Wednesday, 19 June 2013

Singgah sebentar..




Ia kembali lagi...

Assalamualaikum....

Seminggu lagi jer kuliah akan habis... dan peperiksaan akan bermula... wah....!!! cepatnya masa berlalu... dah nak mula periksa...apakah aku sudah bersedia untuk semua itu..waaa....!! nak lompat terus cuti boleh tak...?? tapi cuti ni aku kena target untuk siapkan proposal pulak.. bila masuk semester baru tak pening kepala aku memikirkannya.. kahkahkah... kat bawah ni tarikh aku akan mengadap final exam.. sungguh gerun,. semester yang sangat mencabar.. 7subjek yang aku bawak..semuanya mempunyai final.. sabar-sabar...

27 Jun 2013 - Material Composites and Fabrications

1 Julai 2013 -Principles and Practice of Marketing

2 Julai 2013 - Materials Processing

8 Julai 2013 - Ceramics Materials

11 Julai 2013 - Magnetic Material

13 Julai 2013 - Electronic and Semiconductor Material

14 Julai 2013 -  Physics and Technology of Non-Destructive Testing

Entah apakah aku bermimpi?

Assalamualaikum...
Dalam kesibukan orang tengah berperang dengan test, kuiz dan assignmnet di saat- saat akhir ini.. tak terkecuali aku juga pun sama sibuk dalam urusan duniawi yang tiada kesudahannya..hahha... tapi dalam kesibukkan ni juga sempat lagi nak update bagai-bagai di laman sosial facebook..twitter dan terbaru ini..blog.. eh..!! tak lupa jugak instagram.. hahaha orang ada diri sendiri pun nak ada jugak.. macam-macam dunia sekarang nie.. zaman aku remaja dulu nak online pun kena senyap-senyap..kena pergi cyber cafe bagai..nak masukkan gambar-gambar bagai ni memang takde lah rasanya.. apatah lagi on the spot picutre.. hahaha lagilah memang takkan dapat..melainkan orang tu memang advance lah.. waahhaha.. tapi teknologi sekarang nie.. dunia hujung jari jer.. memang sangat hebat teknologi masa kini ini.. aku cukup cemburu melihat anak muda masa kini tak lepas smartphone daripada tangannya.. termasuk aku juga.. itu tak terkecuali.. segalanya ada di dalam smartphone tersebut.. type saja pasti ada apa yang ingin kita cari.. mencari kawan lama.. mencari sahabat-sahabat lama.. kekasih-kekasih lama..eh...!! kekasih lama.. sesiapa yang dah berpunya janganlah cuba lakukan seperti itu.. demi menjaga hubungan yang baik.. #NoteForMe.. hahhahaha... sebut pasal kawan lama.. jap-jap..kawan lama ke sahabat lama ker ex-sahabat..erm...!! mana-mana pun boleh.. hahhaa.. bila disebut mengenai itu... itu lah yang ingin aku sampaikan kepada pembaca tegar warna-warni nie..





Sahabat lama aku.. sebelum ni pernah aku coretkan mengenainya.. tapi sudah lama aku coretkkan ceritanya.. kerana aku terlalu rindukan persahabatan kami yang dulu.. sedangkan berjumpa di pekan Banting..seperti tidak mengenali antara satu sama lain lagi.. entah dia tidak sedar aku di situ ataupun hanya buat-buat tidak sedar.. sedangkan aku begitu kuat untuk menegurnya.. hurm..apakan daya hatiku tidak kuat untuk meneruskan langkah ku untuk berdepan dengannya.. kerana aku takut sakit lama akan datang kembali.. Sahabat yang cukup banyak berkongsi cerita suka dan duka.. pergi sekolah bersama... tapi sayangkan.. aku melihat sahabatku sudah berkahwin.. sedangkan kita pernah berjanji ingi menjadi pengapit salah satu perkhawinan.. dan aku tidak hadir di majlis perkahwinan mu.. tapi aku bersyukur.. akhirnya sahabat ku telah menjadi isteri kepad suaminya.. walaupun sudah setahun perkahwinan mu.. sudah cukup buat aku gembira.. menumpang kebahagiaan mu.. hehhee...


Tanpa aku sedar.. entah mengapa.. tidak teringat aku akan mu bukan kerna aku telah lupakanmu..tapi kesibukan pelajaran aku membuatkan aku lupakan kamu seketika.. bila aku punya masa.. akan aku lalu ke rumah keluarga mu.. melihat jika-jika ada kamu di situ.. tapi aku tahu kamu tiada lagi di situ..pasti kamu sudah mengikut suami mu.. tidak mengapa.. cukup buat aku melepaskan rindu sudahlah.. tapi hari ini.. facebook..memberikan aku satu notification add friend.. lalu aku melihatnya dengan harapan mungkin ornag yang tidak aku kenali..tetapi bila aku membaca nama itu.. seperti aku kenal sekali... lalu aku membuka page kamu..dan melihat ya benar itu adalah kamu... Ya Allah.. apakah semua ini hanya mimpi atau suatu kebetulan sahaja... tapi aku takut untuk menerima mu kembali pada mulanya.. tapi ku gagahkan juga..menerima kamu menjadi kawan di laman facebook ku.. entah apa cerita seterusnya .. aku akan nantikan apa kesudahannya.. apa pun terima kasih Ya Allah...

#NurulShahidahBtZulkifli

Thursday, 30 May 2013

24.05.2013 - 28.5.2013

di kedai keluarga kakak ipar di Felda Ciku 2, 

Pantai Sri Tujoh, Tumpat

Pantai Sri Tujoh, Tumpat

Pantai Sri Tujoh, Tumpat

Di senja hari Pantai Sri Tujoh, Tumpat

Senangin Resort, Tumpat

Kawan abah En.Yusof bersama isterinya.

Di Pengakalan Kubur.

Rumah my kakak. Kuala Besut, Terengganu

Kak Fatin di Kuala Besut. Home sweet home dia

Feri di Jeti ke Pulau Perhentian

bersama keluarga kak Fatin

again

again me and kak Fatin

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Pantai Kemaman

Pantai Kemaman, Terengganu

Pantai Timur telah ku Jejaki...

Assalamualaikum...

Hampir smeinggu juga aku sekeluarga bercuti di Pantai Timur.. Permandangan di sana cukup indah untuk di nikmati... Dan juga ada juga pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. Walaupun tak tengok depan mata.. kehkeh... Di Jeti ke Pulau Perhentian ada pelancong asing mati.. agak ngeri untuk aku tengok lebih dekat.. lebih baik aku menikmati melihat permandangan di sekeliling Jeti sudah cukup buat aku.. huhuhu.. Pengalaman dari Kelantan turun ke Terengganu kemudian Pahang dan akhirnya terus pulang ke Selangor.. Melalui persisiran pantai... Bila pergi melalui jalan kampung dan singgah di rumah keluarga kakak ipar di Gua Musang.. dan seterusnya pergi ke Tumpat ke esokkan harinya.. berehat di sana selama 2malam.. sempat juga pergi ke Pasar Khadijah dan Wakaf cek Yeh malamnya tue.. fuh... !! ada juga beli sedikit ole-ole dari sana.. hhehehhe... yang penting apa yang aku inginkan aku dapat jugak.. kihkih... seterusnya ke Terengganu.. Sempat juga aku singgah ke rumah kakak aku.. Kak Fatin di Kuala Besut.. dan juga sempat aku singgah di jeti ke Pulau Perhentian... Serius aku cakap.. memang panas terik time tue. tak sanggup aku lama di sana.. boleh terbakar kulit macam nie..huhuhu.. macam amnaalah ada orang minat pergi ker pulau untuk bercuti.. fuh...!! then aku pergi ke Kuala Terengganu... singgah dan bermalam di rumah adik angkat abah... makan besar juga malamnya tu.. di Kuala Terengganu sikit sebanyaknya aku tahulah jugak.. huhuhu... lama juga tak ke sana.. dapat juga aku makan nasi dagang.. makanan fev aku dari pantai timur.. entah kenapa aku begitu suka rasanya.. kena belajar buat nie.. huhuhu... kemudian kami ke Pahang.. dapat juga singgah di Cherating.. time tu sangat panas.. aku tak rela tengok pantai waktu tengah hari.. terbakar kulit.. hahahhaha... then kami singgah di Maran ke rumah Pak Longku.. Tak lama pun singgah.. saja ziarah dan ahajt abah nak beli ikan patin.. dulu waktu aku study dekat Jengka, abah suka beli kalau singgah di Temerloh.. mesti beli 2 3 ekor.. huhu..fev dia lah katakan.. last kami pulang ke rumah dengna membawa virus demam+selsema.. hahhaha.. ada beberapa keping gambar pantai yang sempat aku dan abah snap..huhuh...


senja di pantai Sri Tujoh, Tumpat

pagi di pantai Sri Tujoh, Tumpat

pagi di kampung nelayan Kuala Terengganu

di pantai Kemaman
di pantai Kuala Besut

di pantai Cherating