Saturday, 5 February 2011

FaMiLy CamP ( Kem KepimpiNan & MotiVaSi)

dah lama family camp habis.. bila dah habis aku rasa bebas sangat.. sebab dah tak ada tanggungjawab yang aku harus pikul..selepas pembubaran PERSIP, aku masih tidak lega lagi.. tau kenapa?? sebab family camp tak habis lagi.. bukan tak habis.. tapi tak berjalan lagipun.. tarikh yang di pilih ialaha 14hb- 16hb jan '11.. cepat tak cepat nak dibuat.. dengan kertas kerja tak hantar lagi waktu tu.. dengan runshing nya.. muka aku ni lah yang menghantar kertas kerja tersebut.. walhal itu bukan tugas aku.. tugas aku hanya mengendalikan duit..(bendahari..).. tapi disebabkan setiausaha ada alasan tertentu.. muka aku ni juga yang kena buat.. seorang diri.. dahlah tak pernah ada pengalaman untuk menghantar kertas kerja kat pihak atasan.. tambahan pula aku fikir.. lepas ke kertas kerja ni.. bagi aku macam tunggang langgang jer.. turun naik jangan katalah.. sekejap dekat HEP dan sekejap dekat HEA.. kelakar sangat waktu tu.. tapi tak apa.. bagi aku tu semuanya hanya pengalaman manis yang takkan aku lupakan sampai bila-bila..

hari bertemu junior pulak.. satu pengalaman juga .. aku bukanlah seorang yang suka marah-marah orang.. yelah untuk apa marah-marah pada junioryang tak buat salah.. betul tak?? tapi itulah.. manusia ni bukannya sama.. macam-macam perangai yang ada.. ada yang baik, baiklah.. ada yang kurang ajo tu tak payah cakaplah.. tapi sebab aku fikirkan yang aku ni hanyalah pertugas sebagai bendahari.. seorang yang akan menjaga segala kewangan yang diberikan oleh orang terutama sekali duit pelajar..ia merupakan suatu amanah yang perlu aku pegang.. sampai ke hari ni masih ada lagi duit mereka.. tapi itu akan aku buat untuk membuat key chain untuk aku berikan kepada mereka sebagai tanda kenang-kenangan mereka kepada kami sebagai senior yang pernah mengendalikan mereka..

aku menjadi fasi bagi group13.. agak jauh juga group tu.. dahlah tukang susun nama antaranya aku.. buat kerja last minute memang macam tulah jadinya.. ada yang tak balancelah macam-macamlah yang ada.. tapi aku enjoy sangat dengan group aku.. selain aku, bad dan deen juga menjadi fasi untuk kumpalan kami.. junior sem1 hanya ada 2 orang sahaja. seorang nama mira(sumandak) dan ira(dotti).. nickname dotti tu aku yang bagi setelah ramai yang menggunakan sailormoon.. jadi aku tak nak ahli kumpulan aku tu tidak menukar namanya.. jadi aku menukarkan namanya dengan dotti.. memang budak tu comel sangat..cute je muka dia.. suka aku tengok muka dia.. kenapa aku suka group aku nie kerana mereka spoting.. pada awalnya aku ingatkan mereka seperti tak suka dengan aku.. cara aku senang je.. aku tak suka marah orang jika orang tu tak buat aku marah.. kan senang tu.. bukan susah untuk mengenali aku nie.. nak sebut nama diaorang bukan semua pun yang aku ingat.. yang aku ingatlah.. biha.. ct.. tini.. kecik.. aishah.. syah.. safiq.. fizi.. putat.. sapalah lagi sorang tu.. aku lupalah.. hahahha.. tapi kalau tengok muka memang aku ingatkan dirinya..huhuhu.. tapi aku tak boleh layan diaorang sebab aku begitu sibuk untuk mengira duit lagi.. dan mereka pun faham.. group aku ni boleh survice la.. ada juga group aku yang aku tak suka.. bukan tak suka apa.. boleh bagi surat sakit dari poliklinik.. sorilah nak cakap.. memang dia akan rasa family camp keduala.. untuk apa rasa takut camp dengan kami.. sebab dah cukup mudah kami mudah korang semua.. tapi pada yang ikuti aku ucapkan tahniah untuk korang.. tak ada sebenarnya camp ni.. hanya untuk mengeratkan silaturahim antara junior dan senior.. bukan apa pun.. dengan jumlah kalian yang ramai.. itulah..

waktu hari kejadian..pagi tu yer.. hahahha.. aku dengan bangun lambatnya.. apalah anak dara macam aku nie.. dah selalu kena perli.. sabar jelah.. kami bergerak ke kilang pukul 3 petang.. aku memang dah minta dengan shima untuk masuk petang.. yelah time ada lagi pelajar yang tak bayar duitkan... jadi aku kena stay sampai petang.. hari tu juga berlambak suart cuti sakit yang dapat..macam-macam sakit yang ada.. kelakar pun ada budak-budak nie.. mungkin sebab kami manjakan mereka jadi diaorang naik lemak dengan kami.. kalau ikutkan senior sebelum nie.. penyakit yang kronik pun disuruh masuk ke hutan.. bukan join aktiviti pun.. juz ikuti program yang kami jalankan.. aktiviti lasak untuk apa diikuti.. memang nak cari nahas macam tu,.. tapi tulah budak-budak zaman sekarang cukup manja.. bila ditegur sedikit mulalah naik lemaknya..menyampah aku dengan orang yang macam tu.. petang tu yang turut masuk lambat juga irah, nana(pun join tau..), mat, zaki, dan beberapa orang kawan aku lagi.. tak ingat dahlah.. dah lama punkan berlalu.. mana aku inagt.. aku sebutlah..

malam suaikenal tu.. ada cerita.. aku kena mark oleh senior yang entah tahun bila dia belajar kat uitm nie.. tapi bukan berani pun nak panggil aku.. dia hanya berani panggil kawan aku.. aku tak kisah yang tu pun.. tapi yang herannya kenapa dia nak mark aku pulak.. sebab suara aku ni sedap sangat kot..hahhaa.. ataupun dia ingatkan yang aku ni bukan senior yang handle dan jaga diaorang.. macam-macam feedback aku dapat dari kawan aku tu.. thanks juga kat dia sebab dia defence aku.. tapi cuba bayangkan jika aku ke tempat diaorang tu.. macam mana agaknya jadinya kan.. super duper tu buatlah cara dah jadi senior luar..bukan belajar lagi dekat jengka nie.. setakat ada kawan lecturer.. ingat aku tak ada juga ker.. juallah semua nama yang ada kat uitm nie.. sikit pun aku tak heran dengan keegoan kamu sebagai senior.. sebab aku tahu dimana aku berada ketika itu,.. mereka budak aku.. diabawah jagaan batch aku.. ingat aku nie apa.. penat tau aku pakai tag name menunjukkan bahawa aku ni senior juga tau..nasib baik malam tu ada korang.. kalau malam ke2 pun ada juga.. memang dah betemu muka kita.. aku masih hormat kamu sebagai senior yang aku sendiri tak kenal.. sedang senior yang aku pun tak kenal kamu.. macam mana kamu boleh katakan begitu?? thanks juga dekat encik lan sebab tanya apa masalah yang berlaku.. cik pah juga pun dah tahu hal tu.. tak pelah juga.. atleast tau jugalah.. aku pun kalau boleh tak suka besarkan hal tu.. tapi bila orang dah buat aku macam tu.. sampai mati aku akan ingat segala pesanan yang disampaikan tu.. akan aku buktikan pada dia..hahahha..gelak jahat sikit...

boleh kata satu malam juga aku tak tidur..huhuhu.. tapi aku pandai.. sebolehnya akan aku cari masa untuk aku tidur.. dan resultnya aku tidur juga.. sekejap pun jadilah atleast aku tidur untuk rehatkan diri aku nie.. bukan buat apa pun malam tu just aku menjaga anak buah aku.. malam pertama sahaja aku menjaga diaorang masuk malam kedua.. aku start mengacau orang.. aku tak suka aktiviti nightwalk..tak tahu kenapa.. mungkin sebab dia bermain dengan kotor jadi aku tak suka.. aku lebih suka burung pugguk..huhuhu.. suka sangat mengacau orang gini.. sampai ada yang menangis.. yang tak tahan..ada tu menyepak kaki.. kesian kaki siapa kena sepak dengan budak tu.. ikut aku time nak aku hempuk juga.. tapi dah dia tak tahu.. tak pelah.. redha jelah..

tapi sepanjang jaga budak-budak nie diaorang tak ada masalah dari segi tak nak makan tau apa.. mungkin aku tak tahulah sebab aku tak amik tahu pun..bukan tak amik tahu macam mana..cuma aku heran.. ramai juga yang sakit time kat camp.. tapi tak pelah.. atleast datang juga diaorangkan..

sukaneka dan LDK yang berjalan pun dengan lancar.. suka aku tengok LDK yang dijalankan oleh part5.. ada idea juga diaorang nie.. walaupun sikit boleh handle program itu dengan baiknya.. baguslah.. aku ucapkan tahniah dan terima kasih sebab sudi membantu kami dalam menjalankan aktiviti.. begitu juga dengan lecturer baru.. mereka pun turut join dalam menjalankan aktiviti tu.. memang enjoy aku rasakan.. kira terisi juga masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah..

malam persembahan pula.. boleh tahan juga ceritanya.. best juga.. tapi bila dah akhir-akhir tu.. jadi bosan.. termasuk anak-anak buah aku.. kesian juga aku tengok diaorang... tapi takpelah.. atleast dah buat yang terbaik..thanks dekat korang semua tau..
apa lagi aku nak cerita yer..
rasanya sudah kot.. picture nanti aku masukkan yer..
sampai di sini dulu..

SaLaH SiApa??

aku bukan nak blame sesiapa atau menuduh sesiapa.. tapi aku nak tahulah kenapa masih ada manusia yang tak punyai hati dan perasaan dalam menidakkan suatu kebenaran yang dia sendiri tak mampu hadapi?? sehingga sanggup kehilangan sesuatu yang berharga asalkan dia dapat apa yang dia inginkan?? kenapa masih ada orang sekejam itu?? ingin katakan aku pernah lalui perkara tu rasanya tidak.. aku hanya ingin berkongsi sahaja.. aku lihatlah.. sanggup dia menjatuhkan orang lain demi kepentingan dia?? apakah dia sendiri tak mampu menerima kebenaran yang ada di depan mata?? atau dia tak sanggup terima kenyataan atas kekalahan dia sendiri.. aku cukup benci jika ada yang sanggup menjatuhkan kaumnya sendiri.. mana harga dirinya?? setelah itu sanggup dia menganggap perkara itu hanya biasa sedangkan dia tidak fikirkan kesan dan akibat yang bakal dia perolehi suatu hari kelak?? masih ada lagi insan yang kejam di bumi yang serba moden dan mewah ini.. untuk apa dibanggakan kemenangan itu sedangkan itu hanya sementara... hai..

apakah susah menerima kebenaran?? ye aku memang boleh katakan susah bagi sesiapa yang mengalaminya.. tapi pada sesiapa yang tidak pernah mengalaminya.. menganggapkan itu hanya perkara remeh... apakah kebenaran itu suatu yang menyakitkan?? sesakit manakah itu?? aku sendiri tak mampu menjawapnya kerana aku tidak pernah alami.. apakah jika aku lalui perkara itu aku mampu alaminya seperti setengah insan yang pernah mengalaminya.. pasti begitu sakit dirasakan sehinggakan ada yang sanggup mengadaikan nyawanya kerana tidak mampu menerima kebenaran.. kemana hilangnya pegangan agama mereka?? bukankah setiap agama melarang kita dari membuangkan diri kita bergitu sahaja.. setelah bertahun-tahun hidup.. hanya memusnahkan hidupnya begitu sahaja.. pasti perit kebenaran yang harus dia terima?? oh masih lagi ada yang begitu...

sebagai muslim.. kita ada pegangan agama.. kita ada cara kita sendiri.. tapi kenapa ada juga gelaran muslim.. nama islam.. pakaian islam.. tapi sifat dan perangai tidak sedikit pun menunjukkan yang dia itu seorang yang berpegangan teguh pada ajaran islam?? apakah memang dia sendiri tidak pelajari ilmu itu ketika dia meningkat dewasa? ataukah mungkin dia berpakaian seperti itu hanya ingin menutup kejahilan dirinya?? biar buruk di pandang luar.. biar hina di maki orang.. tapi hati teguh pada yang SATU.. hati tidak sedikit goyah dek duniawi.. duniawi yang sementara.. untuk apa dikejar sehingga melangit? apa yang dapat?? kebongkakan?? keagungan?? itukah yang di pandang dalam islam?? itukah yang di ajar di sekolah sewaktu kita masih kecil dahulu?? itukah yang keluarga kita didik sehingga kita besar kini??

aku masih tak faham.. apa itu hipokrit? mengapa mesti ada sifat itu? adakah itu perlu ada pada setiap manusia yang hidup di bumi tuhan nie? cubelah sekali berlaku jujur pada diri. untuk apa ada sifat itu? untuk kepuasan diri? atau kebebasan diri? mustahil punyai sifat itu hanya untuk suka-suka.. dusta jika sifat itu dinafikan pada seseorang.. kerana ia takkan dapat lari dari mempunyai sifat itu..perit tau bila perkara itu terbongkar dan diketahui umum.. tapi kenapa? kenapa perlu ada sifat itu.. aku tidak menafikan juga yang ku pernah punyai sifat itu.. tapi bila aku fikirkan semula.. untuk apa ada sifat itu? demi menjaga hati orang? demi ingin melepaskan diri dari diketahui.. tapi sampai bilakah nak jadi begini.. cubalah kita sebagai umat yang punyai tamadun.. berubah.. buang sifat yang mampu menjatuhkan kita suatu hari nanti..

akU LeGa SeKarAnG

hari ini dapat juga aku menghirup udara segar..
segar ker ?
bolehla kata segar..
Nak di bandingkan dengan Kuala Lumpur..
Segar lagi tempat aku duduk ni..
sayang nak tinggal tempat ni jika fikirkan balik..
huhuhu..
tempat yang tenang..
tiada kesesakan..
kurang jam macam Kat KL tu...
tiap malam asyik dengar bunyi cengkerik..
macam duduk rumah sendiri..
duduk rumah sendiri lagi best..
duduk sebelah sungai..
dapat tengok burung-burung yang berhijrah singgah dekat tepi sungai..
dah macam kawasan rekreasi perumahan yang aku duduk..
seronok..
huhuhu..
apa yang aku katakan lega nie..
sebab aku dapat keluar dari tempat yang terperap je kat sini..
akhirnya setelah 4hari bertapa..
keluar juga...
bangga betul dapat keluar nie..
lagipun dah start tak sunyi..
mula ramai orang yang datang semula..
tapi ahli bilik aku masih tak balik-balik lagi...
tak puas cuti lagilah tu..
tak apalah..
tak ada kerja bolehla cuti lama-lama..
huhuhu..aku juga duduk cini..
takpe..
aku sabar..

Friday, 4 February 2011

akHirNya..BerJaYa JuGa..

siap juga sceraning kami.. bersungguh-sungguh betul kami membuatnya hari nie.. orang lain sibuk cuti.. kami berdua sibuk buat screaning.. akhirnya kami gunakan seluruh tenanga dan usaha kami untuk menyiapkan ke tahap tu..dan dah berjaya..jadi lega sikitlah sebab kurang dah bermain dengan habuk..lepas ni kami akan bermain dengan bahan kimia pulak.. dijangka 27 board yang akan dibuat.. tapi kami akan berbbincang semula dengan Prof.Jam.. hope dapat dikurangkan lagilah.. banyak gak tu board.. tambahan pula 0.5 tak banyak.. tapi yang herannya yang lagi banyak tu adalah 1.0 daripada 2.0.. kami heran juga.. ada juga kami fikir untuk screaning lagi 1.0mm.. mana tahu boleh dapat banyak 0.5mm particle..huhuhu..



jadi lepas ni kami akan sibuk dengan nak menyiapkan introduction tesis kami.. kena progess dan tak boleh ditangguh lagi.. sebab banyak lagi yang perlu difikirkan .. bukan tesis saja.. projek reexsa collections lagi.. wah.. tak boleh duduk diam je nie.. tapi kalu aku je yang beriya tak boleh juga.. come on guys.. we must progress.. don't waste our time.. thinking about our project.. don't take easy la..



hari ni juga aku dah siap print semua past year dari tahun 2007.. huhuu.. comey je aku buat.. sebab aku tak rabun jadi aku buat kecik.. jimat kertas kalau buat kecik.. dibahagikan kepada 4.. kenalah berjimat.. kertas tu datang dari mana kalau bukan dari pokok.. jadi jangan nak membazir tau.. hargai kertas yang kawan-kawan semua ada..



dah hari jumaat..dah 3 hari aku duduk di sini..hehehe.. esok mesti dah start ramai yang balik ke kolej.. harap begitulah..sunyi u nie.. hanya ada pak guard dan lecturer.. bila dah siap screaning ni lega sangat.. boleh duduk saja . dengan buat apa lagi tak melayan cerita,.melayari internet.. kalau aku tak sibuk.. minggu depan aku nak balik rumah.. ada lagi barang aku yang tinggal.. untuk apa duduk u kalau tak ada kerja dah.. orang lain sibuk buat kerja..aku nak balik kejap..huhuhu..ganti balik apa yang telah aku ambik time cuti nie.. lagipun rindu kat aswad.. dapat spend time dengan dia kejap jer.. tak puas bermanja lagi dengan dia.. tengoklah sapa yang pilih dia kalau bukan aku.. lepas satu pergi.. aku cepat mencari ganti..itu pun kalau aku dapat balik rumahlah.. sebab belum tentu lagi..mungkin lagi bertambah sibuk parah pulak..



aswad..tunggu aku balik tau.. aku dengar ko dah makin lincah..dan perut ko dah tak sakit lagikan..baguslah macam tu.. tak sangka aswad pandai berdikari.. pandai jaga diri.. walaupun masih kecik lagi.. tapi dah tau uruskan diri... jangan nakal tau.. jangan buat hal, duduk baik-baik dekat rumah..pesan dengan fina dan mak abah jangan bagi dia keluar jauh-jauh..walaupun ada yang kata dia buruk ke apa ker..pada aku dia tetap comel.. telinga kecik jer..bulu pulak panjang.. bukan senang aku nak bawak balik tau.. dapat pulak dekat tempat yang baik..makan pun boleh tahan kuat.. gemuklah aswad lepas nie.. tapi takpe.. aku suka kalau aswad gemuk.. mesti bertambah comel.. nanti aswad dah besar sikit kena mandikan dia juga.. bagi bulu dia lagi gebu..hahhaa..kalaulah boleh bawak kucing jaga kat dalam u.. dah aku bawak.. memandangkan kucing pun dah banyak kat kolej nie.. better aswad duduk rumah.. terjamin hidup dia..

Thursday, 3 February 2011

03/02 apa sudah jadi??

mendengar lagu di blog seseorang membuatkan aku rasa tenang.. tenang bukan apa.. lagu yang dimainkan tidak begitu sakit untuk aku dengar. senikata dia pun cukup aku paham.. suka sangat aku dengar.. lagipun blog dia ni jenis suka tukar-tukar jadi tak bosan.. bukan macam aku.. time praktikal je suka update warna tapi sejak masuk u balik payah untuk aku update warna.. ni pun sebab senang dapat signal nye.. kalau tidak melayan cerita tak sudah.. memanglah cerita dalam jinggo tak pernah khatam lagi.. sebab tu aku masih melayan cerita jika aku tiada kerja untuk on9..

sebenarnya dah banyak yang aku type tapi sikit je yang tersave..wah.. terus hilang mood aku nak type..apalah..stop here..

Wednesday, 2 February 2011

02/02 my day..

my cake yang kawan aku belikan tahun lepas..love u all..muahh~
bila time birthday masing-masing mesti korang celebrate with your family or friend or maybe with your sayang..rite?? but this year different for me.. like last year ada juga celebrate dgn kawan-kawan.. ingat lagi tahun lepas.. masing-masing pakat ramai-ramai.. dalam diam beli kek tok aku.. aku ingat lagi waktu tu.. aku pun tak expect yang diaorang ke bandar jengka nak beli kek.. petang tu ada tanya nak kemana... diaorang cakap nak ke bandar.. siap ada yang cakap nak pergi ko.. aku memang tak terfikir apa pun waktu.. ala tu cerita tahun lepas.. tahun ni?? apa yang berlaku pada aku???hahah a.. hanya siti khairoh yang bersama dengan aku.. kerana kami ada kerja..kalau tak di sebabkan kerja sudah tentu aku ada kat rumah sekarang dan sambut bersama keluarga aku yang tersayang.. time macam ni lah baru nak rindu-rindu .. ish33.. haaa.. baru tahu kan.. tapi takpelah.. aku buat semua ni untuk masa depan aku juga.. biar susah sekarang.. asal kemudian hari tak ada masalah.. aku harap begitulah.. aku begitu takut jika study aku ada masalah.. sebab ada beberapa orang kawan aku yang menghadapi masalah study.. mereka agak tertekan.. aku takut jika aku berada di tempat mereka tu.. bukannya mudah untuk hadapi masalah tu.. orang mampu melihat perkara tu mudah.. tapi yang merasa?? siapa tahu?? aku harap bila aku ke peringkat yang lebih tinggi aku dapat menghadapi semua ni..

hari ini apa yang aku buatkan..hari ni di hari lahir aku.. aku menyambung kerja tesis aku bersama ct.. hari ni lebih dasyat dari semalam.. hari ni lagi banyak habuk dari semalam.. tapi dah banyak juga kami buat.. kami screaning particle tu mengikut besar dia.. kami buat 2.0mm, 1.0mm dan 0.5mm.. tapi tak lama buat.. sebab habuk terlalu banyak.. kami pakai mask tapi tu pun tak membantu.. sakit hidung jangan katalah.. aku dan ct ni memang ada penyakit resdung.. bila dah kena habuk nie paham-pahamlah macam mana peritnya nak hadapi.. tapi tak apalah.. buat slow-slow.. esok orang cuti kami buat kerja.. kebetulan pula kilang ada orang.. jadi kami boleh continue kerja kami.. atleast dalam minggu ni siap kami untuk menyediakan bahan.. sebenarnya menyediakan bahan tak begitu susah tapi disebabkan mesin tahun 70-an yang kami gunakan... tu yang membuatkan kami lambat.. tapi tak apa.. biar lambat asalkan siapkan.. betul tak??hehhe..

petang tu balik dari kilang tu apa lagi.. duduk bertapa dalam biliklah..melayan cerita..makan fav maggie.. dan... tidur time..hahha..tulah kerja kami bila kat bilik.. berdua lah katakan.. berduakan lebih baik..hehhehe..bukan selalu punkan..huhuhu..

HARAPAN AKU DALAM USIA 21 TAHUN

dalam usia yang semakin menigkat ni aku sentiasa mengharapkan hari esok akan lebih baik dari hari ini dan hari ini akanku teruskan tanpa melihat lagi hari semalam..dah nak habis diploma pun aku nie.. cepat jugak kan.. rasa macam baru semalam aku masuk uitm nie.. dah nak habis pulak..lepas ni sambung mana pulak yer??hehhehe.. belum boleh mohon lagi.. aku rasa dan aku memang dapat rasakan akan aku habiskan degree aku di jengka..

apa lagi nak buat di usia makin tua nie..menagku tau aku makin tua..ingat tak nak mengaku ke dah diri ni tua.. sedar diri juga aku nie.. hehehhe.. aku akan cuba tamatkan diploma aku dengan pointer 3.0.. tidak kira macam mana sekali pun.. bersyukur sebab aku tak de paper yang perlu aku repeat.. aku begitu takut sepanjang sem aku ada repeat paper.. walaupun aku tak pernah dekan tapi aku bersyukur aku dapat pointer 3.0 above.. atleast aku jujur dengan diri aku.. bukan ada setengah orang tidak pernah jujur dnegan diri.. tapi tak pelah perkara tu takkan kekal lama.. setiap benda yang tidak baik akan terbongkar juga suatu hari nanti.. masa saja menentukan segalanya...

apa lagi nak buat usia dah makin meningkat nie?? haa.. aku dah lama nak dapatkan tu.. tapi sampai sekarang tak dapat-dapat..apakah aku mampu untuk miliki itu?? aku ingin benar benda tu.. dari dulu aku impikan.. adakah usia aku 21tahun aku akan dapatkan itu?? apa benda tu?? rahsia.. hanya aku sahaja yang tahu.. itu adalah rahsia..hahaha

ada yang kata usia 21tahun ni dah boleh membuang undi untuk pilihanraya.. tapi aku ni nak ke membuang undi?? hahahha.. rakyat tak berttanggungjawab langsung aku nie..ada ke patut?? jadi haruslah aku sebagai orang dewasa ini.. mendaftarkan diri untuk menyibukkan diri dalam list pembuangan undi pilihanraya bakal tiba.. aku pun tak tahu bila pilihanraya tu akan terjadi..huhuhu..teruk tak teruk aku ni kan...hehehhe..

menjadi lebih dewasa ni menjadi lebih matang..tapi aku ni dah matang ker?? macam budak-budak je aku rasakan diri aku nie.. harap muka je dah matang tapi perangai aku nie.. entah bila nak matangkan.. kihkih.. kalau setakat sesekali matang baik tak payah..sampai bila nak macam nie?? dah besar aku nie.. ikutkan orang dulu-dulu dah boleh kahwin nie..hahaha.. tapi aku tak gatal lagi nak kahwin.. study first tau.. kahwin bila dah habis belajar.. that time baru betul.. but not now.. im still young.. huhuhu.. but not teen lagilah.. dah adult tau..huhuhu.. tahun ni aku kena mengaku untuk segalanya..sedar diri dah sekarang nie.. nak jadi baik memang kena mulakan dari awal.. kiranya aku masih ada peluang tok mulakan semula setelah lama aku lepaskan segalanya.. kenapa baru sekarang aku nampak semua nie?? apalah dengan aku nie..


tahun ni juga akan berpisah dengan teman-teman sekelas aku terutama sekali.. yelah dah final sem. aku akan rindukan diaorang semua.. rasa macam-macam nak buat sem akhir nie.. tapi dapat ke nak buat semua tu?? entah bila lagi dapat jumpa diaorang lagi.. dahlah masing-masing duduk jauh-jauh.. bukannya dekat.. kalau dekat takpe jugaklah.. senang nak jumpa.. boleh keluar sama.. dan belum tentu semuanya sambung ke peringkat lebih tinggi dalam bidang yang sama.. terasa sedih pulak sekarang nie.. nangis jap...(waaa..!!!!)...dah cukup yer.. tak nak nagis lebih kang banjir pulak tempat nie..hehehhe...cukuplah ada setengah tempat yang dah lama tak banjir, banjir.. syukur tempat aku tak banjir... bersyukur sangat..huhuhu..udah..mulalah aku ni merepek.. cukuplah yer..


p/s: aku sebenarnya sayang sangat-sangat kat teman-teman kelas aku.. walaupun korang ada tak suka..dan aku ada mengata korang belakang.. tapi sebenarnya aku sayang sangat kat korang..aku gembira selama bersama korang.. begitu berat tau untuk semua ini terjadi..

this memont miss you

waktu ni baru terasa rindu sangat-sangat..
terlampau rindu tau...
bila dah jauh..
baru rasa rindu yang teramat sangat..
bila dekat buat tak tahu jer..
apalah nak jadi dengan aku nie..
hargailah bila ada depan mata tu..
apa lagi..
tuntutlah..
hihihi..
bila dah dekat..
aku nak tuntut hadiah..
tak minta lebih pun..
sedikit sudah memandai..
sudah cukup buat aku gembira..
hanya ingin bersama...
seketika pun jadilah..
bukan lebih yang aku minta..
aku tahu dapat ditunaikan..
menjadi insan yang tak pernah lupa..
cukup bahagia..
teramat bahagia..
sampai suatu ketika kita pasti jumpa kembali..
akan aku nantikan saat itu..
ingat..
tidak lebih aku meminta..
hanya secebis sahaja..
buat aku terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan aku..
terima kasih banyak..
aku ucapkan padamu..

ma birthday

hari ni hari lahir aku..
nak kata special??
ada-ada..
abah dah siap-siap simpankan kad kat beg..
pandai tol abah..
dalam diam yer..
wah2...
yang lain ..
takde pun..
dah duduk jauh dari family..
hanya bertemankan temanku sorang jer..
dengan dia jelah aku sambut..
appaun pada sapa yang wish aku kat hanset dan FB tu..
aku nak ucapkan thanks a lot la..
rasa terharu kejaplah..
hehehhe..
so hari ni apa aku nak buat??
menyambung kerja tesis yang tertangguh..
selagi tak siap sampai tahap yang dikehendaki..
tak tenteram hidup nie..
sabar jela dalam menghadapi semua ni..
hehhehe...

Sunday, 30 January 2011

pergi lama ganti baru

belum sempat aku melihatnya..
kau telah pergi meninggalkan aku..
belum sempat seminggu kau pergi..
begitu cepat aku mencari ganti..
begitu pantas dirimu aku lupakan..
bukan itu..
aku tidak pernha lupakan dirimu..
kau tetap satu tiada ganti..
pergi dirimu meniggalkan kenangan..
pergi dirimu..
sudah ketentuan..
tidak sedikit aku menidakkanmu..
mungkin pergi dirimu..
berganti dengannya..
yang hampir denganmu..
tapi...
kau tetap yang stau..
semoga kenangan selama ini menjadi..
kenangan yang cukup indah..
seindah namamu..
wahai baru..
kau hadir menyinarkan semula..
tidak ku sangka..
akan aku bertemu denganmu..
kau datang kepadaku..
kau rapat kepadaku..
seperti kau tahu..
seperti kau yakin aku akan mengambilmu..
kemanjaanmu terserlah..
kemanjaanmu membuatkan aku..
teringat seketika kepadanya..
tapi kau lebih menarik..
dari yang disangkakan..
pertemuan kita tanpa dirancang..
tempat itu menjadi suatu sejarah..
di antara kita..
waalupun seketika aku denganmu..
tapi aku cukup gembira,,
kau hadir dalam hidupku..
kenakalanmu buat semuanya tertawan..
aku berdoa..
agar kau terus sihat dan membesar..
seperti abangmu yang lain...
dirimu cukup tabah dalam mengharungi semua ini..
amat aku teruja melihatmu..
kau ditinggalkan kesunyian..
kau datang dekat kepadaku..
dengan suatu harapan..
walaupun dirimu kini sakit..
akan aku pastikan dirimu akan sembuh sediakala..
aku amat sayangkan dirimu..
jangan kau pergi untuk kali ke...

*manis..menjadi memory..
*aswad..menjadi sinar..walaupun gelap..

seketika

seketika aku singgah di sini untuk bertanyakan khabarmu. apa khabarmu? diharap kamu sihat sejahtera. sudah lama aku tidak singgah bertanyakan khabarmu. amat rindu aku padamu. apakah kau merindukan aku jua seperti aku merinduimu? saban hari aku memikirkan dirimu tanpa henti. adakah dirimu memikirkan diriku? ingin aku dakap dirimu disaat ini kerana aku terlalu merindui dirimu. kenapa begitu kuat aku rindukan dirimu? mungkin kerana kita telah kerap bersama hingga payah untuk kita berpisah seketika. jadi.. ketika ini aku mencari kesempatan untuk meluahkan di sini agar dirimu tahu aku amat rindukan suasana itu.

dirimu begitu bererti buat diriku. dirimu umpama nyawaku. dirimu umpama cahaya matahari yang sering memancarkan cahayakan bila tiba masanya.. begitu dirimu pada diriku... jangan pernah cuba musnah pancaran yang telah dirimu sinarkan padaku.. akan buta seluruh jiwaku tanpa cahaya dirimu lagi...

suatu ketika diriku cuba melupakan dirimu tapi semakin aku cuba lupakan semakin kuat aku memikirkan dirimu.. entah mengapa kuat ikatan kita ini.. bukan mudah untuk aku menjaga dirimu.. begitu dirimu bukan mudah untuk dirimu menjaga diriku.. kerana kita bukannya sama seperti yang lain.. biar pun ada yang sama.. tapi tetap diriku katakan dirimu tidak sikit sama dengan diriku.. itu yang diriku pasti.. sesungguhnya aku amat pasti dengan apa yang aku yakinkan ini...

tika ini.. kesempatan ini.. dengarlah luahkan diriku khas tujukan untuk dirimu. kerana akan diriku tinggalkan dirimu semula.. jagalah diri sebaiknya,.. ingatilah diriku sentiasa kerana tidak pernah diriku lupa akan dirimu sayang..rindu diriku ini aku bawakan ia terus kepada dirimu.. diriku akan terus menyayangi dirimu setiap detik nadi diriku berdegup..

Monday, 24 January 2011

i miss you

tika saat ini..
aku mencari dirimu untuk aku luahkan semua ni...
aku teramat perlukan dirimu..
dimana kau berada..
megapa kau hilang disaat aku perlukannya..
marilah kau ke sini menemani aku
aku dah penat macam nie..
aku rasakan aku tiada apa..
hanya bongkah mainan ke??
hatiku bukan batu..
sanggup dipermainkan..
tika saat sendiri merasa akan tahu..
apa erti semuanya..
temanilah aku kini..
itu yang aku perlukan..
jauhkan..

Wednesday, 5 January 2011

adakah aku mampu laksanakan tahun nie?

  • mendapatkan pointer yang cantik untuk tamatkan diploma aku
  • meneruskan perjuangan ke peringkat degree
  • mengambil bidang pendidikan yang sedang bermain difikiran
  • meminta maaf kepada semua orang yang telah aku lukakan hati mereka selama ini
  • merawat hati yang tengah luka
  • mencari identiti sebenar diri
  • melepaskan segala kesulitan yang bermain di kepala
  • berjumpa dengan orang yang aku nak sangat jumpa
  • nak jumpa semua kawan-kawan lelaki yang pernah aku kawan
  • nak jumpa best friend dan lepak sampai puas
  • nak rasa terus bahagia
  • nak lebih serius dalam sesebuah persahabatan
  • mengharap sesuatu pulang semula
  • nak sihatkan semula fizikal aku
  • nak kurus (dapat ker?)
  • dapat mengekalkanpersonaliti
  • menjadi lebih pendiam
  • ubah perangai buruk kepada yang baik
  • jangan cepat tuduh orang macam-macam
  • buat orang happy jer(yang penting diri sendiri dulu lah..)
  • apa lagi nie..
  • hahahhaha...
  • dah mula dah...
  • jangan mulakan lagi...
  • cukup setakat ini sahaja..
  • setahun yang belum pasti tamat..
  • berdoa agar sentiasa sejahtera hendaknya..
  • daar..~

JUst WaLk...



Kenapalah sejak tahun baru nie aku hilang semanagat sudah nak study.. dulu kalau nak balik u aku antara yang cepat balik..tapi kali ni..lemah jer..rasa semangat aku hilang segalanya.. tahulah dah sem akhir patut rasa bangga sebab nak habis dah tapi aku tak.. pada awalnya aku ingatkan masalah aku hanya takutkan penempatan kolej aku takkan dapat tapi bila dah daftar.. tu bukan masalah aku.. sehingga kini aku tak tahu napa dengan diri aku.. dan hari ni har last aku di rumah.. esok dah balik tempat belajar aku.. kalau tak sebab kena hantar report, takde aku nak balik lagi.. duduk rumah jer.. beratnye kali nie..tapi kenapa?? oh mengapa jadi begini.. selemahnya-lemahnya aku rasakan sekarang.. aku perlukan suatu nafas yang mampu memberikan aku semula semangat.. aku seperti rasakan aku seperti kehilangan sesuatu.. aku seperti jauh dengan sesuatu.. rasa hati aku terlalu kosong.. apakah ni kerana aku.. baru aku tahu.. kerana itu.. oh tak boleh jadi.. aku perlu atasi semuanya ini..

Apakah aku mampu harungi 4bulan aku di sana? apakah mampu aku menengani segala ini.. beratnya.. hati aku ingin sekali melepaskannya tapi aku tak mampu.. aku tak mampu lagi untuk berdepan dengan semua ni.. perit 4bulan.. oh..kenapa tahun yang baru aku begitu down?? sekali aku down bukan mudah untuk aku bangkit semula.. masa yang panjang aku perlukan untuk aku bangkit semula..aku harap dengan balik aku ke sana aku mampu hadapi semua nie.. aku dapat jauhkan dari segala ini..

Tuesday, 4 January 2011

selesai sudah

Hari ini tamat sudah urusan aku di WISDEC.. aku akan merindui suasana di sana.. walaupun seketika, tapi banyak juga pengalaman dan suasana yang unik aku alami sepanjang aku berada di sana.. i will be miss u all.. especially byeti yang comey.. since u masuk.. i langsung tak sunyi..ada juga teman untuk i berbual dan bergurau.. i tahu u pasti sunyi after diz kan.. u jangan risau yer.. akan ceria semula WISDEC dengan ini tu yer. insan-insan yang study situ.. chill girl.. hehehe.. layan jela movie yang i bagi tu yer..hehhe.. i tak rela betul layan cerita saw tu.. kenapalah u sanggup tengok yer..adeh.. tadi dapat minum pun kira best jugakan.. huhu.. entah bila lagikan nak lepak sama?? tak teringin ke nak hang out sama-sama??hehhe.. ops!!! i lupa yang u bz dengan kerja rite.. hehehe..keje berbaik tau..hehhee.. i will be miss u so much..huhuhu..~

Lepas ni tunggu nak balik ke tempat belajar.. rasa berat pun ada nak balik sana.. sebab ada tanggungjawap yang perlu dipikul.. kalau tak nak pegang jawatan tu boleh tak?? kenapalah bagi jawatan tu kat aku.. dah tahu aku ni pemalas lagi bagi jawatan berat tu kat aku.. hai.. untung-untung semester ni aku tak pack macam sebelum ni tapi tak bermakna aku harus tumpu pada jawatan tu.. nasiblah korang.. kalau aku baik..aku peganglah jawata tu sebaiknya.. jika tidak.. tak tahulah..huhu..~

Mahu rilex sepuasnya sebab report dah siap.. boleh hantar dah kat cik shila.. hehhee.. hari jumaat juga aku hantar..bukan sekarang..huhuhu..komen en.firdaus cukup membina bagi aku untuk aku teruskan usaha aku..terkejut juga en.firdaus bila dapat tahu yang aku dah start kuliah..dia ingatkan minggu depan.. kiranya dia still backup aku.. sebab aku tak dapat cop dari en.basri.. apalah nasib aku waktu nak habis praktikal..hai.. beginilah nasib anak kesepian..hahaha..~

Baru boleh fikir apa azam aku tahun nie,..kalau tidak asyik fikir report saja.. apalah aku nie.. dah berapa hari bulan baru nak fikir azam tahun ni ker??hahaha..teruk betul aku nie..dah..dah..dah.. aku kena fikirkan sekarang nie juga..bagilah aku fikir yer..daar..~


Saturday, 1 January 2011

baby 2011

first aku nak say HAPPY NEW YEAR 2011..
wah..makin meningkat angkat tahun..
sekaligus meningkat usiaku,..
dalam tidak aku sedari..
terasa semakin tualah diri ini..
haruslah terima hakikat..wah...
apa azam aku tahun nie yer??
aku macam rasakan azam tahun lepas pun tak tercapai lagi..
bukan macam lagi dah memang tak tercapai lagi..
bila nak tercapai nie??
aku harus capaikan apa yang aku inginkan selama ni??
heehhe..
dan tarikh tahun ni cantik juga..
tapi aku nak tggu tahun2012..
kenapa??adalah..hahha..
sebab tu ada kaitan dengan birthday aku tu..
ngada-ngada pulak aku nie..
hehhe..
tahun ni juga aku nak cakap..
aku dah nak habis diploma..
wahh...
pejam celik dah nak tamat..
dan akan aku melangkah seterusnya insyallah..
pointer sem nie kena naikkan lagi..
baru buleh dapat apa yang aku impikan selama nie..
be a teacher??
kelakarkan..layak ke muka ni jadi cikgu??
tapi itulah impian aku sejak aku masuk diploma..
apapun aku seperti dapat rasakan yang aku akan lebih ke situ..
hati aku sering berkata..
so after diz..gud back jengka..
hahaha..
(sedarlah diri awak akan ke jengka lagilah..awak masih student situ..)
apapun tahun aku akan hadapi dengan penuh redha dan semangat..
perkara yang telah berlaku tahun 2010..
anggaplah itu kehidupan sebenar yang masih kecil..
masih banyak lagi diluar..
akan aku berdiri di atas kaki sendiri selepas ini..
huhuhu..
belagak pula..
hakikat tu..
banyak yang telah aku alami selama 2010..
jatuh bangun yang telah terjadi kepada diri aku..
so start baby 2011 ni..
aku perlu berazam bahawa apa yang baik di teruskan..
yang tidak baik ditinggalkan..
be mature bila nak buat keputusan..
menjadi orang yang lebih berguna..
buktikan aku mampu lakukan..
lakukan segalanya...
yeaaa...hhhh!!!~~~

Thursday, 30 December 2010

31 DeceMbEr

tarikh tu..
penuh dengan cerita..
dan aku menanti tarikh itu..
jika di imbau kembali..
tahun lepas..
pada tarikh ini..
2cerita yang aku alami..
gembira dan dugaan..
gembira biarlah aku rahsiakannya..
dugaannya pun begitu..
tapi itu semuanya tahun lepas..
tapi tahun ni??
esok tarikh tu..
adakah aku akan gembira atau sedih?
semuanya akan berlaku..
bermula tengah malam ini..
tapi yang aku harapkan gembira sepanjang hari..
kerana aku inginkan sesuatu..
jika aku lalui dengan kesedihan..
aku harapkan berlalu segera..
atau tidak ingin aku rasakan..
semua tu aku tidak pasti..
hanya aku mampu katakan..
berserah..
berdoakan ia lebih baik..
dan bertambah baik..
itu yang aku harapkan..
dengan penuh harapan..



Monday, 27 December 2010

game....GAME...and..game...


warna yang cantik..
bunyi yang menarik..
membuat aku tak puas main game nie..
buleh naik warna-warni mata aku lepas nie..
seronoknye dapat game yang macam nie..
comel sangat-sangat..
blok yang bermacam warna-warni..
i like it..
huhu..
dah macam budak-budak aku dibuatnya..
bila dah tak de kerja tu lah yang aku buat..
walhal bukan tak ada kerja..
ada cuma aku buat-buat tak ada kerja..
sebab aku tak nak rasa stress yang teramat..
kita mesti cool kan..
huhuhu..
ok daar...

dengan senyuman



Dengan senyuman yang busuk lagi hampeh.. aku dengan tidak rasa bersalah pun pergi mencari isi untuk ku jadikan bahan walaupun tinggal seminggu aku di sini.. oh libary, aku tahu ko dah begitu bosan dengan muka aku ni kan.. tapi tak apa.. isnin depan ko dah tak jumpa aku lagi.. aku dah ada di perantauan.. selamat tinggal libary.. yang akan menemanimu adalah byeti.. oh byeti sayang..jagalah baik-baik libary tu.. kerana aku tahu lepas ni byeti sibukkan.. maklumlah sebulan dengan en,Basri yang comey.. huhuhu.. haa.. sebut pasal en. Basri.. hari ni ada perbualan lagi bersamanya.. bestkan.. huhuhu.. tahu tak apa yang kami bualkan.. mari kita ikuti..

En.Basri: ha..kamu..sepatutnya awk bersama dengan sy bila yer?

(dengan muka blur aku mendengar..sambil byeti menyibuk turut mendengar,...hahah..)

aku: minggu ni sehingga jumaat ni saya bersama en.basri.

En.Basri: oh...saya dimaklumkan ingatkan minggu lepas..tapi rupanya minggu ni yer..

aku: yer encik..

En.Basri: okey, kalau macam tu nanti sy bagi tugas pentadbiran yer.. yelah nanti di sini akan diadakan exam @#%$^^&(sebenarnya aku tak tau exam apa..)

aku:oh, yeke?

En.Basri: saya dah suruh en.nazri bagikan tugas pada awk..ada tak dia jumpa awk?

aku: tak de encik.


En.Basri: okey..takpe..nanti en.nazri akan bagi awak tugas tok awak buat..

aku:baiklah..

(dan encik basri berlalu pergi ke bilik meeting..dan aku dengan senyuman menanti segalanya itu..harap adalah seminggu ni tugas walaupun dah nak habis praktikal..jadi kita nantikan yer..)



*p/s: to byeti..sayangilah enbasri kerana anda akan bersamanya..hahhahaa

Saturday, 25 December 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network



Enjoy bila aku ke franpage oh!media network terutama sekali di Facebook


Laman yang pertama sekali aku jumpa sejak aku join oh!media adalah oh!artis. Seterusnya aku ikuti laman oh!tidak. dan ada lagi lagi laman yang turut aku ikuti seperti:

Kenapa warna sukakan oh!media ni antara sebabnya:
  • Perisian yang dibuatkan didalamnya up-to-date.
  • Banyak info yang berguna dalam kehidupan seharian.
  • Banyak menyedarkan golongan yang ketandusan akhlak.
  • Memberi pengajaran yang berguna kepada sesiapa mengikutinya..
  • Gambar-gambar yang dipaparkan kadangkala mencuit hati aku.
  • Dapat tahu gosip-gosip artis tempatan.



mug oh!media..jika aku menang dan dapat..bahagia rasanya..



tak pun dapat perfume ni pun jadilah..best juga..jika warna ada dapat mana-mana hadiah dari oh!media warna terima.. peminatlah katakan..


Kalau ada sesiapa yang berminat nak join jomlah.. Caranya korang bolah dapatkan kat link sini yer..


http://ohmedia.my/contest-mudah-mengenai-oh-media/


So cool tau...



picture ini yang ada di oh!media. Kalau boleh aku nak cari tempat ni dekat mana.Mana tahu boleh lepak-lepak situ kan..

Broadband


hari ni aku online dengan broadband yang kadang kala macam kura-kura mencari spek mata yang hilang..kadang-kadang pulak macam chipmore yang bertukar menjadi merah..memang redha gunakan broadband nie.. broadband ni atas nama aku tapi yang guna sebelum abang aku dan sekarang ni abah pula yang pegang..tak tahu nak sampai kat tangan aku bila lah tu kan.. berdoa jelah.. lagipun bagsu aku tak pegang sebab aku ni kalau dah ada internet selalu..mulalah mengadap 24jam tanpa henti tanpa jemu.. sebab memang aku tak pernah jemu dengan laptop kesayangan aku nie.. kihkih... pakwe 1st akulah katakan..paling setia dengan aku.. aku ni je yang kekadang setia dan kekadang curang..mana tak curang ada laptop orang lain yang ada internet aku abaikan laptop aku yang bernama jinggo nie lah. kekadang merajuk juga dengan aku nie.. tahu tak macam ne dia merajuk.. dia merajuk dengan running lambat macam badak pemalas.. sakit hati je tau.. tapi tulah jinggo.. kalau dia gtahu aku sayang dia.. laju je dia bergerak.. huhu.. jinggo ni da perasaan tau.. kalau korang tak percayakan cuba korang sayangi barang-barang atau harta pusaka korang..jaga baik-baik..mesti punya korang dapat rasakan.. ah, sudah..start giler aku nie..hahaha.. suka sangat aku ni nak merepek.. payahlah kalau dah pndai nak merepek ni tau.. kegilaan merepek mula terserlah..hahaha.. aku perlukan bantuan ni..

Taylor swift


Dalam minggu ni dah 3lagu aku tukar.. sekarang ni entah kenapa aku suka pulak dengan lagu taylor Swift.. Bila kita baca lirik dia, rasakan seperti kita yang rasakan keadaan itu.. lirik dia tu umpama life sebenar yang dialami dalam kehidupan especially love la.. sebab banyak lagu Taylor Swift ni more pada love.. mungkin dia ni meluahkan rasa hati dia kedalam lagu.. Suara dia pun boleh tahan sedap.. lagi pun aku suka style lagu yang di bawakannya.. lagunya berentakkan country.. nampak lebih enjoy bila kita mendengarnya.. sukanya aku.. huhu.. semalam pula secara tidak sengaja aku sempat tengok Taylor Swift kat rancangan Oprah..rancangan dekat Channel DIVA(702)...Taylor Swift bagi gitar kesayangan dia kepada peminat fanatik dia..budak lagi pun yang minat sangat dengan Taylor tu..itulah kalau dah terlampau fanatik dengan artis memang macam tu..

Tapi satu yang aku pelikkan tentang artis Malaysia,until now tak ada artis Malaysia yang mampu mencipta style sendiri.. aku bukan nak mengutuk artis Malaysia.. maaflah.. kekadang aku sedih tengok artis Malaysia.. kenapa perlu meniru artis luar?? sering kali di katakan meniru style artis indon.. aku pun tak tahu sampai bila akan jadi macam nie.. aku harapkan artis malaysia mampu membawakan style yang tersendiri suatu hari nanti.. apapun aku sokong artis malaysia yang cuba untuk mencari style tersendiri tanpa meniru gaya dari luar.. kita patut jadi diri sendiri..


comelkan Taylor Swift nie..rambut dia tu yang mahal..suka tengok..

Eh, pandai pula aku cerita pasal muzik-muzik nie yer..aku bukan tahu sangat pun.. cuma adalah ikut pekembangan artis nie..huhu.. kuat gosip aku juga ni yer..hahaha.. kelakar pula dengan aku nie..apalah aku nie..huhu..mula mengarut dah aku nie..

Friday, 24 December 2010

so excited

im really miss you lol.. a lot..
hari ni semua kerja tak jadi.. yelah aku asyik mengadap warna nie.. eh bukan ngadap warna je tau.. warna ko jangan perasa tau.. aku hari explore blog orang aku follow blog orang..macam apa tah hari aku.. terlampau excited.. sampai aku bersunguh-sungguh mencari blog kawan-kawan aku.. aku pun tak tahulah kenapa dengan aku ni.. terlampau excited.. aku kalau boleh nak kawan-kawan lama aku hubungi aku..yelah aku rindu sangat-sangat.. bila dah dewasa ni baru tahu nak rindu.. before tak tahu pun erti rindu kan..hahha.. perasan betul aku nie.. ^_^

paling aku gembira dan terlampau excited aku jumpa blog kawan lama aku sorang nie.. walaupun blog dia jarang update tapi bila aku dapat jumpa blog dia.. aku teruja.. hahahha.. dah macam jumpa beyonce tau.. hahhaa.. macamlah aku ni pernah jumpa beyonce.. eja nama pun entah betul ke tidak.. tapi tak kisah yang aku nak story ni aku gembira coz aku jumpa juga blog dia.. watch out friend.. aku akan follow blog ko.. hati-hati tau... ko perasan ke tidak lantak ko la.. ko nak follow aku ke tak suka hati.. sebab aku tahu warna aku ni selalu update bila aku depan laptop.. hahaha.. since ko menghilang tanpa berita.. aku tak pernah nak cari ko.. tapi entah kenapa hujung-hujung tahun ni aku gatal mencari ko.. aku tahu ko takkan dapat jumpa aku lagi.. sebab aku dah tak duduk rumah lama lagi.. bye..bye.. huhuhu.. ko duduk sana diam-diam tau... ko tahu tak aku sebenarnya rindu sangat nak hang out dengan ko.. tapi aku tahu ko sekarang duduk jauh.. jauhlah sangat still ada kat bumikan.. tapi tak pela..^_^

ko tau tak kawan.. kalau aku dapat jumpa ko..nak aku belasah ko..macam waktu kita kecik-kecik dulu.. ko ingat lagi tak?? mesti ko ingat punya sebab ko juga yang selalu story kat aku..padahal aku dah lupa.. seronok waktu kan..zaman muda-muda dulu..but since aku pindah tu.. aku tak pernah tahu tentang diri ko.. apatah lagi diari hidup ko.. bukan aku tak nak cari ko kat facebook or myspace.. tapi sebab waktu tu aku tak cukup bersedia.. sebenarnya sampai sekarang pun.. kalau ko nak jadi kawan aku kat facebook ke add lah.. tu pun kalau lepas.. sebab aku punya facebo0k terkawal rapi tau.. jangan jelez tau kawan..^_^

hari ni aku nak story pasal ko je tau.. sebab aku tahu.. bila aku tengah excited.. aku akan type panjang-panjang.. eh, nanti kalau ko terbaca ni.. kira nasib ko je lah.. hahaha.. aku dedicated post yang ini untuk ko tau..walaupun bukan hari atau esok.. lambat laun ko baca juga warna aku yang comey nie.. macam aku kan comey nya.. aku tahu nak kata kat aku yang aku sekarang nie makin comey.. sejak kita tak berjumpa dan bersua.. alah aku tak kisah pun ko nak kata sebab memang dari dulu perangai ko suka kutuk aku.. ahhaha.. aku rindukan saat tulah.. aku tak nak cari ko kat mana-mana laman sosial..cukuplah aku jumpa blog ko.. pandai ko yer.. aku sendiri tak sangkat tu blog ko.. tapi tengok gaya memang ko.. jadi aku tak salah.. memang betul ko.. ko apa ceritalah sekarang.. nak tengok ko update blog memang haramlah.. sebab aku etngok last ko update pun tah berapa bulan lepas.. aku tengok ko dah lama ada akaun blog tu.. tapi kenapa isi sikit yer.. ko dah buang yang lama-lama yer.. dulu penah juga aku follow.. tapi tetiba aku jadi lost memory.. lupa segalanya tentang.. padahal aku malas dah nak fikir tentang..^_^

kawan..bila rumah ko nak buat kenduri kahwin ke..kenduri doa selamat ker..apa-apa jela.. asalkan kenduri.. jangan lupa invite aku tau.. sebab kalau boleh aku nak jadi tetamu VVIP kat rumah ko tu.. boleh tak??hahaha.. kadang-kadang aku ada juga datang ke taman nak kata aku lalu depan rumah ko memang jaranglah.. sebab aku datang sana just nak dinner jer.. bukan aku nak tengok dan adap rumah ko hari-hari.. waktu aku duduk rumah aku bolehla..kalau aku bosan.. aku lalu rumah ko.. lalu jelah sebab tak kuasa aku nak singgah rumah ko... sebab bukan ko nak jumpa aku lagikan.. yelah aku sedar siapa aku nie...(humble pula aku sekarang..)^_^

kawan... umur kita dah makin tuakan..ada ko sedar?? ke ko tak sedar-sedar??? yelah birthday kitakan dibulan yang sama.. jangan ko tak sedar juga dahlah.. ke ko dah lupakan birthday aku?? takkanlah kan... sebab warna aku ni tu terang-terang ada tulis birhtday aku tau...lagipun aku masih simpan lagi present yang ko bagi.. semua presentlah yang ko bagi.. aku suka sangat kat present yang ko bagi tu.. sebab ko bagi dengan warna kegemaran aku.. ala time tu semuanya ko ingat tentang betul tak?? sekarang ada ko ingat tentang aku?? mesti takde punya.. hahahha.. tapi lau ko ingat bagus jugakan.. suka aku tau.. tapikan dulu ada ker aku bagi ko hadiah?? aku dah lupalah.. ada kot aku bagi kat ko.. tapi apa yer aku pernah bagi kat ko?? betul tau aku lost memory dah sekarang nie.. kalau ko tanya apa yang berlaku dalam 3thn lepas aku memang tak ingat yang aku ingat hari-hari aku sakitkan hati ko..aku ingatlah yang tu.. sampai sekarang aku tak boleh lupakan tau macam reaksi ko pada aku bila aku cakap macam tu.. tapi lagi sedih aku sebenarnya aku.. tapi aku boleh buat.. semua tu ketentuan..^_^

kawan..eh tak silap aku kan.. awal-awal tahun hari tu adakan kita terserempak?eh ada ker?? entah kenapalah aku langsung tak ingat pun pasal ko ni.. apa yang aku ingat pasal ko yer.. serius aku kata ni tau.. aku langsung tak ingat pasal ko dah.. sejak aku dah buang ko.. boleh tak aku nak ambil ko balik.. agak-agak elok lagi tak?? ke dah kena recyle je ni.. kalau perlu recyle aku cari tempat recyle je..eh kawan banyak tak aku dah story pasal ko.. bila lagi kita dapat gosip-gosip lagi nie.. satu perkara tau aku tak suka dengan ko.. tahu apa??? ko dulu suka moody dengan aku.. tapi sebenarnya aku lagi kuat moody dengan ko.. sebab aku saja nak cari perhatian dari ko.. kata waktu tu kawan baikkan.. kita kenal dah dari kecikkan.. ko pun pernah lepak rumah aku.. waktu aku tengok ko macam malu-malu bila lepak rumah aku.. yelah aku tahu rumah aku biasa jer.. tapi kalau pergi rumah baru aku ni.. sure ko excited kot.. sebab rumah aku sekarang lebih selesa.. aku dah rasa macam aku tengah vacation tau.. padahal duduk rumah sendiri.. ko nak tak datang rumah aku?? sekarang ni tak boleh datanglah sebab rumah aku tengah proses besar.. kalau ko nak datang datang time rumah aku dah comel yer..^_^



aku banyak perkara nak story dekat ko.. yelah dulukan kita suka gosip-gosip ni.. ko pun layan je bila aku dah start gosip-gosip nie.. aku dapat rasakan suatu hari nanti kita pasti jumpakan.. dalam keadaan apa aku pun tak tahu.. kalau ada jodoh tok kita bertemu adalah.. asalkan ko ada kat rumah ko tu baguslah.. senang aku nak cari ko.. ko tak payah cari aku.. buat semak kepala ko nak cari aku kan.. ko duduk diam-diam je tau.. oklah kawan aku rasa setakat ni saja..dah panjang ko tahu tak aku tulis ni.. khas aku tujukan pada ko.. rasa-rasa ada award tak untuk aku nie?? aku nak yer.. huhuhu..bye my beloved old friend.. i can't speak very well as u can.. but i try to be like you as i can.. i will never give up try and try.. just be the best like you friend.. im so excited when i meet you friend.. no word can be explain.. ^_^

operasi usik word10



rasanya dah berabuk laopran praktikal aku nie..setakat intro dah siap buat apa.. isi tu yang penting..nak bentang lagi? tapi apa yang nak dibentangkan dah akhir tahun nie.. hahha..so..apa yang perlu dilakukan?? jadi buatlah laopran tue.. sebab aku tahu aku ni memang lambat nak mulakan.. tapi bila dah mula berjamlah aku meniliknya.. mana tau ada yang menarikkan.. so apa lagi..buatlah nak tunggu apa lagi.. apalah.. adeh..

harap hari ini lebih baik daripada semalam

hari segala hari..hari jumaat..hari ni aku punch awal..nak kata awal taklah awal sangat..yang pasti tak merah kad aku tue.. pagi-pagi apa lagi makan dulu sama abah.. aku ni kan bagus.. orang masuk kerja pukul 8 tapi aku masih lepak dekat cafe sambil layan nasi lemak dan teh ais.. nyum.. sedap..~

agak-agak dah 8.30 tu baru nampak muka aku kat dalam pejabat.. baguskan aku nie?? huhuhu.. tulah rutin aku dah nak habis praktikal nie.. apa boleh buat dah memang hobi macam tu.. masuk bilik yang aku biasa lepak dengan baiti.. siapa lagikan kawan aku kalau bukan anak sorang yang turut bosan macam aku sejak masing-masing praktikal.. apa yang kami buat selama ni adalah dengan melayan facebook lah.. blogger la.. tulah kerja kami.. betul kan baiti?? huhuhu...

hari ni juga aku jumpa en.Basri.. nak jumpa siapa lagikan kalau bukan dia sebab ikutkan jadual aku.. 22hb lagi aku dah dengan en.Basri tapi baru hari ini aku jumpa dia.. huhuhu.. pemalas betul aku nak jumpa dia.. apalah nak jadi dengan aku.. tapi syukur pergi pejabat dia ada di tempat dia.. apa lagi.. mula lah perbualan kami..
aku: assalamualaikum en.basri..

en.basri: waalakumussalam.. yer saya..

aku: hari ini ikutkan dalam jadual saya dibawah encik..

en.basri: oh yeke? bahagian pentadbiran ye..

aku: a'a encik..

en.basri: baiklah, duduk kat mana yer?

aku: saya ada di bilik ramin

en.basri: ok.jika ada kerja pentadbiran nanti..saya akan jumpa awk dan bagi tugas tu pada awk..

aku:baiklah en.basri.

en.basri:siapa nama awk yer?

aku:panggil saya aina.

en.basri: ok jika ada pape saya akan jumpa awak.

aku:okey.kalau encik nak cari saya,saya ada di bilik ramin..

en.basri:okey.


lalu aku pulang semula ke bilik ramin yang adakala sejuk..hahhaha..apa lagi mulaha operasi update blog nie..memang updatekan..hehehe..



Thursday, 23 December 2010

bukan senang

sebenarnya bukan mudah nak update blog..
macam-macam kena tahu tapi aku suka..
sikit-sikit aku belajar..
thanks pada baiti coz ajar aku yer..
banyak gak aku ubah warna nie sejak aku praktikal ni..
yelah mana tidaknya lepas ni bila aku dah balik ke u..
aku mana ada lagi mengadap semua nie..
ada perkara yang lebih penting harus aku lakukan..
jadi masa sekarang nielah aku kena belajar untuk update..
huhuhu..

new blog




ma new design..
buat lagi..
apalah kerja aku meng edit je..
dah tak ada kerja memang jadi macam nie..
tapi nampak lagi comey..
makin bertambah aku belajar dalam meng edit blog ni..
makin comey warna yer..
warna duduk diam-diam yer..
nampak nature gitu..
hijau muda..ditambah dengan putih,..huhuhu

Wednesday, 22 December 2010

ku rindukannya...



Kenangan yang sempat aku abadikan kami bertiga di rumah lamaku..
norfarahin bt. saparudin..
nurul shahida bt. zulkifli..





inilah sahabat yang aku sayang sangat dan ingin sekali aku jumpa dan berborak bersama..
apakah masih ada ruang???


semua orang pasti punyai sahabat sejak kecil atau lebih dikenali sahabat baiklah..
termasuk aku juga..aku punyai sahabat baik..
sejak kecil aku baik dengan dia(mereka...)
sehingga ke sekolah menengah..
terlalu banyak kenangan manis kami lalui bersama..
jika di ingatkan kembali sukar untuk diceritakan..
kerana terlalu banyak...
kami bukan dari sekolah yang sama..
dan juga usia tidaklah sama..
tapi itu tidak menghalang kami dalam menjadi teman..
bila aku kenangan kembali saat itu..
ingin sekali aku putarkan kembali saat itu..
hati aku agak sedih..
kadang-kadang aku lihat ramai kawan aku punyai kawan baik @ sahabat baik..
tapi aku??
tiada lagi..
bukan mudah untuk aku mencari ganti diaorang walaupun...
kadang-kadang aku terfikir mampukah untuk aku berhadap dengannya lagi??
aku sendiri tak faham kenapa begitu sekali terjadi..
perkara paling sedih dalam hidup aku bila seorang-seorang sahabat aku meninggalkan aku..
memutuskan persahabatan yang telah lama terbina...
segalanya berubah setelah aku tamat tingkatan5..
sahabat baik aku..
entah kenapa dan mengapa..
sehingga kini aku masih tidak tahu jawapannya..
mengapa dia sanggup memutuskan persahabatan kami..
ada juga aku nampak dia dan berselisih..
tapi kami seperti tidak pernah mengenali diantara satu sama lain..
sedangkan dulu..
kemana kami pergi sentiasa bersama..
kenapa semuanya ini berubah??
aku sendiri tak tahu..
dan aku tiada kekuatan untuk cuba memulihkannya..
kerana aku terlalu kecewa..
sehingga kini..
tapi aku masih sayangkan sahabat aku itu..
kalau di beri kesempatan ingin benar aku bertanya..
mengapa dia sanggup memutuskan persahabatan itu dengan semudahnya???
walaupun hal itu hampir 4tahun berlalu..
tapi bukan mudah untuk dilupakan..
persahabatan yang telah terjalin hampir 6tahun..
putus dengan begitu sahaja...
sahabat..
adakah kau masih mengingati aku??
adakah kau masih simpan gambarku seperti mana aku menyimpan gambarmu??
wahai sahabat...
walaupun aku punyai banyak kekurangan..
tapi apakah salah aku sampai begitu kau buangku..
tidakkah kau ingat kita pernah berjanji??
pernahkah kau ingat??
tiap kali aku ternampak kau..
ingin sekali aku menegur kau..
tapi siapa aku..
kau telah campak aku jauh sekali..
terlalu jauh kau campakkan aku..
biarlah..
akan ku simpan..
aku berharap..
suatu hari nanti bisa kita bertemu..
aku takkan pernah lupa janji kita berdua..
bila aku punyai kekuatan aku akan berdepan dengan kau..
yang mampu aku katakan..
kau gembira dengan hidup kau sekarang..

sahabat yang aku sentiasa rindukan...
nurul shahida bt. zulkifli...

miss you all..


ini adalah kak linda..kalau buat kerja tekun..


ni abg hishe..suka kaco baiti dan kak ina..



tekun kadang-kadang bg hishe ni..

kak linda kuat sanding furniture dia..



yang ni pula abg ami..pendiam tp pandai buat lawa tetiba..


abg zaim..@jaim.. ni lagilah pendiam..nak dengar dia cakap jarang..



kak ina..aku suka sakat dia dan dia suka sakat aku juga..


sempat juga kami nak posing tau..


kak ainun..pemenang tau ni...jaga kak ainun..nanti kena intan pula..


orang lain sibuk memotong ada yg sempat interframe tu..




bos WISDEC..PN. MAHSURI...



kak ainun tekun yer membaca..

tulis jangan tak tulis abg hishe..





abg zaim bila present..



abg hishe present pula..


kak ina dengan tanpa ragu-ragu membentangkan productnya..



kak linda juga terangkan dengan jelas pada judge..


ni lah kak bida..riuh rendah dia ni..ni time dia bentang..




kak tiqa membentang...huhu..



nilah abg lap dengan yakin present productnya..