkan lagi..
baru buleh dapat apa yang aku impikan selama nie..
be a teacher??
kelakarkan..layak ke muka ni jadi cikgu??
tapi itulah impian aku sejak aku masuk diploma..
apapun aku seperti dapat rasakan yang aku akan lebih ke situ..
hati aku sering berkata..
so after diz..gud back jengka..
hahaha..
(sedarlah diri awak akan ke jengka lagilah..awak masih student situ..)
apapun tahun aku akan hadapi dengan penuh redha dan semangat..
perkara yang telah berlaku tahun 2010..
anggaplah itu kehidupan sebenar yang masih kecil..
masih banyak lagi diluar..
akan aku berdiri di atas kaki sendiri selepas ini..
huhuhu..
belagak pula..
hakikat tu..
banyak yang telah aku alami selama 2010..
jatuh bangun yang telah terjadi kepada diri aku..
so start baby 2011 ni..
aku perlu berazam bahawa apa yang baik di teruskan..
yang tidak baik ditinggalkan..
be mature bila nak buat keputusan..
menjadi orang yang lebih berguna..
buktikan aku mampu lakukan..
lakukan segalanya...
yeaaa...hhhh!!!~~~

Thursday, 30 December 2010

31 DeceMbEr

tarikh tu..
penuh dengan cerita..
dan aku menanti tarikh itu..
jika di imbau kembali..
tahun lepas..
pada tarikh ini..
2cerita yang aku alami..
gembira dan dugaan..
gembira biarlah aku rahsiakannya..
dugaannya pun begitu..
tapi itu semuanya tahun lepas..
tapi tahun ni??
esok tarikh tu..
adakah aku akan gembira atau sedih?
semuanya akan berlaku..
bermula tengah malam ini..
tapi yang aku harapkan gembira sepanjang hari..
kerana aku inginkan sesuatu..
jika aku lalui dengan kesedihan..
aku harapkan berlalu segera..
atau tidak ingin aku rasakan..
semua tu aku tidak pasti..
hanya aku mampu katakan..
berserah..
berdoakan ia lebih baik..
dan bertambah baik..
itu yang aku harapkan..
dengan penuh harapan..



Monday, 27 December 2010

game....GAME...and..game...


warna yang cantik..
bunyi yang menarik..
membuat aku tak puas main game nie..
buleh naik warna-warni mata aku lepas nie..
seronoknye dapat game yang macam nie..
comel sangat-sangat..
blok yang bermacam warna-warni..
i like it..
huhu..
dah macam budak-budak aku dibuatnya..
bila dah tak de kerja tu lah yang aku buat..
walhal bukan tak ada kerja..
ada cuma aku buat-buat tak ada kerja..
sebab aku tak nak rasa stress yang teramat..
kita mesti cool kan..
huhuhu..
ok daar...

dengan senyuman



Dengan senyuman yang busuk lagi hampeh.. aku dengan tidak rasa bersalah pun pergi mencari isi untuk ku jadikan bahan walaupun tinggal seminggu aku di sini.. oh libary, aku tahu ko dah begitu bosan dengan muka aku ni kan.. tapi tak apa.. isnin depan ko dah tak jumpa aku lagi.. aku dah ada di perantauan.. selamat tinggal libary.. yang akan menemanimu adalah byeti.. oh byeti sayang..jagalah baik-baik libary tu.. kerana aku tahu lepas ni byeti sibukkan.. maklumlah sebulan dengan en,Basri yang comey.. huhuhu.. haa.. sebut pasal en. Basri.. hari ni ada perbualan lagi bersamanya.. bestkan.. huhuhu.. tahu tak apa yang kami bualkan.. mari kita ikuti..

En.Basri: ha..kamu..sepatutnya awk bersama dengan sy bila yer?

(dengan muka blur aku mendengar..sambil byeti menyibuk turut mendengar,...hahah..)

aku: minggu ni sehingga jumaat ni saya bersama en.basri.

En.Basri: oh...saya dimaklumkan ingatkan minggu lepas..tapi rupanya minggu ni yer..

aku: yer encik..

En.Basri: okey, kalau macam tu nanti sy bagi tugas pentadbiran yer.. yelah nanti di sini akan diadakan exam @#%$^^&(sebenarnya aku tak tau exam apa..)

aku:oh, yeke?

En.Basri: saya dah suruh en.nazri bagikan tugas pada awk..ada tak dia jumpa awk?

aku: tak de encik.


En.Basri: okey..takpe..nanti en.nazri akan bagi awak tugas tok awak buat..

aku:baiklah..

(dan encik basri berlalu pergi ke bilik meeting..dan aku dengan senyuman menanti segalanya itu..harap adalah seminggu ni tugas walaupun dah nak habis praktikal..jadi kita nantikan yer..)



*p/s: to byeti..sayangilah enbasri kerana anda akan bersamanya..hahhahaa

Saturday, 25 December 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network



Enjoy bila aku ke franpage oh!media network terutama sekali di Facebook


Laman yang pertama sekali aku jumpa sejak aku join oh!media adalah oh!artis. Seterusnya aku ikuti laman oh!tidak. dan ada lagi lagi laman yang turut aku ikuti seperti:

Kenapa warna sukakan oh!media ni antara sebabnya:
  • Perisian yang dibuatkan didalamnya up-to-date.
  • Banyak info yang berguna dalam kehidupan seharian.
  • Banyak menyedarkan golongan yang ketandusan akhlak.
  • Memberi pengajaran yang berguna kepada sesiapa mengikutinya..
  • Gambar-gambar yang dipaparkan kadangkala mencuit hati aku.
  • Dapat tahu gosip-gosip artis tempatan.



mug oh!media..jika aku menang dan dapat..bahagia rasanya..



tak pun dapat perfume ni pun jadilah..best juga..jika warna ada dapat mana-mana hadiah dari oh!media warna terima.. peminatlah katakan..


Kalau ada sesiapa yang berminat nak join jomlah.. Caranya korang bolah dapatkan kat link sini yer..


http://ohmedia.my/contest-mudah-mengenai-oh-media/


So cool tau...



picture ini yang ada di oh!media. Kalau boleh aku nak cari tempat ni dekat mana.Mana tahu boleh lepak-lepak situ kan..

Broadband


hari ni aku online dengan broadband yang kadang kala macam kura-kura mencari spek mata yang hilang..kadang-kadang pulak macam chipmore yang bertukar menjadi merah..memang redha gunakan broadband nie.. broadband ni atas nama aku tapi yang guna sebelum abang aku dan sekarang ni abah pula yang pegang..tak tahu nak sampai kat tangan aku bila lah tu kan.. berdoa jelah.. lagipun bagsu aku tak pegang sebab aku ni kalau dah ada internet selalu..mulalah mengadap 24jam tanpa henti tanpa jemu.. sebab memang aku tak pernah jemu dengan laptop kesayangan aku nie.. kihkih... pakwe 1st akulah katakan..paling setia dengan aku.. aku ni je yang kekadang setia dan kekadang curang..mana tak curang ada laptop orang lain yang ada internet aku abaikan laptop aku yang bernama jinggo nie lah. kekadang merajuk juga dengan aku nie.. tahu tak macam ne dia merajuk.. dia merajuk dengan running lambat macam badak pemalas.. sakit hati je tau.. tapi tulah jinggo.. kalau dia gtahu aku sayang dia.. laju je dia bergerak.. huhu.. jinggo ni da perasaan tau.. kalau korang tak percayakan cuba korang sayangi barang-barang atau harta pusaka korang..jaga baik-baik..mesti punya korang dapat rasakan.. ah, sudah..start giler aku nie..hahaha.. suka sangat aku ni nak merepek.. payahlah kalau dah pndai nak merepek ni tau.. kegilaan merepek mula terserlah..hahaha.. aku perlukan bantuan ni..

Taylor swift


Dalam minggu ni dah 3lagu aku tukar.. sekarang ni entah kenapa aku suka pulak dengan lagu taylor Swift.. Bila kita baca lirik dia, rasakan seperti kita yang rasakan keadaan itu.. lirik dia tu umpama life sebenar yang dialami dalam kehidupan especially love la.. sebab banyak lagu Taylor Swift ni more pada love.. mungkin dia ni meluahkan rasa hati dia kedalam lagu.. Suara dia pun boleh tahan sedap.. lagi pun aku suka style lagu yang di bawakannya.. lagunya berentakkan country.. nampak lebih enjoy bila kita mendengarnya.. sukanya aku.. huhu.. semalam pula secara tidak sengaja aku sempat tengok Taylor Swift kat rancangan Oprah..rancangan dekat Channel DIVA(702)...Taylor Swift bagi gitar kesayangan dia kepada peminat fanatik dia..budak lagi pun yang minat sangat dengan Taylor tu..itulah kalau dah terlampau fanatik dengan artis memang macam tu..

Tapi satu yang aku pelikkan tentang artis Malaysia,until now tak ada artis Malaysia yang mampu mencipta style sendiri.. aku bukan nak mengutuk artis Malaysia.. maaflah.. kekadang aku sedih tengok artis Malaysia.. kenapa perlu meniru artis luar?? sering kali di katakan meniru style artis indon.. aku pun tak tahu sampai bila akan jadi macam nie.. aku harapkan artis malaysia mampu membawakan style yang tersendiri suatu hari nanti.. apapun aku sokong artis malaysia yang cuba untuk mencari style tersendiri tanpa meniru gaya dari luar.. kita patut jadi diri sendiri..


comelkan Taylor Swift nie..rambut dia tu yang mahal..suka tengok..

Eh, pandai pula aku cerita pasal muzik-muzik nie yer..aku bukan tahu sangat pun.. cuma adalah ikut pekembangan artis nie..huhu.. kuat gosip aku juga ni yer..hahaha.. kelakar pula dengan aku nie..apalah aku nie..huhu..mula mengarut dah aku nie..

Friday, 24 December 2010

so excited

im really miss you lol.. a lot..
hari ni semua kerja tak jadi.. yelah aku asyik mengadap warna nie.. eh bukan ngadap warna je tau.. warna ko jangan perasa tau.. aku hari explore blog orang aku follow blog orang..macam apa tah hari aku.. terlampau excited.. sampai aku bersunguh-sungguh mencari blog kawan-kawan aku.. aku pun tak tahulah kenapa dengan aku ni.. terlampau excited.. aku kalau boleh nak kawan-kawan lama aku hubungi aku..yelah aku rindu sangat-sangat.. bila dah dewasa ni baru tahu nak rindu.. before tak tahu pun erti rindu kan..hahha.. perasan betul aku nie.. ^_^

paling aku gembira dan terlampau excited aku jumpa blog kawan lama aku sorang nie.. walaupun blog dia jarang update tapi bila aku dapat jumpa blog dia.. aku teruja.. hahahha.. dah macam jumpa beyonce tau.. hahhaa.. macamlah aku ni pernah jumpa beyonce.. eja nama pun entah betul ke tidak.. tapi tak kisah yang aku nak story ni aku gembira coz aku jumpa juga blog dia.. watch out friend.. aku akan follow blog ko.. hati-hati tau... ko perasan ke tidak lantak ko la.. ko nak follow aku ke tak suka hati.. sebab aku tahu warna aku ni selalu update bila aku depan laptop.. hahaha.. since ko menghilang tanpa berita.. aku tak pernah nak cari ko.. tapi entah kenapa hujung-hujung tahun ni aku gatal mencari ko.. aku tahu ko takkan dapat jumpa aku lagi.. sebab aku dah tak duduk rumah lama lagi.. bye..bye.. huhuhu.. ko duduk sana diam-diam tau... ko tahu tak aku sebenarnya rindu sangat nak hang out dengan ko.. tapi aku tahu ko sekarang duduk jauh.. jauhlah sangat still ada kat bumikan.. tapi tak pela..^_^

ko tau tak kawan.. kalau aku dapat jumpa ko..nak aku belasah ko..macam waktu kita kecik-kecik dulu.. ko ingat lagi tak?? mesti ko ingat punya sebab ko juga yang selalu story kat aku..padahal aku dah lupa.. seronok waktu kan..zaman muda-muda dulu..but since aku pindah tu.. aku tak pernah tahu tentang diri ko.. apatah lagi diari hidup ko.. bukan aku tak nak cari ko kat facebook or myspace.. tapi sebab waktu tu aku tak cukup bersedia.. sebenarnya sampai sekarang pun.. kalau ko nak jadi kawan aku kat facebook ke add lah.. tu pun kalau lepas.. sebab aku punya facebo0k terkawal rapi tau.. jangan jelez tau kawan..^_^

hari ni aku nak story pasal ko je tau.. sebab aku tahu.. bila aku tengah excited.. aku akan type panjang-panjang.. eh, nanti kalau ko terbaca ni.. kira nasib ko je lah.. hahaha.. aku dedicated post yang ini untuk ko tau..walaupun bukan hari atau esok.. lambat laun ko baca juga warna aku yang comey nie.. macam aku kan comey nya.. aku tahu nak kata kat aku yang aku sekarang nie makin comey.. sejak kita tak berjumpa dan bersua.. alah aku tak kisah pun ko nak kata sebab memang dari dulu perangai ko suka kutuk aku.. ahhaha.. aku rindukan saat tulah.. aku tak nak cari ko kat mana-mana laman sosial..cukuplah aku jumpa blog ko.. pandai ko yer.. aku sendiri tak sangkat tu blog ko.. tapi tengok gaya memang ko.. jadi aku tak salah.. memang betul ko.. ko apa ceritalah sekarang.. nak tengok ko update blog memang haramlah.. sebab aku etngok last ko update pun tah berapa bulan lepas.. aku tengok ko dah lama ada akaun blog tu.. tapi kenapa isi sikit yer.. ko dah buang yang lama-lama yer.. dulu penah juga aku follow.. tapi tetiba aku jadi lost memory.. lupa segalanya tentang.. padahal aku malas dah nak fikir tentang..^_^

kawan..bila rumah ko nak buat kenduri kahwin ke..kenduri doa selamat ker..apa-apa jela.. asalkan kenduri.. jangan lupa invite aku tau.. sebab kalau boleh aku nak jadi tetamu VVIP kat rumah ko tu.. boleh tak??hahaha.. kadang-kadang aku ada juga datang ke taman nak kata aku lalu depan rumah ko memang jaranglah.. sebab aku datang sana just nak dinner jer.. bukan aku nak tengok dan adap rumah ko hari-hari.. waktu aku duduk rumah aku bolehla..kalau aku bosan.. aku lalu rumah ko.. lalu jelah sebab tak kuasa aku nak singgah rumah ko... sebab bukan ko nak jumpa aku lagikan.. yelah aku sedar siapa aku nie...(humble pula aku sekarang..)^_^

kawan... umur kita dah makin tuakan..ada ko sedar?? ke ko tak sedar-sedar??? yelah birthday kitakan dibulan yang sama.. jangan ko tak sedar juga dahlah.. ke ko dah lupakan birthday aku?? takkanlah kan... sebab warna aku ni tu terang-terang ada tulis birhtday aku tau...lagipun aku masih simpan lagi present yang ko bagi.. semua presentlah yang ko bagi.. aku suka sangat kat present yang ko bagi tu.. sebab ko bagi dengan warna kegemaran aku.. ala time tu semuanya ko ingat tentang betul tak?? sekarang ada ko ingat tentang aku?? mesti takde punya.. hahahha.. tapi lau ko ingat bagus jugakan.. suka aku tau.. tapikan dulu ada ker aku bagi ko hadiah?? aku dah lupalah.. ada kot aku bagi kat ko.. tapi apa yer aku pernah bagi kat ko?? betul tau aku lost memory dah sekarang nie.. kalau ko tanya apa yang berlaku dalam 3thn lepas aku memang tak ingat yang aku ingat hari-hari aku sakitkan hati ko..aku ingatlah yang tu.. sampai sekarang aku tak boleh lupakan tau macam reaksi ko pada aku bila aku cakap macam tu.. tapi lagi sedih aku sebenarnya aku.. tapi aku boleh buat.. semua tu ketentuan..^_^

kawan..eh tak silap aku kan.. awal-awal tahun hari tu adakan kita terserempak?eh ada ker?? entah kenapalah aku langsung tak ingat pun pasal ko ni.. apa yang aku ingat pasal ko yer.. serius aku kata ni tau.. aku langsung tak ingat pasal ko dah.. sejak aku dah buang ko.. boleh tak aku nak ambil ko balik.. agak-agak elok lagi tak?? ke dah kena recyle je ni.. kalau perlu recyle aku cari tempat recyle je..eh kawan banyak tak aku dah story pasal ko.. bila lagi kita dapat gosip-gosip lagi nie.. satu perkara tau aku tak suka dengan ko.. tahu apa??? ko dulu suka moody dengan aku.. tapi sebenarnya aku lagi kuat moody dengan ko.. sebab aku saja nak cari perhatian dari ko.. kata waktu tu kawan baikkan.. kita kenal dah dari kecikkan.. ko pun pernah lepak rumah aku.. waktu aku tengok ko macam malu-malu bila lepak rumah aku.. yelah aku tahu rumah aku biasa jer.. tapi kalau pergi rumah baru aku ni.. sure ko excited kot.. sebab rumah aku sekarang lebih selesa.. aku dah rasa macam aku tengah vacation tau.. padahal duduk rumah sendiri.. ko nak tak datang rumah aku?? sekarang ni tak boleh datanglah sebab rumah aku tengah proses besar.. kalau ko nak datang datang time rumah aku dah comel yer..^_^



aku banyak perkara nak story dekat ko.. yelah dulukan kita suka gosip-gosip ni.. ko pun layan je bila aku dah start gosip-gosip nie.. aku dapat rasakan suatu hari nanti kita pasti jumpakan.. dalam keadaan apa aku pun tak tahu.. kalau ada jodoh tok kita bertemu adalah.. asalkan ko ada kat rumah ko tu baguslah.. senang aku nak cari ko.. ko tak payah cari aku.. buat semak kepala ko nak cari aku kan.. ko duduk diam-diam je tau.. oklah kawan aku rasa setakat ni saja..dah panjang ko tahu tak aku tulis ni.. khas aku tujukan pada ko.. rasa-rasa ada award tak untuk aku nie?? aku nak yer.. huhuhu..bye my beloved old friend.. i can't speak very well as u can.. but i try to be like you as i can.. i will never give up try and try.. just be the best like you friend.. im so excited when i meet you friend.. no word can be explain.. ^_^

operasi usik word10



rasanya dah berabuk laopran praktikal aku nie..setakat intro dah siap buat apa.. isi tu yang penting..nak bentang lagi? tapi apa yang nak dibentangkan dah akhir tahun nie.. hahha..so..apa yang perlu dilakukan?? jadi buatlah laopran tue.. sebab aku tahu aku ni memang lambat nak mulakan.. tapi bila dah mula berjamlah aku meniliknya.. mana tau ada yang menarikkan.. so apa lagi..buatlah nak tunggu apa lagi.. apalah.. adeh..

harap hari ini lebih baik daripada semalam

hari segala hari..hari jumaat..hari ni aku punch awal..nak kata awal taklah awal sangat..yang pasti tak merah kad aku tue.. pagi-pagi apa lagi makan dulu sama abah.. aku ni kan bagus.. orang masuk kerja pukul 8 tapi aku masih lepak dekat cafe sambil layan nasi lemak dan teh ais.. nyum.. sedap..~

agak-agak dah 8.30 tu baru nampak muka aku kat dalam pejabat.. baguskan aku nie?? huhuhu.. tulah rutin aku dah nak habis praktikal nie.. apa boleh buat dah memang hobi macam tu.. masuk bilik yang aku biasa lepak dengan baiti.. siapa lagikan kawan aku kalau bukan anak sorang yang turut bosan macam aku sejak masing-masing praktikal.. apa yang kami buat selama ni adalah dengan melayan facebook lah.. blogger la.. tulah kerja kami.. betul kan baiti?? huhuhu...

hari ni juga aku jumpa en.Basri.. nak jumpa siapa lagikan kalau bukan dia sebab ikutkan jadual aku.. 22hb lagi aku dah dengan en.Basri tapi baru hari ini aku jumpa dia.. huhuhu.. pemalas betul aku nak jumpa dia.. apalah nak jadi dengan aku.. tapi syukur pergi pejabat dia ada di tempat dia.. apa lagi.. mula lah perbualan kami..
aku: assalamualaikum en.basri..

en.basri: waalakumussalam.. yer saya..

aku: hari ini ikutkan dalam jadual saya dibawah encik..

en.basri: oh yeke? bahagian pentadbiran ye..

aku: a'a encik..

en.basri: baiklah, duduk kat mana yer?

aku: saya ada di bilik ramin

en.basri: ok.jika ada kerja pentadbiran nanti..saya akan jumpa awk dan bagi tugas tu pada awk..

aku:baiklah en.basri.

en.basri:siapa nama awk yer?

aku:panggil saya aina.

en.basri: ok jika ada pape saya akan jumpa awak.

aku:okey.kalau encik nak cari saya,saya ada di bilik ramin..

en.basri:okey.


lalu aku pulang semula ke bilik ramin yang adakala sejuk..hahhaha..apa lagi mulaha operasi update blog nie..memang updatekan..hehehe..



Thursday, 23 December 2010

bukan senang

sebenarnya bukan mudah nak update blog..
macam-macam kena tahu tapi aku suka..
sikit-sikit aku belajar..
thanks pada baiti coz ajar aku yer..
banyak gak aku ubah warna nie sejak aku praktikal ni..
yelah mana tidaknya lepas ni bila aku dah balik ke u..
aku mana ada lagi mengadap semua nie..
ada perkara yang lebih penting harus aku lakukan..
jadi masa sekarang nielah aku kena belajar untuk update..
huhuhu..

new blog




ma new design..
buat lagi..
apalah kerja aku meng edit je..
dah tak ada kerja memang jadi macam nie..
tapi nampak lagi comey..
makin bertambah aku belajar dalam meng edit blog ni..
makin comey warna yer..
warna duduk diam-diam yer..
nampak nature gitu..
hijau muda..ditambah dengan putih,..huhuhu

Wednesday, 22 December 2010

ku rindukannya...



Kenangan yang sempat aku abadikan kami bertiga di rumah lamaku..
norfarahin bt. saparudin..
nurul shahida bt. zulkifli..





inilah sahabat yang aku sayang sangat dan ingin sekali aku jumpa dan berborak bersama..
apakah masih ada ruang???


semua orang pasti punyai sahabat sejak kecil atau lebih dikenali sahabat baiklah..
termasuk aku juga..aku punyai sahabat baik..
sejak kecil aku baik dengan dia(mereka...)
sehingga ke sekolah menengah..
terlalu banyak kenangan manis kami lalui bersama..
jika di ingatkan kembali sukar untuk diceritakan..
kerana terlalu banyak...
kami bukan dari sekolah yang sama..
dan juga usia tidaklah sama..
tapi itu tidak menghalang kami dalam menjadi teman..
bila aku kenangan kembali saat itu..
ingin sekali aku putarkan kembali saat itu..
hati aku agak sedih..
kadang-kadang aku lihat ramai kawan aku punyai kawan baik @ sahabat baik..
tapi aku??
tiada lagi..
bukan mudah untuk aku mencari ganti diaorang walaupun...
kadang-kadang aku terfikir mampukah untuk aku berhadap dengannya lagi??
aku sendiri tak faham kenapa begitu sekali terjadi..
perkara paling sedih dalam hidup aku bila seorang-seorang sahabat aku meninggalkan aku..
memutuskan persahabatan yang telah lama terbina...
segalanya berubah setelah aku tamat tingkatan5..
sahabat baik aku..
entah kenapa dan mengapa..
sehingga kini aku masih tidak tahu jawapannya..
mengapa dia sanggup memutuskan persahabatan kami..
ada juga aku nampak dia dan berselisih..
tapi kami seperti tidak pernah mengenali diantara satu sama lain..
sedangkan dulu..
kemana kami pergi sentiasa bersama..
kenapa semuanya ini berubah??
aku sendiri tak tahu..
dan aku tiada kekuatan untuk cuba memulihkannya..
kerana aku terlalu kecewa..
sehingga kini..
tapi aku masih sayangkan sahabat aku itu..
kalau di beri kesempatan ingin benar aku bertanya..
mengapa dia sanggup memutuskan persahabatan itu dengan semudahnya???
walaupun hal itu hampir 4tahun berlalu..
tapi bukan mudah untuk dilupakan..
persahabatan yang telah terjalin hampir 6tahun..
putus dengan begitu sahaja...
sahabat..
adakah kau masih mengingati aku??
adakah kau masih simpan gambarku seperti mana aku menyimpan gambarmu??
wahai sahabat...
walaupun aku punyai banyak kekurangan..
tapi apakah salah aku sampai begitu kau buangku..
tidakkah kau ingat kita pernah berjanji??
pernahkah kau ingat??
tiap kali aku ternampak kau..
ingin sekali aku menegur kau..
tapi siapa aku..
kau telah campak aku jauh sekali..
terlalu jauh kau campakkan aku..
biarlah..
akan ku simpan..
aku berharap..
suatu hari nanti bisa kita bertemu..
aku takkan pernah lupa janji kita berdua..
bila aku punyai kekuatan aku akan berdepan dengan kau..
yang mampu aku katakan..
kau gembira dengan hidup kau sekarang..

sahabat yang aku sentiasa rindukan...
nurul shahida bt. zulkifli...

miss you all..


ini adalah kak linda..kalau buat kerja tekun..


ni abg hishe..suka kaco baiti dan kak ina..



tekun kadang-kadang bg hishe ni..

kak linda kuat sanding furniture dia..



yang ni pula abg ami..pendiam tp pandai buat lawa tetiba..


abg zaim..@jaim.. ni lagilah pendiam..nak dengar dia cakap jarang..



kak ina..aku suka sakat dia dan dia suka sakat aku juga..


sempat juga kami nak posing tau..


kak ainun..pemenang tau ni...jaga kak ainun..nanti kena intan pula..


orang lain sibuk memotong ada yg sempat interframe tu..




bos WISDEC..PN. MAHSURI...



kak ainun tekun yer membaca..

tulis jangan tak tulis abg hishe..





abg zaim bila present..



abg hishe present pula..


kak ina dengan tanpa ragu-ragu membentangkan productnya..



kak linda juga terangkan dengan jelas pada judge..


ni lah kak bida..riuh rendah dia ni..ni time dia bentang..




kak tiqa membentang...huhu..



nilah abg lap dengan yakin present productnya..