Assalamualaikum w.b.t..
Pernah suatu ketika dulu, aku punyai peminat setia untuk terus membaca blog aku yang sebenarnya ayat dalam blog aku ni tunggang langgang. Memang tak dinafikan, sebab jenis aku tak suka baca balik apa yang aku taip. Aku seperti yakin dengan apa yang aku taip. Hehehehe... Balik pada ada hang suka baca blog aku ni, salah seorang daripadanya inginkaa blog aku ni dijadikan buku. Agak kelakar bila orang cakap macam tu, entah apa yang menarik dengan blog aku ni hanya ayat ayat budak sekolah rendah jer aku raakan. Tetapi beberapa tahun ni aku terfikir juga jika aku rajin dan usaha lebih sikit mesti boleh buat buku pun. Dengan cerita cerita hharian yang aku selitkan di sini. Tapi semua itu hanyalah angan angan kerana zaman sekarang ni tak seperti zaman aku dulu. Orang tak pandang semua ni.
Aku rasakan ingin tulis segala kenangan aku yang pernah aku alami. Ingin aku bagitahu apa yang telah aku lalui sehinggalah aku jadi seperti aku sekarang nie.
Bila dikenang tu, aku kuat katakan aku tak nak kembali atau putarkan balik kenangan yang pernah aku lalui tu sebabnya tanpa kenangan itu semua, aku takkan sekuat sekarang nie. Kenangan itu cukup indah walaupun ada pahitnya. Daripada percintaan sehinggalah kepada diri aku sendiri banyak mengubah aku.
mencari ketenangan disini.. meluahkan demi warna-warni hidup... tiada penghujungnya... hanya kegembiraan yang terserlah... tanpa ada rasa duka tersimpan di hati ini.. segalanya di sini...
Sunday, 16 September 2018
Saat tergerak hati ini
Salam semua.
Sudah setahun tinggal blogger tanpa update apa apa yang menarik. Bukan tiada cerita tetapi terlalu banyak cerita yang tercipta sehingga tak mahu lagi untuk dikongsi kerana ia lebih baik dipendam dan terus di simpan.
Setelah 2tahun berkahwin dan lebih 4tahun bekerja banyak perubahan yang berlaku pada diri aku sendiri dan ia lebih baik begitu. Kehidupan rumah tangga yang sangat indah walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata tapi aku tetap bersyukur kerana punyai suami yang cukup memahami aku dan seorang yang mudah bertolak ansur. Dan aku juga dengan hadirnya beliau sebagai suami aku, rezeki aku lebih berganda ganda tanpa aku sedar.
Dalam tempoh 4tahun aku bekerja, aku telah dipilih sebagai pekerja yang cemerlang. Bukan untuk dibanggakan tetapi bagi aku itu adalah satu pencapaian yang terbaik walaupun hanya dengan jawatan yang tidak sama dengan apa yang aku belajar selama nie. Dalam tempoh ini juga , aku tak pernah rasa kehidupan aku begitu sempit dengan masalah kewangan sekarang nie, kerana setiap yang aku lalui Allah berikan aku perjalanan yang cukup baik.
Mengejar sesebuah impian tak salah jika dirancang dengan tepat walaupun akhirnya ketentuan tu semua dengan izinNya. Aku cukup bersyukur sangat dengan semua ini.
Aku akan terus mengejar impian aku untuk lebih berjaya. Dan kini apa yang aku ada, aku bersyukur kerana izinNya.

Monday, 13 November 2017
New LoVe
Assalamualaikum w.b.t..
Hai hai semua. Apa khabarlah hendaknya. hehehe.. saja nak share gambar terbaru aku. Okey masih lagi hidup bersama suami tersayang. Hehehehe.. Nak cakap anak dah ada ke belum jawapanya pasti belum ada lagi.. Tak baik kata belum ada rezeki sebabnya Allah berikan kami rezeki dalam bentuk yang berbeza dan kami berdua gembira memilikinya. Heheheh... So, aku nak share rezeki yang Allah berikan pada kami berdua.. HEhehehehe..
1.TAM
2.KIKI
Untuk tahun 2017 pula, pernah terniat sekali untuk tambah seekor kucing lagi.. bukan apa untuk buat teman Tam (walaupun dah castration) hanya teman bermain. Sekali tu, ada kakak ni story pasal kucing kucing.. memang salah seorang peminat kucing. Sebab akak tu ada 7ekor kucing. Daripada seorang yaang penakut kucing menjadi seorang pencinta kucing. Susah sikit nak caya jugak pada awalnya tapi itulah hakikatnya. Kakak ni ada cakap Giant (bapa anglat Kiki) nak bagi kucingnya yang baru lahir bln 8 hari tu (25.08.2017). Sebab apa dia nak bagi, sebabkan dia hanya nak bela 5 ekor kucing sahaja. Selebihnya untuk diberikan pada ornag yang betul betul sayangkan kucing. Aku hanya mencuba nasib je. Dan akak tu suruh aku berikan gambar Tam untuk memujuk Giant agar lembut hati untuk berikan aku anak kucingnya.. Tapi waktu tu aku belum betul2 cakap pada suami untuk niat ambil seekor lagi.. Macam biasa suami agak keberatan pada awalnya. hahahhaha... Tapi niat aku dan kalau boleh aku nak ambil yang betina sahaja sebabkan keluarga suami sukakan kucing betina berbanding keluarga aku sukakan kucing jantan. Tapi tak kisah lah.. Dan akhirnya sampai ke hari kejadiannya akhirnya aku dapat juga memiliki kucing betina. Tapi bukan seekor waktu tu tapi 2ekor yang aku dapat lagi seekor namanya JEBAT. Mak aku yang ambil dia. nama pun Jebat tentunya dia jantankan..
Hai hai semua. Apa khabarlah hendaknya. hehehe.. saja nak share gambar terbaru aku. Okey masih lagi hidup bersama suami tersayang. Hehehehe.. Nak cakap anak dah ada ke belum jawapanya pasti belum ada lagi.. Tak baik kata belum ada rezeki sebabnya Allah berikan kami rezeki dalam bentuk yang berbeza dan kami berdua gembira memilikinya. Heheheh... So, aku nak share rezeki yang Allah berikan pada kami berdua.. HEhehehehe..
1.TAM
Let's me tell about Tam. Hahahaha.. Tak pernah terfikir pun untuk memiliki Tam nie. Tak pernah terniat pun lepas kahwin untuk dapat seekor kucing yang cukup cukup besar.. Selepas 3 ke 4 bulan kahwin, ada member story abangnya nak let go kucing. Dan salah seekor kucingnya berwarna hitam. Serius tak semua orang meminati kucing berwarna hitam dan aku salah seorang yang sangat minat dengan kucing satu color macam hitam selepas aku pernah membela Aswad (Hitam juga). Tapi pada awalnya encik suami macam tak berapa setuju untuk aku mengambil si Tam sebabkan waktu masih ada lagi Kiki (Senior) ( kucing bapa mertua). Usia kiki waktu tu dah lebih 11 tahun. Nampak uzur kalau di lihat. Tapi masih juga aku memujuk suami untuk ambil Tam. Walaupun waktu belum confirm lagi untuk aku dapatkan Tam sebabkan ada orang dah booking Tam nie. Okey nak bagi tahu TAm ni bukan diberi ya tapi di beli.. Mention sekali lagi ya, DI BELI.. Yes aku membeli dia dengan harga RM180.00 pada usia dia 3bulan (born date : 12.05.2016). Kenapa aku sanggup beli sebabkan memang nak sangatkan kucing color hitam tue,
Ni namanya Jebat. Memang lawa bulunya.. Nak cakap baka apa diaorang ni sangat susah.. Lebih kepada persian. Hurmmm... aku bukan tahu sangat pasal baka baka kucing nie. Lagipun orang dah bagi tanpa bayaran yang lumanyan hanya berikan bapa angkatnya Sambal Hijau.. Hahahhahaha... Okey aku rasa pelik pada awalnya sambal Hijau tu macam mana.. Gigih juga belajar.. HAHhahahhaha.... Walaupun akhirnya bukan jadi pedas sangat pun.. HAhahhaa.. Jadi bolehlah..
Bela Kiki suatu yang agak mencabar jugakla sebabkan pada usia 2bulan dah jaga. memang tak bagi susu pun lebih pada makanan biskut dan ayam rebus.. Hahahhahhaha.. memang agak demand tapi untuk diaorang ni sihat.. itu lebih baikkan. Vaksin, ubat cacing dan kutu tak boleh missed sebabkan jaga kesihatan kucing dan orang dalam rumah jugak. Sebab kucing kucing aku, aku tak bawak keluar bukan mendera tapi menjaga kesihatannya. Hanya sesekali je aku akan bawak keluar. itu pun sebabkan nak bagi diaorang makan rumput. Lepas tu memang akan tangkap masukkan semula dalam rumah. So itulah kisah my new love.. Heheheheheh.. TQ
Tuesday, 20 June 2017
Kenalan awal
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Aku nak belanja gambar sikitlah. Gambar ni kira transformasi kenalan aku dengan suami.
1. Diploma
Gambar ni sebenarnya kalau tanya encik suami, dia tak ingat pun ada gambar nie. Lagipun time nie kami kawan biasa. Bukan biasa, tapi kenalan biasa je. Aku cuma tahu cerita daripada sahabat sebilik aku. Macam macam aku tahu pasal dia. Even time diploma pun, masing masing dengan haluan sendiri. Dia ada kawan perempuan (makwe) dan aku pun sama juga. So, each other just friend. Gambar ni, kalau tak silap aku, aku minta tolong Faizah (sahabat sebilik tulah ) sebabkan aku nak tunjukkan muka dia nie dekat seorang kawan aku di luar negara nun sana. Time tu dengan budak belajar luar negara tu, on off je.. hahahaha.. Mengaku nie, jiran lama.. Dan pada siapa yang rajin, aku pernah buat entri pasal dia. Sebab waktu tu, aku tahu dia baca blog usang aku nie. Story sikit pasal dia lah,. Sebelum dia balik Malaysia sebab dah habis belajar rasanya tinggal praktikal, dia ada contact aku semula. Dan aku sambut baik teguran dia. Pendek cerita, pernah aku ajak dia kahwin.. Kahkahkahkah,.. time tu tengah frust kejaplah. Tak silap aku 2014 rasanya.. Kemuncak kekecewaan aku.. Hahahha.. Tapi, entah kat mana silap yang aku sendiri tak tahu. Kiteorang terputus hubungan sehingga sekarang. Even aku kahwin, aku tak ajak dia...hahahhah.. Tapi dalam tempoh aku nk deal baik dengan encik husband nie, dia ada update yang dia dah ada buah hati. So, setakat situ je yang aku tahu.. Still friend dalam facebook. Cuma usha2 macam tue jelah. Tak lebih dah. Oki habis hal beliau.
Pasal encik husband ni, time diploma bukan tak tegur, tegur jer.. Dia dating pun, aku pernah kacau. HAhahahha... Tapi kami tak pernah tukar tukar nombor telefon pun.. Nampak kat jalan tegur. Tu je. So that time, aku tak rampas hak orang tau. sebab waktu tu, dia sayang kat awek dia tu kot. ahhahaha.. Yang aku ingat that time, boyfie (ex. now laki org) aku macam boleh baca, aku suka usha encik husband nie. okey habis. part Diploma.
2. Degree
Okey ceritanya waktu dapat tahu aku sambung degree, hanya ada 3 orang je dari kos sama sambung degree material nie. Dan akhirnya sorang tu, tak nak teruskan sebab dia tak minat. Tapi akhirnya sekarang dia dah jadi cikgu PJK. huhuhu.. So tinggal kiteorg berdua jela yang meneruskan kos nie. Aku mulanya tak paham kos nie. Encik husband ni minatlah agaknya.. hahahah.. So untuk mudahkan pendaftaran dan urusan kelas, ntah mana dia dapat no telefon aku. Rasanya dari kawan diploma kami kot. So, layan jela as friend sebab nak tahu pasal kelas semuanyalah.. Sampailah satu
message tue, sampai aku sendiri kata salah hantar ke apa mamat nie. Tapi dia kata betul..
So since situ chit chat chit chat la.. bla..bla..bla... on off on off gak nie.. Maklumlah belajar lagikan time tue, dan kepercayaan pada lelaki tipis sangat.. sebab baru frust juga time tue. Sampai aku pernah cakap dia ni nak test market kot. ahhaha.. ke kena cabar dengan kawan kawan serumah yang merupakan kawan diploma kami jugak. Tapi semua andaian buruk aku sahaja.
Ternyata dia memang serius lepas kena kecewa jugak dengan aweknya yang.... ahahhahaha... ntahlah tak faham aku.. kisah lampau dia kan. Aku kenal kawan perempuan dia tu pun sebab dia junior satu semester dengan aku.. Jadi, aku tak rampas hak awak tau.. ulang balik nie, tak rampas hak orang.. Awak tinggalkan dia. Sebab anak mak ayah yer.. Well, memang pun anak mak ayah nie.. Tapi aku bersyukur sebab apa tau, sebab dia tak kaki lepak macam lelaki kat luar sana. Sampai ada aku tanya, tak nak lepak dengan kawan kawan ke. Jawapan dia sangat mudah. Bapa mertua aku tak suka anak anaknya keluar malam lepak lepak nie.Lega hati ini.
So, 30 April 2017 sah aku menjadi isteri dia. Dengan sekali lafaz rasanya. Hahaha.. Majlis yang cukup simple. Takde pelamin bagai. Hari nikah, hari tu juga majlis kenduri.. Pakai satu baju sahaja. Photographer kenalaan suami. Jadi gambar pun asalkan ada jer kenangan.
3. Nikah
Duit bunga tu, gigih aku cari yang baru. Kebetulan time tu, sennag nak cari. kehkehkeh.. So, ni je dulu flow kenalan aku dengan encik husband. Ada iklan iklan orang asing tu normal.. Baru hangat sikit story. ahhaha... okey bye...
Belanja sikit
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Bertemu lagi kita dalam ruang yang kecil ini. Sebolehnya aku cuba juga kuatkan semangat untuk melakar semula coretan kerdilku ini. Sejak bekerja tiada kesempatan untuk aku berkongsi. Tambahan pula sudah berkahwin lagilah 'big' M tu menular. Jadinya kekangan untuk memberikan sedikit ruang di sini. Salah seorang sahabat aku sudah menyuruh aku untuk kembali aktif di entri. Tapi tujuan asal blog @ warna-warni ini diwujudkan atas dasar untuk aku berkongsi kehidupan aku. Tu pun bukan sesiapa pun yang sudi membacanya. Hanya untuk kepuasan sendiri jer. hehehe..
Zaman belajar banyak masa untuk mengubah corak blog warna warni ni. Tapi sekarang nie, hahhaa yang sedia ada ini dah cukup rasanya. Nak cari templete baru perlukan masa yang panjang. Nak edit bagai.
Kesempatan ni pun aku masih berdua dengan suami. Masih tiada penyeri. Hanya penyeri anak bulu. HAhahaha.. Nama dia mak mertua aku yang berikan TAM @ HITAM. Aku ambil dia selepas usianya 3bulan. Dia lahir dekat2 dengan time aku nikah. Pada mulanya encik suami seperti tidak mengizinkan aku untuk membela. Dahlah hitam pulak tue. tapi selepas bincang punya bincang, Alhamdullillah dah setahun lebih usianya. Vaksin sudah, "Castration" pun sudah. Bukan sebab aku kejam. Tapi sebabkan aku belanya bukan untuk dapatkan bakanya sekadar hanya untuk membelanya menjadi peneman kami. Semua orang sayangkan dia walaupun hitam. Hitam hitam menawan tau. hahahaha. orait. cukup bercerita hal cik Hitam tu.
![]() |
| belanja sikit |
Monday, 19 June 2017
Selamat Berpuasa untuk Ramadhan 1438 H
Assalamualaikum..
Saja nak update yang nie dulu...
Nanti ada kesempatan kita update yang baru lah..
Nak cuba cuba setelah lebih 2tahun menyepi..
Saja nak update yang nie dulu...
Nanti ada kesempatan kita update yang baru lah..
Nak cuba cuba setelah lebih 2tahun menyepi..
Monday, 24 August 2015
Berwajah barulah Kita
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Yes!! setelah hampir setahun aku menghadap design yang sama, akhirnya aku bertukar pada yang baru.. Daripada color biru kepada color brown white.. Okey aku masih tak dapat idea umtuk background dia.. Jadi aku ambil keputusan dengan background putih tetapi depannya dengan warna yang gelap-gelap gitu...
Konsep Warna-Warna masih ada.. cuma header aku ubah dari Waiting kepada "little Girl Diary".. entah header siapa yang aku ambil pun tak tahu lah... kihkih..
Jadi tengoklah lepas ni, aku lebih rajin atau malas untuk up to date... Dan jelas sekali aku punya blog berkonsep diary.. bukannya berkonsep info atau untuk jual beli dan seangkatan dengannya... Pada siapa yang sudi emmbaca tu terima kasih banyak aku ucapkan sebabkan korang amsih sudi membaca blog aku nie.. Itu je yang aku nak jelaskan.. Segala kegembiraan aku, akan aku sediakan di sini.. Dan segala kesedihanku, akan aku simpan dengan rapinya...
Sekadar untuk melepaskan kebosanan tatkala ada masa yang lapang.. tiada salahnya kan.. atas pada masing-masing yang datang blogwalking macam tue...
Sunday, 23 August 2015
Seoul Garden buat pertama kali
...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Semalam bersamaan dengan hari sabtu (22 Ogos 2015) dengan berani dan seram sejuk, aku pergi ke Setia City Mall, Setia Alam sorang - sorang untuk date dengan member nakal aku.. Inilah akibatnya kalau rumah kami ni hujung hujung daerah.. Sorang dok area Selayang dan sorang lagi duduk Banting.. Itulah jadinya.. Nak lepak sama pun susah... Kena plan betul- betul pun selalu jugak tak jadi..jadinya kami plan malam sebelum kejadian, dengan rancang jumpa di Setia City Mall.. No bad.. Jalan sorang pun redah jelah.. Kes adik sendiri sakit kaki..jadi tak ada peneman.. Nak bawak mr.Anti Bakteria hantar rombongan kahwin..jadi orang kuatlah katakan...
Nak jadikan cerita, bila sampai je sana, memang dah tengah hari lah, perut pun macam tahu-tahu je minta makan.. Hahaha.. Ingat ingat lupa je aku dengan kedai kedai yang ada kat situ... Hahahaha.. Belum ada kesempatan nak jadi General Manager shopping mall di situ.. Tak pe.. Mungkin suatu hari nanti.. Siapa tahu kan.. Angan angan boleh jadi kenyataan.. Hahahah... Dengan rasa perut yang lapar, mencarilah kedai makan yang ada yang boleh untuk kami santap sambil lepak.. So, aku sebutlah kedai yang ada.. Jadinya dalam banyak banyak kedai, kawan aku ni ajaklah makan satu kedai yang aku sendiri tak pernah masuk pun lagi.. Maklumlah bukan tak nak masuk tapi takut tengok harga dia.. Hahaha. Yelah dulu time belajar pun seram seram je nak masuk.. Sedangkan rata rata student dan famili yang banyak datang ke kedai ini.. Kedai ini pun sesuai sangat untuk golongan yang memang simpan perut kosong dari semalam.. Hahaah..
Dengan melangkah sambil di jemput oleh pelayan restoran tue.. Okey.. Sebelum masuk kena bayar dulu.. Kang tak bayar rugi pulak orang tue.. Kihkih.. Biasa kalau restoran ni, makan dulu baru bayar, ni tidak.. Bayar dulu baru makan..sebab makan dia boleh pilih apa saja sehingga waktu yang di tetapkan. Macam kami set yang di tawarkan waktu set tengah hari.. Kalau ikutkan harganya sekepala RM33.++ tapi total untuk berdua mencecah 81 hinggit.. Dan aku nak ucapkan banyak banyak terima kasih sahabatku.. Sebab sudi belanja aku.. Rasa macam heaven sekejap waktu tue.. Hahahaha... Baik ada makna tu..kahkahkah...
Kiteorang lepak lama jugak.. Dari pukul 12 sampai 3 lebih jugaklah.. Tu pun aku dah naik muak dengan bau2 dia.. Hahaha...
Entah berapa banyak daging aku pergi panggang ... Memang puas hati lah makan restoran ni.. Hhaha ehhh!! Lupa nak bagi tahu aku makan dekat restoran yang diberi nama Seoul Garden.. Makanan yang berkonsepkan Korean food.. Tapi halal untuk di makan walaupun bangsa yang serve tu bukan dari negara kita.. Tapi bila tengok bahagian kitchen macam orang kita.. Huhuhu... Aku suka sebabkan ada grill.. Cuma aku takut nak masuk sebabkan harga dia.. Memang kena betul2 lapar baru berbaloi untuk makan di situ..
Bukan setakat itu jer perjalanan kami..hahahah... First plan, member tu ajak tengok wayang..tapi tengok list cerita, oket fine .. Tak payah tengok.. Bosannnnn!!!! List pun bukan ke kaunternya.. Tengok website sudahlah.. Hahahaha... Apa lagi dengan rasa semangat, aku nak singgah sekali lagi kedai yang pernah aku singgah sebelum ni dengan mr.Anti Bakteria.. Tapi sebelum ni tengok je apa yang di jual.. Memang plan nak tengok lagi.. Tapi .... Bila dah masuk dalam tue.. Terus ada idea yang di bagi member aku merangkap...... Hahahaha.. Assistant aku nie.. Jeng..jeng jeng .. Assistant untuk apakah ini...
Terjebak juga akhirnya aku untuk membeli barang-barang kat situ.. Habis jugaklah 150 hinggit kat situ.. Tapi bila di kira kan balik.. Banyak dah save kat situ.. Huhuhu...
Apa pun story untuk cerita aku semalam, aku cuma nak cakap.... Aku happy bila lepak dengan sahabat aku nie... Sanggupu luangkan masa dengan aku... Sanggup belanja aku makan.. Walaupun akhirnya ada juga aku kena belikan dia barang.. Tapi tak apalah lagi banyak dia berbelanja.. Kihkihkih..
Untuk awk.....Aqilah bt Rosman...
" terima kasih awk sebab ada masa untuk saya.. Layan kerenah saya.. Layan giler saya nie.. Sebab awak jer yang tahu saya macam ne.. Walaupun awak selalu kata saya nie garang. .. Saya tak garang lah. .. Hahaha.. Saya kan kakak awak..jadi garang sikit sikit jelah. Tak banyak mana lah... Saya nak awak tolong saya sebab awak banyak ada waktu jatuh bangun saya.. Hahaha.. Banyak kenangan kita bersama since form 2 kau...!! Awaklah mak jemah saya.. Awaklah sumber inspirasi saya tok terus asah bakat kaunselor..hahahaha.. Terima kasih yer awak..."
Wednesday, 19 August 2015
Mafia crew bertemu kembali
Assalamualaikum kawan kawan...
Dah hampir 8tahun persahabatan kami berempat, akhirnya salah sorang dari ahli kami dah tamatkan zaman bujangnya.. Pada awal dulu, orang tu lah yang katanya nak kahwin paling lambat, dan akhirnya orang tu jugak kahwin awal.. Hahhha...
Apapun tahniah buat sahabatku Wan Nur Atiqqah bt Shah Haibi atas perkahwinan awak dengan pasangan awak Fadil.. Bukan abg long Fadil yer.. Hahahah... Akhirnya segala cabaran yang awk hadapi sepanjang perkenalan awak dengan dia , akhirnya ke jinjang pelamin juga akhirnya pada 08.08.2015... Tahniah saya ucapkan untuk awak.. Semoga hubungan awak dan dia akan kekal hingga ke jannah.. Saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat saya sorang nie..
Terima kasih juga dekat awak sebab awak sudi sponser tudung bawal purple.. Walaupun saya ada beli shawl Nealofa, tapi, bawal awak juga menjadi pilihan hati saya...hahahah.. Dan terasa macam model bila di padankan dengan jubah putih kosong tue..huhuhu.. Sekali tengok dah macam orang baru balik umrah.. In shaa allah mulut masin siapa akan sampai ke tanah suci.. Siapa tahu kan.. Semua tu perancangan Allah s.w.t..
Terima juga dekat dayah dengan syara sebab kita dapat spend time bersama.. Tinggal jer yang masih berstatus miss.. Huhuhu.. Who's next..?? Still secret uuu... Huhuhu...
Sebuah persabatan yang dibina tanpa dirancang terbina sehingga kini.. Bercambah kenangan yang sering di ingati bersama.. Segala senda gurau kita akan di semadikan di lubuk hati.. Tiada kata yang mampu mengungkapkan kata sahabat sehebat kalian... Hanya kalianlah segalanya dalam persahabatan ini.. Semoga kekal persahabatan ini sehingga ke jannah.. In shaa allah...
Terima kasih...
Wan Nur Atiqqah
Siti Nurul Hidayah
Nur Syara Firliyana

Real life
Assalamualaikum...
Percubaan pertama menaip menggunakan phone halus mulus aku ni..bagus juga macam ni, sekurang-kurangnya aku dapatlah update sikit sikit blog aku nie.. Cuma masalahanya sekarang, idea untuk menaip tu jarang-jarang nak datang dah.. Rasa macam minda ni mula tertutup jer. Walhal banyak juga cerita yang boleh aku ceritakan di sini..
Kerja aku sekarang bukanlah sibuk mana pun.. Kerja berjadual dan balik tak perlu fikirkan tentang kerja.. Hanya memikirkan public macam mana yang aku akan jumpa esoknya.. Nak di bandingkan kerja aku dengan jabatan sebelum ni, agak pening sikitlah.. Mana tak pening, kerja takkan pernah siap.. Meminitkan semua fail yang dah lana sangat tertunggak.. Menyusun semula dokumen-dokumen yang dah lama tak berusik.. Sedangkan sekarang ni, satu fail pun aku tak ada usik.. Hanya mengusik duit orang jer lah.. Dapat jugaklah merasa sekali dapat 25k cash.. Cash okey bukan cek tau.. Hahaha.. Kalau cek jangan cakap, pernah dapat berjuta-juta.. Tapi apakan daya.. Semua tue duit bukanlah duit aku.. Hahahaha.. Yang paling penting, dari situ aku kenal perangai setiap orang. .. Manusia ni memang takkan pernah sama perangainya.. Jadi, janganlah kita nak orang sama saja dengan kita.. Sudah lumrah hidup ni bermacam-macam coraknya.. Ada yang sabar, ada yang tenang.. Ada yang baran.. Tapi itulah manusia yang bermacam ragamnya. ..
Bukan setakat public jer, perangai staff pun macam-macam.. Kehidupan selepas belajar ni lebih mencabar berbanding saat belajar.. Belajar ni hanya 20% jer.. Sedangkan kehidupan sekarang ni betul-betul 360 darjah lainnya... Dengan mencari duit sendiri.. Mencari kawan kerja sendiri.. Dengan mengenal perangai kawan kerjanya... Belajar ni hanya 3 4 tahun jer, sedangkan kerja ni, selagi mana anda mampu tok bertahan di situ... Betul tak? Bermusuh dengan kawan bila belajar tak lama pun berjumpa.. Tapi bila kerja nie masalah bila bermusuh.. Bermasam muka jangan katalah. Huhuhu...
Tentang duit pun satu hal yang takkan asing bagi seorang pelajar bila tamat belajar. Terutama sekali bagi yang ada membuat pinjaman PTPTN ke.. MARA ke .. Hahaha.. Pada yang dapat pengecualian tahniahlah kerana anda seorang yang sangat rajin saat belajar .. Gaji yang kecil tak semua mampu untuk membayarnya . Tapi bagi yang bujang, apa salahnya mulakan pembayaran walaupun sedikit.. Tiada salahnya kan.. Tapi ini tidak, bila hutangnya mula meningkat mula merunggut kata banyaklah.. Tak mampu bayarlah.. Macam-macam saja alasan yang cuba di berikan..
Yang mula mengumpul duit untuk kahwin pun satu hal juga.. Pada yang dah ada pasangan waktu kenalan u ker..kenal mana-manalah, inilah masanya untuk start mengumpul duit.. Terutama sekali bagi kaum adam. Dari sekarang kena gigih kumpul duit hantaran... Kihkihkih.. Kalau boleh janganlah buat pinjaman.. Pinjaman PTPTN pun xlepas bayar lagi.. Ni kan pula hutang bank pulak.. Dengan hutang kereta lagi kalau ada yang beriya nak beli kereta lah.. Semua tu kena fikirlah.. Sebab apa aku cakap macam tue, sekarang ni aku tengah mengalami fasa ni.. Bersungguh mengumpul duit gitu.. Hahaha.. Kerja dah dekat setahun tapi habis je semuanya..hahaha.. Simpanan ada seciput je nie.. Ntah sampai ke tidak target aku nie.. Hahaha...

Monday, 13 April 2015
Wahai Kenangan..
Semalamku menangis...
Menanggung segala keperitan..
bukan mudah untuk menerima dugaan itu..
biar pun sudah setahun berlalu..
biar pun sudah dilupakan..
biar pun juga telah punyai kehidupan baru..
yang semalam masih sukar untuk dilupakan..
Biar pun masih menagih kasih tanpa di minta..
aku tahu, takkan terjadi juga..
Tawar sudah hati ini untuk menerimanya..
Wahai kenangan..
Aku tahu kau sudah melupakan..
Aku tahu, aku hanya melukut di tepi gantang..
yang tiada siapa pedulikannya..
Wahai kenangan..
semua kenangan indah takkan pernah hilang..
Selamanya ia kekal menjadi kenangan..
Terima kasih wahai kenangan..

Come Back =P
Assalamualaikum...
Pembuka bicara yang telah sekian lama terpendam.. serius kekok bila nak menaip balik.. adalah dekat setahun tinggal warna-warni.. dan bersawang teruk nie.. Ada sahabat dah bertanya bila aku nak update warna-warni nie.. Aku bukan tak nak update.. tapi kemalasan tu yang buatkan diri semakin malas nak membuka ruang warna-warni yang kelam nie.. Kihkihkih..
Boleh dikatakan terlalu banyak kisah yang telah aku lalui.. huhuhu.. yang sedih sudah di lepaskan.. yang girang sedang dirasai kini... Macam mana nak katakan yer.. kisah duka tiada lagi aku rasakan.. Mungkin kerana aku telah lari jauh dari segala kedukaan.. Hanya kini menempuh hari-hari yang bahagia..ceh! bahagialah sangatkan nie..
Nak gantungkan cerita ni seketika ya.. sebab aku dah malas menaip.. nanti ada yang ter post tu, maknenya draft yang sekian lama aku simpan.. hahahha... see yeah...

Sunday, 24 August 2014
Hanya Berkongsi Cerita
Assalamualaikum w.b.t
Entah last aku update blog aku yang semakin hari semakin hambar dibuatnya.. dan dengan follower yang memang tidak seberapa nie lagilah menambahkan kurang minat aku terhadap blog... Bukan idea untuk bercerita itu telah hilang atau habis tapi kekangan yang aku tak dapat nak elakkan..
First aku nak cakap yang aku dah habis belajar degree.. yer.. DEGREE.. dalam jurusan TEKNOLOGI BAHAN.. selama 3tahun aku berperang dengan kos tue..akhirnya tamat jua... penat lelah..pahit manis sepanjang tempoh aku belajar dirasai.. Serius aku katan degree ni tak sama dengan diploma.. suasana yang cukup berbeza.. dan sangat-sangat berbeza... bukan mudah untuk aku sampai ke tahap ni... hampir juga aku give up dalam meneruskan perjuangan aku nie.. Tapi ALHAMDULILLAH berkat nasihat mak abah aku.. aku masih kuat untuk bertahan sehinggalah aku tamat... terima kasih mak abah sebab sentiasa support aku.. tiada kata yang mampu aku ucapkan padamu..huhu...
Second, aku nak bagitahu yang dalam tempoh aku nak habis belajar tue, aku telah ditawarkan kerja sambilan di sektor kerajaan.. Walaupun aku masih belum sah menjadi kakitangan kerajaan.. Aku bersyukur kerana aku punyai kerja sebelum tamat belajar.. bukan apa, kes tak nak hidup mengganggur yang hebat selepas tamat belajar.. Dan lebih menyedihkanlah jawatan yang aku dapat tue tiada kaitan dengan apa yang aku belajar selama ini.. Jawatan itu pun untuk lepas SPM... Janji keputusan SPM memuaskan sudah cukup untuk memohonnya.. Dah nak dkeat tiga bulan aku berkhidmat di sana.. nak kata penat memang kurang kepenatannya.. yang menjadikan penat dan aku kuat tidur adalah tempoh perjalanan nak ke sana.. Bersyukur jugaklah sebab aku menumpang dengan mak.. di situ dapat mengurangkan kos.. dan banyak lah lagi yang dapat aku kuranggkan.. hehehe...
Sementara nak mencari kerja yang lebih baik, biarlah aku mencari dahulu pengalaman setinggi gunung dulu.. kerana sekarang nie bila di cari, semua inginkan pengalaman dalam bekerja.. Ternyata yang aku ni kurang dalam pengalaman tersebut. Hanya berbekalkan pengalaman PRAKTIKAL tidak cukup untuk menyakinkan company-company di luar tue.. Tambahan pula, bidang aku ini lebih kepada sektor perkilangang dan erti kata lain sektor swasta.. Memang bila kita dah masuk bidang swasta gajinya cukup lumanyan berbanding kerajaan.. Itu aku dapat nak menafikannya.. Masalah aku pulak, aku mulakan tapak di sektor kerajaan. Ada yang mengatakan aku beruntung kerana telah melangkah sebelah kaki ke sektor kerajaan.. Hanya perlu bersabar dalam mendapatkan tempat di kerajaan.. Bukan mudah untuk aku bersabar dalam mengharungi semua ini.. dan aku perlu juga cuba untuk sabar...
itulah cerita yang ringkas yang boleh aku kongsikan bersama-sama..Walhal banyak lagi yang inginkan aku kongsikan bersama lagi.. Jika ada kesempatan kita bertemu lagi..
Wassalam...
Tuesday, 20 May 2014
ketenangan di datangi kesibukan
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Saat hati mula tenang, kesibukan mula hadir kembali setelah sekian lama ia menghilang. Menerpa ketenangan kian tergugat lalu pergi. Sibuknya saat ini sehinggakan aku tiada ruang untuk aku bernafas lagi.. Ku cuba kunci segala serabut dibenakku digantikan dengan kelapangan. Bukannya mudah untuk menerima segala yang belum pernah dilalui sebelum ini.. Ada baiknya juga aku mula menyibukkan diri aku supaya aku tidak ingat akan masalah-masalah yang dulu.. Walaupun hal itu sudah dikirakan selesai dengan baiknya.. erm.. dengan baikkah? tidak pernah akan selesai dengan baiknya tapi akan hilang dengan sendirinya.. Tapi yakinlah untuk melupakan semuanya bukanlah hari ini hilang segalanya.. Aku perlukan masa yang cukup untuk aku terima segala keadaan ini. Membuka mata semula setelah terpejam sekian lama.. Cuba mencari cermin yang telah berderai 1000... meleburkannya semula untuk dijadikan cermin semula.. Mendongak ke langit semula setelah sering tunduk kepasrahan...
Aku kembali memperbetulkan segala kilaf yang telah aku lakukan dahulu.. Aku berdiri semula dengan sokongan keluarga yang tiada hentinya... Mencuba untuk terima segala keadaan ini.. Aku akan bertenang dan terus bertenang dalam menghadapi semua ini... Bukannya mudah untuk berdiri tegak kembali..
*p/s: terima kasih ada..terima kasih kerana pergi..terima kasih kerana segalanya..terima kasih...
Sunday, 16 March 2014
Mari Bercerita
...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hari ini aku rasa rajin untuk bercerita.. cerita cinta... KahKahKah.. Kisah Cinta yang tak kesampaian.. Ngeh..Ngeh..Ngeh..
Sebelum aku nak sambung cerita aku.. Eh sambung pulak..Cerita pun belum lagi nie..tapi nak mulakan macam mana yer.. kihkih... sangat tak faham aku dengan diri aku ini.. kahkahkahkah...
Cinta tanpa sulaman cinta kerana Allah sangat susah.. Aku harap aku mampu ke situ... memiliki cinta sejati hanya untuk seorang lelaki iaitu imamku dan juga untuk anak-anak aku.. iaitu suamiku.. in sha allah jika diberikan usia yang panjang.. amin...~
Perjalan yang singkat
....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Hai Kawan-kawan yang masih setia mengunjugi blog aku.. terima kasih banyak-banyak yer aku ucapkan... Apa khabar semua.. di harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja kerana maklumlah cuaca sekarang tidak begitu baik.. Tambahan pula dengan jerebu..catuan air...
Baru-baru ini Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan MH370... dan hari ini dan masuk hari ke-9 kehilangannya.. Kehilangan tanpa dikesan.. Semoga keadaan MH370 dalam keadaan baik-baik sahaja bersama penumpang dan krew-krew nya... Aku tak berani nak cerita lebih tentang MH370 kerana takut kena band tetiba.. Buat Bahayakan diri sahaja...
Cerita terbaru juga yang baru aku dapat tetang konsert FMFA2014.. aku tak tahu nama panjang konsert tersebut... Itu juga mengegarkan Malaysia selepas 5hari konsert itu berlangsung seramai 6orang telah maut dek kerana pengambilan dadah dan alkohol yang berlebihan.. Malah yang lebih memeranjatkan lagi 3daripadanya tak silap aku adalah melayu sendiri... Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan yang baik-baik sahaja... semua itu haruslah kita mengambil ikhtibar.. dan konsert tersebut telah dibatalkan selepas kejadian tersebut.. Sangat menyedihkan jugalah...
Terbaru juga catuan air di Selangor... Semua itu berpunca bila Kuala Langat mengalami ketiadaan air hampir sebulan sebelum pihak kerajaan membuat keputusan untuk membuat catuan air dek kerana kemarau.. Pada mulanya ketiadaan air disebabkan Empangan Tampoi mengalami air kotor menyebabkan sebahagian Kuala Langat ketiadaan air langsung..Hampir sebulan juga.. Agak susah jugak bila tiada air langsung yang ditarik ke rumah-rumah..Air perlu di ambil di surau-surau berdekatan.. Terpaksa berjaga pagi untuk menunggu lori air datang untuk mengambil air.. Tapi bila pihak kerajaan telah mengeluarkan kenyataan mengenai ingin membuat catuan air di sesetengah bahagian dia Selangor.. Kawasan yang tiada air langsung berasa sedikit lega kerana akhirnya ada juga air yang disalurkan ke rumah-rumah walaupun 2hari sahaja..2hari ada air dan 2hari berikutnya tiada..bergilir-gilir.. Sekaligus dapat mengurangkan beban orang ramai..terutama orang tua dan orang bekerja...
Bila kemarau telah berlaku..pembakaran secara terbuka dengan sengaja dan tidak sengaja telah berlaku.. dan telah menyebabkan cuaca yang panas bertambah teruk..Dengan jerebu yang agak teruk menyukarkan lagi melakukan aktiviti luar.. Dan IPU di Banting baru ini telah meningkat sehingga ke paras sangat bahaya... 300+... dan pada esoknya pihak kerajaan telah melancarkan pembenihan hujan di satu dua tempat yang berpotensi menghasilkan awan hujan.. Syukur Alhamdulillah daripada semalam hujan mula turun dan juga hari ini hujan juga masih turun dan kadar IPU semakin pulih.. Aku bersyukur pada Allah kerana telah memakbulkan doa-doa kami.. semoga bumi Malaysia dilimpahi rahmat dan diberikan kesejahteraan yang baik-baik sahaja.. Dan teruskan berdoa kepada Allah agar diberikan perkhabaran yang baik tentang MH370...
Apa lagi yang terbaru ye.. oh yer..!! mengenai keputusan mahkamah rayuan berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya... Agak terkejut juga aku.. Mana tidaknya, ikutkan pada 23hb Mac ni akan diadakan pilihanraya kecil di Kajang dan dikatakan Anwar akan bertanding untuk Dun di situ.. tetapi setelah keputusan mahkamah rayuan itu keluar, Dato Seri Anwar tidak boleh bertanding dan telah diberikan pencalonan tersebut bagi menwakit PKR isteri beliau Datin Seri Wan Azizah.. Begitu tabah perjalanan hidup DSAI ini.. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.. Tetapi beliau telah menfailkan rayuan. Kita nantikan sahaja apa keputusannya.. Politik ini juga aku tak berani untuk perkatakan lebih..kerana agak sensitif juga.. Aku hanya mampu membaca dan melihat sahaja... Pada pengundi dun Kajang buatlah undian dengan bijak.. Kerana aku yakin di situ ramai pendudukan yang berpendidikan tinggi.. dan seharusnya mereka lebih peka...
Oh ye!! baru aku teringan lagi 2minggu aku akan menamatkan latihan industri di FRIM, Kepong.. Begitu cepat juga masa itu berlalu dan Jumaat baru-baru ini aku dan rakan-rakan lain telah membentangkan projek masing-masing di depan Pegawai-pegawau yang berkaitan... Agak cuak juga pada mulanya.. Kerana takut juga dibantai atau apa.. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. Aku dan Izni membentangkan projek kami bersama kerana Dr. Rafeadah selaku Penyelaras sepanjang kami praktikal di situ telah memberikan keizinan untuk kami bentang bersama kerana projek kami hampir sama sahaja yang membezakannya hanyalah sample.. Alahmdulillah selesai juga.. Dan sekarang dalam masa 2minggu ini aku akan menyiapkan report kami sebelum kami pulang ke UiTM, Shah Alam semula..
Sepanjang aku duduk di Kepong begitu banyak yang aku lalui.. Suka dan duka telah aku lalui.. Dan entah aku akan kembali ke sana atau tidak.. tapi untuk masa ini, aku takkan jejak lagi kaki aku ke sana lagi.. cukup pengalam 2bulan setengah aku di sana telah banyak mengajar aku.. telah banyak memberikan aku kesedaran tentang kehidupan sebenar.. Dan juga itu suatu titik permulaan kehidupan aku yang baru bermula...
Berjumpa dengan kawan lama sangat menyeronokkan.. Keluar bersama kawan lama sangat best.. Berjumpa kembali dengan insan yang pernah menjadi teristimewa di hati juga cukup bermakna.. Memiliki sesuatu yang tak pernah dimiliki juga suatu yang sangat menyeronokkan.. Melakukan aktiviti yang sebelum ini aku tak pernah lakukan.. Kegembiraan yang telah aku ukirkan bersama mereka takkan aku lupakan.. kerana kegembiraan itu akhirnya kedukaan juga hadir.. Tak semua yang indah akan selamanya indah..
Pengalaman juga bagi aku..menempuh jam di jalan raya... keluar awal pagi seperti mak aku.. semua itu menjadikan aku lebih mengerti apa yang mak aku rasa.. dan kini aku rasakan.. semua itu suatu pengalaman yang takkan aku dapat dimana-mana...
Berbalik pada cerita kenalan itu.. ingatlah walaupun kita sudah kenal dia 10tahun sekali pun tapi jika dia bukan duduk sebumbung dengan kita..kita masih lagi tidak mengenali dia.. Dan itu yang aku telah lalui.. semua itu mengajar aku.. Memilih seseorang yang lebih matang bukanlah pada usianya.. usianya tidak menampakkannya seorang yang matang tetapi cara dia menangani masalah tersebut.. di situ aku telah lihat semuanya.. Memberikan kepercayaan pada seseorang itu bukanlah mudah.. dan sesungguhnya bukan mudah..tambahan bila pernah mengkhianati kepercayaan.. Tak mustahil untuk kedua kali ia berlaku kembali.. dan ternyata itu terjadi lagi..
Tipu jika tiada dendam untuk itu.. saat kita percayakan seseorang tetapi dikhianati itu sangat menyakitkan.. apa yang kita rasa bila kita sendiri yang melalui keadaan itu.. Semua itu aku belajar.. Belajar sabar dalam menghadapi dugaan itu.. Kerana aku percaya.. Allah ada untuk aku.. Allah Maha Adil.. Bukanlah aku menghukum dirinya.. tetapi ingatlah mengkhianati seseorang itu menyakitkan dan suatu hari nanti Allah akan memberinya semula cuma lambat atau cepat.. Setiap keluhan hambanya Allah dengar.. Setiap doa hambaNYa DIA mendengar.. dan kerana itu Aku bersujud padaNYA.. dan menangis sehabisnya untuk aku bangun semula.. Kerana aku percaya AdaNYA Allah.. Dan Alhamdulillah aku semakin tenang... Segala yang terjadi ini telah tertulis.. aku terima segala qada dan qadar dan aturan hidup aku.. kerana aturan yang Allah berikan pada aku adalah yang terbaik buat aku dan masa depan aku.. Terima Kasih Ya Allah...
Bila semua dugaan itu berlaku pada aku.. aku jatuh seketika.. dan aku bangun kembali dengan kekuatan yang datang daripada semangat yang aku cuba cari selama ini tak sangka ia begitu hampir...dan aku juga bersyukur kerana aku memiliki sesuatu yang tak sangka aku mampu untuk memilikinya.. seperti tahun-tahun sudah.. aku mengimpikan untuk memiliki tab samsung dan akhirnya tahun ini termakbul doa aku.. terima kasih atas rezeki yang telah KAU berikan pada aku... aku sangat bersyukur kerana memiliki semua ini... hehehe...
Wah..cukup panjang aku cerita..dalam satu entry pelbagai cerita yang telah aku ceritakan..terima kasih kerana sudi membaca tanpa jemu..jika ada kesalahan ayat dan kata minta maaf sebab aku tak baca balik..minta maaf sekali lagi yer...jumpa lagi.. wassalam...
Sunday, 2 March 2014
C'est La Vie
.... السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
C'est La Vie perkataan daripada French.. Dan maksudnya cukup menarik iaitu KEHIDUPAN... Yeah!! kehidupan setiap manusia yang berbeza.. Aku mula tertarik dengan perkataan itu setelah aku mendengar lagu C'est La Vie Yassin feat Faizal Tahir.. dan di bawah ni lirik dia aku bagi yer..
Bagaimana jika saat kau
terjaga
Bangkit dari lena resah mengganggu
Bagaimana pula bila kau terdengar
Seruan suara bangkitnya kita
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya padah
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya
Ceritaku ceritamu lagunya satu
Ceritaku ceritamu siapa yang tahu
Ceritaku ceritamu lagu yang dulu
Ceritaku ceritamu siapa yang tahu
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya
C'est la vie
Begitulah kehidupan
Tak lihat tak tahu
Tak kenal tak cinta
Ku jatuh dan ku bangun
C'est la vie
Biar tewas biar juara
Ceritaku siapa tahu
Ceritaku ini ceritaku
Bagaimana jika saat kau terjaga
Bangkit dari lena resah mengganggu
Siapa yang tahu
Siapa yang tahu
Dan bila tiba waktunya pastikan tahu
Siapa diri sebenar ku di sisiMu
Bagaimana jika saat kau terjaga
Bangkit dari lena resah mengganggu
Bagaimana pula bila kau terdengar
Seruan suara bangkitnya kita
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya
Bangkit dari lena resah mengganggu
Bagaimana pula bila kau terdengar
Seruan suara bangkitnya kita
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya padah
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya
Ceritaku ceritamu lagunya satu
Ceritaku ceritamu siapa yang tahu
Ceritaku ceritamu lagu yang dulu
Ceritaku ceritamu siapa yang tahu
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya
C'est la vie
Begitulah kehidupan
Tak lihat tak tahu
Tak kenal tak cinta
Ku jatuh dan ku bangun
C'est la vie
Biar tewas biar juara
Ceritaku siapa tahu
Ceritaku ini ceritaku
Bagaimana jika saat kau terjaga
Bangkit dari lena resah mengganggu
Siapa yang tahu
Siapa yang tahu
Dan bila tiba waktunya pastikan tahu
Siapa diri sebenar ku di sisiMu
Bagaimana jika saat kau terjaga
Bangkit dari lena resah mengganggu
Bagaimana pula bila kau terdengar
Seruan suara bangkitnya kita
Bagaikan rasanya mahu aku pinta
Jawapan sebenar maksudnya cinta
Bagaikan cerita kasihku yang lara
Mulanya derita akhirnya
Ceritaku ceritamu lagunya satu
Ceritaku ceritamu siapa yang tahu
Ceritaku ceritamu lagu yang dulu
Ceritaku ceritamu siapa yang tahu
Jadi lepas dengar lagu tue.. Pasti semua orang ada cerita masing-masingkan.. hehehe... so bagaimana cerita anda yer..
Jangan ada yang terasa
...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Baiklah terlebih dahulu nak minta maaf pada sesiapa yang membaca entry yang terdahulu... ada yang terasa atau pun apa.. semua itu hanyalah luahan hati yang kecil ini sahaja.. jangan ada yang terasa sudah.. harap dimaafkan ya..
Aku menulis entry semua itu bukanlah untuk buat sesiapa yang terasa.. Cuma di saat itu mungkin jiwa aku begitu kacau sehingga mengganggu emosi aku.. Keadaaan aku yang kurang stabil menambahkan lagi kecelaruan.. Sekarang ini aku semakin pulih daripada keadaan sebelum ini.. dan membuatkan aku lebih bahagia berbanding sebelum ini..
Next session aku cerita yang lebih menarik ya... nantikan sahaja lah yer... terima kasih kerana sudi membaca blog yang usang ini..
Friday, 28 February 2014
Kerana Mulut Badan Binasa
Assalamualaikum..
Firman Allah s.w.t. :
"Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu"
(Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)
Hadith Rasullullah s.a.w :
"Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah"
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Tajuk ini aku buat adalah untuk memuhasabahkan diri aku sendiri... Setelah menonton program di OASIS channel 106 astro... ia membuat aku membuka mata aku sendiri mengenai mengata tentang perihal orang... Balasan bagi orang yang menabur fitnah dan menyebarkan kata-kata yang tidak adalah cukup besar... Selagi ia tidak memohon maaf kepada insan yang menaburkan fitnah, selagi itu ia berdosa..

Dusta semua itu..
...السلام عليكم
و رحمة الله و بركاته
Selamat pagi yang cukup indah dengan kepanasan hari yang sudah lebih sebulan panasnya... Dengan cuaca yang tidak menentu ni.. lagi bertambah lah kekurangan dari pelbagai segi.. Apatah lagi masalah yang bermacam-macam tue..
Aku rasa nak gelak yang teramat sangat-sangat.. Mana tidaknya dalam masa seminggu aku telah berubah seperti dahulu kala.. Menjadi seorang yang aku tak nak jadi lagi dah,.. Tapi semua nie terjadi dek kerana masalah yang bodoh lagi bangang.. Terima kasih masalah yang buat aku gila dan bodoh.. Masalah yang aku tak sangka dari salah aku sendiri.. Kerana apa? kerana aku tak nak ada masalah dengan orang lain.. Biar pun masalah tu dari nya...
Tetapi hari ini.. ye.. 28 Februari.. Segalanya berubah kembali.. Kau telah merubah aku menjadi seorang yang cukup hitam dalam diri aku. Jangan pernah bermain dengan api kemarahan aku yang aku tak pernah nak tunjukkan di mata orang lain.. Kau sendiri tahu dendam aku bukan senang untuk aku hilangkan.. Tapi ia hadir kembali kerana ini.. Biar pun apa terjadi.. Aku akan hilang.. Yer.. Aku akan hilang untuk tak terbitkan dendam aku pada Kau.. Kerana dendam aku kini sudah menguasai diri aku yang bodoh ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)